Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 16, 2014

Destinasi Cinta @ Cameron Highlands

Amsyar @ CH 2009
Sebut je nak bercuti kat mana mesti dalam kepala otak ni asyik pikir Cameron Highlands je. Same goes to hubby kami memang punya naluri percutian yang sama. hahaha....Seakan dah jatuh cinta dengan CH ni. First time pi masa baru kahwin dulu tahun 2008. Walhal CH tu orang pi berkurun dah kan? hahaha....sebabnya kami ni memang telah di didik dan di asuh supaya nak pi mana-mana bercuti kahwin dulu. Pastu pi la mana pun. Kalau zaman anak dara dulu walaupun mengaji nun di Pahang sangat susah nak dapat izin mak dan bapak. 
Aisy @ CH 2013
  Biasalah jiwa anak muda kan seonok pi bercuti dengan kawan-kawan. Bermalam kat mana-mana, kalau cuti sem tu jarang lekat kat rumah. Tapi berbeza lah dengan asma memang tau dah jawapan TAK BOLEH....!!!! fullstop. So zaman study ku hanyalah study semata-mata.Sekali ja rasanya kami ramai-ramai sekawan sewa sebilik ja kat hotel pastu pakat dok 11 orang dalam tu. Memang macam sardin lah. hahaha.....tu pun kira puas jugak pujuk mak nak ikut kawan-kawan pi key el. Mak pun bagilah sebab anak dia ni "ketegaq" sangat. Itupun sebab paksu ku ada di key el apa2 boleh roger dia ja. Alhamdulillah sebab mak dan bapak didik kami dengan agama yang cukup. Terima kasih MAK & BAPAK...sayang kalian ketat2. ;-)

MARDI CH 2014
Cameron Lavendar 2013

Okey berbalik pada cerita CH kita tadi tu. Boleh dikatakan lepas dapat ja lesen tu every year kot kami bervacation kat CH tu. Tak pernah rasa cemuih. Tenang ja...(make sure bukan pi time school holiday la) memang release tension. Sangat sesuai utk sapa-sapa selalu sakit otak tu. hahaha....Tapi cuaca je sekarang ni dah tak berapa sejuk macam dulu. Nat tahu berapa bajet selalu kami keluarkan untuk 2H 1M di CH? Ha...plus minus semua sekali dari keluar pintu rumah kami sampai depan pintu rumah balik cuma RM500 sahaja. Siap boleh tapau souvenier, strawberi dan sayur mayur lagi tau. Inilah yang dinamakan DESTINASI BAJET kami untuk 4 beranak. So, bukannya mahal pun nak pi bercuti kat tempat sejuk.....!!!!

Pasar Malam Brinchang CH 2013

Kalau kat CH of course asma lebih prefer check in kat Brinchang. Alasannya nak pi pasar malam pakai kaki ja. Baru best, walaupun hotel area tu 2-3 bintang ja tapi sangat selesa. Ye la habuan nak tidur ja buat apa perabih duit amik bilik yang beratus-ratus2. Kadang dapat bilik yang selesa hanya dengan rate RM100-120 ja. huhu....murah kan? Kelengkapan bilik semua cukup perfecto...
Benda pertama yang dicari di pasar malam selalunya udang celup tepung. pergghhhhh....memang teringat-ingat. Besar dan panas2 makan memang terasa kerangupan tu okey. Ada satu stall nasi ayam berempah tapi baru2 ni pi macam dah tak dak ja. Memang sedap lah nasi ayam brother2 tu. Awat tak juai dahhhhh?????

BOH 2012

BOH 2012

Port paling best nak lepak-lepak pekena air teh ori of course lah kat BOH Sungei Palas dan Cameron Valley sebab kat CH tak dak teh 888 ataupun cap masjid. hehehe....Bila ori ni means xdak perasa tiruan so teh pun bukan kaler coklat pekat tapi still sedap bila added susu segar. Pekena plak dengan cheese cake ka, scones ka memang uummmmpppp.....!!!!! (ok teringat kek dia yg sedap tu) Paling femes selalunya orang akan lepak kat BOH berbanding CV sebabnya situ boleh amik gambar ala2 encik haris dengan izzah. ekekekeke.....

Trip ofismate 2014

Banyak lagi tempat menarik kat situ...(bagitