Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 31, 2014

PROMOSI VIVIX 2014 NAK HABIS DAHHHHHH.....!!!!




Ye lah...tak percaya??? Hari ni kan dah 31 Julai 2014. Hari closing okey so, memang tepat jam 12 tengah malam ni maka tamatlah promosi vivix untuk tahun ni. kenapa asma cakap tahun? Urm sebabnya ntah tahun bila pulak kita bakal nak berjumpa dengan promosi vivix ni. Itulah ramai yang pakat borong sakan bulan Julai tahun ni. Simpan siap-siap buat stok tahunan. Itupun ntah cukup ntah tidak...ye la satu family boleh consume...atuk nenek, mak, ayah, suami, isteri, kakak, abang, adik semualah. Memang tak rugi pun beli banyak-banyak buat stok tu. Dah tu beli 6 botol sekaligus dapat pulak lah percuma sebotol vivix tu. Sapa nak bagi saja-saja macam ni......free tu oiiii... harga retail sebotol vivix tu RM475 tu. Dah nak shaklee nak bagi free sebotol ni memang tak tunggu dahla kan. Rembat je satu set promosi tu senang. Ada yang borong sakan berset-set. ha....ko hado??? Kalau belum tu apa tunggu lagi....!!!!!
 .
.
.
.
.
.

Tak payah nak cerita panjang-panjang lagi kebaikan vivix ni. Ramai dah tahu...ramai dah cuba...ramai yang puas hati 100%, ramai yang memuja, ramai yang jatuh cinta memang tak beralih arah dah... banyak lagi. Senang cerita memang sangant...sangat...sangat...pueh hati....!!!!! kalau yang belum tahu jugak tu apa khasiat vivix ni ha senag je klik je lah mana-mana perkataan vivix yang korang nampak dalam penulisan entry asma ni. Asma nak link kan siap-siap dengan segala info dan testimoni sekali siap tentang vivix ni.
Lepas baca dan fahami tu kompom sangat berminat nak beli untuk diri sendiri dan famili kan??? Ha, bila dah timbul minat tu apa laie...moh ler pm asma di FB atau contact number asma yang tertera kat bawah ni ha......
 .
.
.
.
.
.
.
 
Kalau nak berceloteh panjang dan ada lagi nak tanya apa-apa boleh contact asma. Jangan malu jangan segan in Shaa Allah asma akan jawab soalan-soalan anda tu semua....free je konsultansi ni. tak berbayar pun. hehehe....hokkeyy...sila-silalah contact yer...
.
.
.
.
.

JANGAN LEPASKAN PELUANG MEMBORONG VIVIX YER.....!!!! NTAH TAHUN BILA BAKAL BERJUMPA LAGI DENGAN PROMOSI MACAM NI...HUHU.....

P/S: BELI 2BOTOL JE DAH BOLEH DAPAT FREE MEMBERSHIP....FREE HOKKEYY....!!!!


Nak join ahli?
Banyak lagi suppliment....!!!!
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee
COD AREA ALOR SETAR


Wednesday, July 30, 2014

SESUCI LEBARAN KAMI


Wah...wah...wahhhh...raya sakan mak jemah kot tahun ni sampai lupa nak berbelog. hehe...mood raya sebulan dah set dalam kepala ni. So, sapa-sapa yang buat rumah terbuka tu jangan lupa jemput asma boleh? Rumah terbuka asma??? urm..kena fikir-fikirkan sebab tadi encik suami dah bertanya tahun ni tak mau buat ke? Macamlah tiap-tiap tahun buat kan...rasanya baru sekali kot. Ingat nak tunggu masuk rumah baru tahun depan baru nak buat. Kita tengoklah macam mana nanti. Ada rezeki asma buatlah. Kalau dulu setakat panggil member-member ofis ja kali ni in Shaa Allah kita panggil semua. Wahhhh....bajet rumah besar nak panggil ramai-ramai tu. ekekeke....jenuh sewa khemah rhemah lah nanti. Tak janji tau kalau buat asma jemputlah nanti.

Hari ni dah masuk hari ke3 Syawal. Asma dan suami dah pun punch card pagi ni. Semangat gilosss x???? Boleh bilang sebelah tangan ja yang masuk kerja hari ni. Yang lain masih bercuti....huhu... sebab tu asma pandang kiri kanan atas bawah kosong ja opis ni. Tapi terhibur jugak tengok gelagat member-member yang menghapload pic hari raya dalam FB. Ramai jugak yang pm asma pagi ni ucap selamat hari raya. Sedih sat....tekiu uolss sebab kenang daku yang bermood raya di opis nih. Enjoice jugaklah walaupun bercakap tanpa suara. Memang boleh dengar bunyi keyboard warrior ku hari ni lancar je menaip. Dah serupa ambil exam typing plak.....ekekeke...

Nak melalut apa pun tak tau sebab no big idea. Terperuk lagi kot sebab terlampau banyak makan pulut. Ngongggg sejenak....untuk itu asma belanje semua tengok pic raya kami lah. boleh gitu? hahaha.....


sedondon purple tahun ni



 .
.
.
.

The Silat Segak Warrior
 .
.
.
.
.


Ready nak nyanyi lagu raya 4U2C
.
.
.
.
.
.

Aisy & Amsyar the Sexy Army...auuuwww
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

p/s: bagi yang makan berlebihan tu sila naik penimbang hari ini. Kalau tak dak kat rumah pergi shopping complex satgi masuk 40sen kuarlah meter reading tu. heheh...tengoklah berapa takuk meter naik tu??? jeng...jeng...jeng.... kalau dah berlebihan dari yang sepatutnya jangan lupa calling-caliing asma hokkeyyy....nak kasi "obat" kita hilangkan lemakkkssss tuh. 



macam biasa cari asma kak sini yer:-
Nak join ahli?
Banyak lagi suppliment....!!!!
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee

Tuesday, July 22, 2014

Performance Drink Teman Setiaku

Salam semua..dah banyak buat persiapan raya ke? Baju, kuih dan duit raya jangan dilupa yer. Anak-anak buah datang beraya nanti tak bagi pulak sampul duit raya. mesti kuciwa mereka. hehe...kita masa zaman kanak-kanak ribena dulu pun bersemangat nak raya sebab nak kutip duit raya la. Baju raya tu pulak kalau boleh gantung siap2 dengan beg duit, cekak @ tudung, kasut siap sumbat stokin yang sedondon. Bersemangat betul...sapa yang pernah buat camni jugak? Mesti 99% kanak-kanan akan buatlah. Kuih raya jangan lupa kalau tak memang tak berseri hari raya. Tak kiralah sama ada yang tunjuk atau buat sendiri, yang moden ataupun yang lama memang akan wajib jadi juadah hari raya nanti. Macam asma tahun ni memang buat sendiri. 



Pecah tradisi ni dah 6 tahun kahwin kira ni first time buat biskut sendiri. Sebelum ni cuma buatkan kek je. Tahun ni rasa bersemangat lebih pulak nak buat. Memandangkan asma ni bekerja 8:00 - 4:30 bulan puasa ni so, memang perlu manage masa betul-betul lah. Mana dengan kerja ofis, business dan nak uruskan #projectcookiesraya lagi. Balik kerja rehat dulu sebelum nak sedia untuk berbuka. Lepas berbuka tu selesai solat ajar si Along Amsyar study sat then terus ke dapur la. Jam 9 malam jugak la selalu baru nak menapak buat kuih raya. Asma ni kalau buat satu adunan je kuih raya tu memang tak cukup. Sebabnya perlu dibahagi untuk 3 buah rumah. Rumah mak asma, mertua dan rumah sendiri la. ( Ada ka yang sudi mai beraya lagi tahun ni...??? ) Open house tak buat dah kot kalau nak mai jemputlah bila-bila pun. hehe...





Normally asma siap membaking dalam jam 12 @ 1 tengah malam la jawabnya. Oven comel lote je muat-muat 2 dulang yang kecil tu je. Memang makan masa la membakar tu. Huhu....mengalahkan nak menjual plak rasanya bila siap. Alhamdulillah dah 7 jenis kuih raya asma berjaya buat hari ni. Dengan keizinan kesihatan yang baik Allah beri tahun ni dapatlah siapkan semua tu dengan sempurna. Yang bestnya tiap malam asma ada peneman setia sebagai energy boost. ( Aisy tu memang peneman hari-hari a.k.a pengacau...huhu...) 

Nak tahu siapa lagi yang menjadi peneman setia asma tu?
Ha...inilah dia. Minuman isotonik tanpa gas dan kurang manis. Rasa oren yang segar...asma shake dengan air sejuk memang rasa nyaman dengan sekali teguk. kalau berteguk-teguk lagi la sedap. Memang rasa badan kuat dan bertenaga macam iron lady. ahahaha.... kiranya kalau pergi kerja masih stabil dan berstamina la. Walaupun tiap malam tidur terganggu memang tak cukup tidur. Rasanya 4jam je sehari. ( Alah orang lain berjaga malam qiamullail pun boleh kan...!!!! ) 

Alhamdulillah...memang jatuh cinta dengan Performance Drink ni. Sapa yang nak jadi iron lady jugak silalah cuba minum. Tambahan bulan puasa ni memang sangat sesuai untuk gantikan balik bendalir yang kurang dalam badan kita ni. Bulan puasa ni kan kurang minum air putih so, bendalir dalam badan pun turut berkurang itu yang otot-otot dan badan automatik jadi lemah tu. Nak buat apapun mesti raya malas dan sakit-sakit badan. Dengan adanya minuman Performance Drink In Shaa Allah dapat membantu anda semua untuk hidrat semula......cayalahhhhh....!!!!!

Patutlah ramai yang borong sakan bulan ni. Anda bila lagi Ececece....malu nak order? tak tahu nak order macam mana? Tak tahu berapa harga?  La.....kenapa tk pm je asma kat FB tu. Ataupun boleh je nak guna talian seperti di bawah ni : 

 
Nak join ahli?
Banyak lagi suppliment....!!!!
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee

COD AREA ALOR SETAR 
Cepat-cepat order sekarang....!!!! Nanti sibuk dengan persiapan rumah terbuka pulak. Memang kompom akan letih..... Dapatkanlah PERFORMANCE DRINK anda sendiri hari ini.....!!!!!

Sunday, July 20, 2014

PENAPIS AIR SHAKLEE YANG BEST....!!!



Get Clean® Water Pitcher  



MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.



Nak join ahli?
Banyak lagi suppliment....!!!!
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee
COD AREA ALOR SETAR

TESTIMONI COLLAGEN POWDER SHAKLEE


Collagen Powder
Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


ANTARA TESTIMONI PENGGUNA TEGAR YANG BERJAYA....!!!!!



 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtdElxeiSTDHSna8CehSH8eMqgsfSUDEVConzoLiRB7ySkpXUJ8m5cyhRITx01rrCqeMtjjaV7djaTWrilVgwVG1cZO9L6WmOviKf3ank3GGfSmYROnbr9pTAxX764C-MWiOEcxfN2Nnk/s1600/g.JPG


Nak join ahli?
Banyak lagi suppliment....!!!!
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee
COD AREA ALOR SETAR







Tuesday, July 15, 2014

NASI MENDY TERBAIK ALOR SETAR

Salam, masih ingat yang asma ada janji hari tu nak ceritakan tempat makan arab yang paling best dekat area Alor Setar ni? Sebelum tu asma nak maklum ini adalah berdasarkan citarasa asma dan family semata-mata. Kang ada yang komen bagai-bagai kan. Selera masing-masing tak sama tapi bagi asma memang inilah yang tersedap. Bulan ni ja dah 2 kali pi berbuka kat situ. Bagi yang familiar dengan reatoran akan tahu di mana lokasi dia. Sebab bagi asma lokasi restoran tu agak tersembunyi sikit dari pandangan orang yang lalu-lalang. Kedudukan bangunan kedai tu memang dah tepi jalan besar cuma ianya menghadap ke arah tepi so cuma akan nampak corner lot kedai ja. terlupa lak nak snap kedudukan restoran ni. Kalau cerita ni memang susah nak nampak. huhu...



Opsss...tahu tak apa nama restoran tu? Ha....RESTORAN CAIRO ni terletak di Jalan Pegawai, Alor Setar bertentangan dengan Bank Islam Bhd. Kalau kita ada di bank tu memang akan nampak bahagian belakang Restoran Cairo ni. Kalau nak tahu salah seorang pemilik restoran ni adalah seorang Ustaz yang mengajar di Maktab Mahmud Alor Setar namanya Ustaz Adlan Yaakop. Mesti ramai yang kenal kan? So, bagi ex-student MMAS tu nanti boleh lah berkunjung ke restoran tu untuk berbuka puasa. Kebetulan jugak semalam masa asma pergi sana untuk berbuka memang ramai studen MMAS yang turut sama beriftar kat situ. Alamatnya meja kami sampai ke luar la. Tapi best sikit sambil menghirup udara segar kat luar tu. 


Untuk makanan dia memang asma paling suka nasi mendy dia. Baik ayam ataupun kambing. Bayangkanlah asma ni bukanlah penggemar kambing tapi bila makan kat situ dengan sup-sup kambing tu boleh licin sekali hadap. hurm memang ada bau kambing sikit yela kalau sampai tiada aroma kambing tu bukanlah kambing namanya. Tak dak feel la makan kambing tu. Tapi walaupun bau kambing tidaklah sehamis kambing. Ha...faham tak??? Maksudnya memang sedaplah. Memang kena pi try dulu baru tahu. Sup dia kambing dia marvelousssss....kecur air liur teringat ni. Jangan sampai batal posa asma lak nanti. hehehe....sungguh bagi yang dah pernah cuba tu mesti tau. Nasi dia pulak memang lembut dengan butiran nasi dari beras yang panjanggggg.....huhu.... Masak memang sekata rasa semua setiap butir nasi tu dengan rempah dia. Ayam tu pulak kalau first time tengok belum makan pun memang dah terliur....perghhhhh....

Nak tambah menarik lagi asma kongsi kan kat sini gambar yang semapt asma snap semalam. Jangan sampai batal posa hampa semua na....hihi...


Beza tak portion ayam dan nasi dengan restoran yang asma share sebelum ni??? Besar kan drumstick tu...huhuhu memang puas makan. Ambil 2 plates share dengan anak-anak. Alhamdulillah kenyang berbuka semalam.
Bagi yang teringin nak cuba sila la ke RESTORAN CAIRO, Jalan Pegawai, Alor Setar......
chaooooo..........


SELAMAT MENCUBA....!!!!!

Monday, July 14, 2014

Derhaka RVCCC Yang Boleh Diterima

Derhaka pun still dalam talam emas tu



Wah.....derhaka tu tajuk. Sapa yang derhaka ni bagitau mai? hehe...propa je tu. Istilah derhaka terhadap resepi bila memasak ni memang sudah menjadi lumrah semua. Ye la bila satu bahan tak cukup ke atau kita ubah stlye cara masak ikut hati kita kira derhaka lah tu. Derhaka pada resepi tu tau bukan pada siapa-siapa. So, tidaklah menjadi isu dan masalah di sini. hehe...Saja asma letak tajuk enty macam tu. Bagi yang familiar dengan isu derhaka resepi ni pasti dah tau. 


Okey ingat tak resepi cookies Red Velvet Choc Cip Cookies (RVCCC) yang asma dah sharing semalam tu? Alkisahnya semalam asma dah derhaka lah dengan resepi tu tapi sumpah....sangat sedap rasanya walaupun tak cukup satu bahan iaitu choc cip putih je. Rupa tak berapa meriah tapi tidaklah mencacatkan rasanya yang memang marvelous tu. Terasa meletop-letop dalm mulut bila makan bak kata Chef Jo dalam rancangan Master Chef tu tau. 


Kalau nak dibandingkan dengan yang asma pernah beli tahun lepas memang asma paling suka yang asma buat sendiri ni. Tak tipu...sebab kalau korang buat ikut resepi ni pun memang akan dapat kesedapan yang sama macam asma ni. So, cepat-cepatlah pergi beli barang dan buat cookies ni. Memang jatuh cinta sambil baking tu sambil ngap. Lastly tinggal sebekas je itupun asma dah buat 2 adunan tu tau. Nampaknya memang kenan tambah lagi 2 adunan baru cukup. Kalau tidak memang untuk makan sendiri ja anak-beranak kami kat rumah. Orang mai beraya kena sorok. hehehe aci tak??? Kalau nak rasa kemeletopan cookies ni dalam mulut anda sila lah buat yer. 

RESEPI RVCCC AWESOME Klik2 untuk resepi kat link ni tau....!!!!

Sedikit pesanan penaja...asma derhaka lagi masa membaking. Suhu asma letak 160c dan bakar 25 minit baru dapat biskut yang rangup kruuupppp krrruuppp....

SELAMAT MENCUBA SEMUA...!!!!

NUTRIFERON SHAKLEE ANTIBIOTIK KAMI


Salam semua, hari ni asma nak kongsikan lagi cerita pasai Nutriferon Shaklee ni. Memang menjadi kesukaan anak-anak. Sampai berebut-rebut kalau nak makan tu. Tapi 1 sachet tu boleh kongsi bersama. Sebab tu asma tak rasa yang Nutriferon ni mahal. Berbaloi dan tahan lama silap-silap lagi murah dari kita bayar caj ambil ubat di klinik pakar tu. ( Hospital tolak lah sebab subsidi, tapi sampai bila nak amalkan ubat yang berasaskan dadah semata-mata? ) 
Pengalaman asma sendiri dalam group-group shaklee yang sememangnya ada dikalangan kami yang merupakan Pegawai Perubatan tau. Ha, mereka yang doktor ni pun tak menggalakkan ubat yang dadah ni sebabnya ianya hanya bersifat sementara iaitu menahan sakit semata-mata bukanlah merawat sepenuhnya. Macam orang yang ambil dadah tu cuba tengok, asyik ja memang khayal tak ingat dah. Kalau tumbuk muka pun memang tak rasa apa pun. Ibaratnya lah....sebab tu asma kalau tak berkepentingan memang kalau boleh nak elakkan terus ubat-ubatan tu. Nak sepenuhnya amalkan pemakanan sunnah dan supplimen Shaklee ni. Alhamdulillah setakat hari ni memang nampak perubahan tu. Bila kita ikhtiar dan berdoa yakin dengan Allah insya Allah akan sembuh penyakit tu. 

Macam asma sendiri sejak join shaklee ni memang banyak produk dia yang asma amalkan untuk diri sendiri, suami ( culas jugak ni biasalah ) serta anak-anak. Antibiotik semulajadi yang shaklee cipta ni membuatkan asma terus jatuh cinta bila amalkan pada anak-anak. Kalau selesema dan batuk cepat-cepat asma bagi sekerap yang mungkin. Contoh kalau time sihat tu asma cuma amalkan beri nutriferon ni seminggu sekali ja. Tapi bila diserang selesema tu asma akan bagi setiap hari setengah sachet seorang. Sebab anak yang bongsu tu baru berusia 3 tahun asma memang tak mau bagi banyak-banyak sangat. Niat sembuh penyakit kerana Allah. 


Tak susah nak makan nutriferon ni. Cuma koyakkan sachet tu dan tuang terus dalam mulut. Anak-anak asma lebih prefer macam tu sebab rasanya manis-manis buah. Itu yang membuatkan mereka rasa tak cukup tu. Habis 1 sachet tu mintak lagi, siap buka peti sejuk ambil sendiri. Kalau asma terlupa tu memang diorang sendiri yang ingatkan dan ambil untuk makan. Minggu lepas Aisy dan Amsyar diserang selesema dan batuk. Bulan puasa ni air sejuk je la menjadi hidangan pilihan. So, tak boleh nak lari minum sembunyi-sembunyi dari anak-anak. Time berbuka tu sama-sama tunggu nak minum berbuka tu. Hurm, bila dah minum air sejuk tu faham-faham la kan. Malam sikit je memang batuk tak henti-henti. Asma pun apa lagi terus ambil Nutriferon tu dan bagi makan. 

Alhamdulillah walaupun supplimen ni kadang lambat nak nampak hasil kita jangan putus asa. Teruskan bagi dan amalkan, In Syaa Allah...memang 3, 4 hari jugak baru hilang batuk dan selesema tu. Berdasarkan pengalaman asma ambil ubat klinik pakar sebelum ni pun sama ja. Ambil masa banyak hari jugak untuk sembuh walaupun dengan antibiotik tu. So, lebih baik kita berikan yang semulajadi dan yang terbaik untuk anak-anak kan??? Apalah sangat nak berkira berhabis duit untuk makanan tambahan anak-anak ni kalau kita boleh beli tudung semahal tudung beratur tu??? Fikir-fikirkanlah...

InSya Allah selagi asma termampu memang nak berikan supplimen dan makanan sunnah ja untuk anak-anak amalkan. Kalau terdaya nak elak ubat klinik tu asma akan cuba elakkan. 

Shaklee memang terbukti pilihan yang berkesan. Anda bila lagi???



Klik untuk order sekarang...!!!!!
 
Nak join ahli?
Banyak lagi suppliment....!!!!
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee
COD AREA ALOR SETAR


Sunday, July 13, 2014

Red Velvet Cookies "maybe" my next project

Sapa pernah makan biskut ni? Selalu kita dengar red velvet cake je kan. Sedap tau biskut ni. Kerangupan cookies dia tambahan pulak dengan badam dan 2 jenis choc chip dalam tu. Memang tak henti-henti nak kunyah. Boleh habis sebalang sekali hadap ja. Itu kalau yang asma pernah beli la raya tahun lepas ni. Ingat projek cookies asma tahun ni nak try buat lah biskut ni tapi tak tahu lah akan jadi sama texture n rasa tu dengan yang beli atau tak. Kita try dulu le kan. Belum cuba belum tahu. 

Bahan-bahan nak buat pun tak banyak cuma bahan kat rumah tu je kena pergi shopping tambah lagi. ngeh...ngeh....ngeh...  Macam biasa asma akan kongsikan resepi Red Velvet Cookies ni kat bawah. Mana tau ada yang teringin nak cuba bolehla ambil resepi ni. Asma pun tengok resepi dekat blog akak Azlita Masam Manis tu. Hurm buka blog kak Azlita tu tau-tau je la kan. Semua nampak sedap dan menarik sampai pening kepala nak buat resepi yang mana. Tapi diri ni tidaklah sekreatif kak Azlita tu. 

Ha bagi yang belum pernah tengok blog Masam Manis tu ini dia link nya : http://www.azlitamasammanis.com/ Selamat menjamu mata yer. Asma pasti lepas ni ramai yang jatuh cinta nak memasak dan membaking bila tengok blog ni. 


Ihsan Google


RED VELVET CHOC CHIPS COOKIES
Oleh: Planta
Rujukan : Koleksi 20 resepi Planta
Kempen: Seceria Air Tangan Ibu
Sumber asma dari: Blog Kak Azlita Masam Manis

120gm margerin Planta
10gm minyak sapi
100gm gula kastor
120gm tepung gandum
50gm tepung beras
50gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30gm coklat chips putih
30gm choklat chips 

Cara penyediaannya:-

Mula-mula ayak bahan kering.
Satukan tepung gandum, tepung beras, dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170c selama 5 minit
Di dalam mesin pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat,
Tambahkan telur dan putar sebati
Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata
Masukkan bahan yang telah kita ayak tadi, gaul dengan senduk kayu atau spatula rata
Tambahkan badam, 1/2 daripada choc chip dan 1/2 daripada chop chip putih
Gaul adunan rata
Sudukan adunan di atas dulang pembakar
Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki chips coklat dan putih
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150c ( Ketuhar hendaklah dipanaskan 15 minit awal sebelum masukkan doh )
Bakar selama 20 minit
Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA YER SEMUA....!!!

IFTAR DI LUAR edisi Arabian Delight

Entry kali ni saja asma nak kongsikan satu tempat makan menarik yang asma kunjungi untuk berbuka puasa last week. Kegemaran buat masa sekarang ni tentulah makanan Arab. Sebab satu hidangan tu memang dah boleh tersandar kekenyangan. Dalam banyak-banyak tempat makanan Arab yang asma dah pi area Alor Setar ni ada dua yang the best lah. Hari ni asma kongsikan yang second best boleh? Sebab yang paling best tu asma selalu pergi cuma belum terniat nak ambil gambar lak. Asyik terlupa nak buat capture sebab tak sabar nak merasa hidangan tu lazat sangat. hehe...yok yok ooo je kan. 

Okey lah itu asma akan share di enrty yang kan datang. Yang second best ni pun best jugak. Rasanya ramai yang dah pernah pergi dan tahu lokasi restoran ni. Nama restoran ni adalah Puji Arabian Delight. Seberang jalan je dengan Masjid Al Bukhari, giant tu. Betul-betul sebelah Sekolah Sultanah Asma. Perasan kan ada bangunan baru kat situ. Jangan tersalah masuk kedai pulak sebab selang 2 buah pintu je ada satu restoran makanan Lubnan. So untuk memudah kan korang semua cari asma sharekan pic ni.


Ha atas tu siap ada fitness center lagi. Lepas raya ni kalau nak pi makan boleh terus pi gym kasi bakar balik lemak-lemak tu. hehehe.... Dah macam one stop center pulak kan. hehe...
Berapa bintang nak bagi ek untuk makan di restoran ni? Urm bagi asma 4 bintang boleh kot. Sebab setakat sekarang yang 5 bintang dah ada yang bertakhta di hati. Dari segi portion nasi dan ayam tu asma tak berapa nak gemar sangat sebabnya ayam tu quarter untuk size plate biasa tapi kecik sangat. Hidangan kambing dia memang puas hati cukup portion dia dengan nasi tu. 




Yang bestnya kat restoran ni cara tauke dia tu entertain customer. Sebelum masuk waktu berbuka tu siap ajak ramai-ramai berzikir dulu. Once masuk waktu dia yang bacakan doa makan dan jemput semua customer untuk berbuka. Kebetulan hari tu ada minuman free tau. Sedap masam-masam manis tapi nak sebut air apa tak tau. Warna macam anggur tapi bukan, ada tambahan hirisan lemon dalam tu. Memang best. Chef dia pulak memang import dari luar. Hurm itu je kot yang asma nak kongsikan hari ni. Nanti jumpa di lain entry untuk asma storykan restoran makanan arab yang no. 1 tu ye. Ini hanya pandangan peribadi asma. Lain orang lain citarasanya.....


KAMI SUKA MAKAN ;-)

Projek Cookies Raya - Samperit Susu

Alhamdulillah tahun ni terasa Ramadhan sangat bermakna. Diberi kesempatan untuk menemui Ramadhan ke 15 hari ni. Semoga Allah panjangkan usia untuk bertemu Ramadhan 1436H tahun depan. Bermakna jugak tahun ni sebabnya first time buat cookies raya sejak kahwin dulu. Lama dah meninggalkan zaman buat biskut-biskut ni tapi tahun ni memang berazam nak buat sendiri. Walaupun ada juga yang tunjuk-tunjuk tu. Kawan-kawan menjual beli la juga sebab tak tahan nafsu nak menghabiskan duit tu kan? Dalam masa yang sama dapat juga bantu business kawan-kawan. In Syaa Allah. 


Tahun ni disebabkan arwah mak mertua asma dah tiada so, memang menjadi tanggungjawab asma automatik untuk meneruskan apa yang biasa mak mertua asma buat tu. Memang boleh dikatakan setiap tahun mesti arwah akan buat biskut-biskut raya ni tambah lagi dengan kerepek, kacang, kuih siput. Walaupun tak dapat nak buat semua tu in Syaa Allah asma memang nekad at least ada jugak serba sedikit kuih yang boleh dihasilkan sendiri. Tak mahu la tunjuk je sebab rasa tak meriah pulak makan semua biskut yang dibeli. feeling raya tak dak la nanti. Dapat gembirakan suami dan family sebelah suami dah boleh melapangkan hati asma ni. Family sebelah asma pun tak lupa tau, sebab tu tahun ni walaupun kali pertama nak buat biskut asma perlu buat dengan adunan yang lebih. Kena bahagi 3 buah rumah...untuk sendiri, rumah mak dan mertua. In Syaa Allah dapat lah pakat merasa air tangan asma yang tak seberapa ni. hehe... 

Nak tahu apa biskut pertama asma buat tahun ni??? Ha...disebabkan dah bertahun-tahun kutinggalkan membiskut kira dah jadi amatur balik la. So, asma pun mulakan dengan biskut yang simple-simple dulu. Dah lama nanti baru banyak idea datang mencurah-curah baru boleh buat biskut yang glamer-glamer sikit kan. So, malam Jumaat lepas terjadilah BISKUT SAMPERIT SUSU....resepi ni asma dapat dari seorang kawan facebook. Tengok macam simple dan menarik sebab tu teringin nak cuba buat. Bahan pun mudah sikit je tak perlu yang mahal-mahal tapi rasanya memang sedap. Masa membakar pun dah bau harum susu tu semerbak satu rumah. Suami balik terawikh pun tegur bau dia sampai ke tangga luar. hehe...betul tak tipu memang sedap dan yang paling best ianya rangup sedikit dan cair di mulut tudak di tangan yer. Bagi sapa-sapa yang nak cuba buat biskut ni asma kongsikan resepinya di bawah ni okey....

samperit susu

RESEPI SAMPERIT SUSU

250gm butter
1/2 tin susu pekat
600gm tepung jagung

Cara Penyediaan

Pukul butter dan susu. Tak perlu sampai gebu. Dalam 3-5 minit je.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli sehingga kental dan tidak lekat ditangan.
Doh memang lembut sedikit sebab nanti senang nak tekan degan acuan.
Masukkan doh dalam acuan samperit.
Griskan dulang pembakar supaya biskut mudah lekang bila masak.
Hiaskan dengan ceri @ choc chip ( optional )
Bakar dengan suhu180 selama 15-20 minit.

MUDAH KAN? SO, LETS BAKED WITH LOVE YA....!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...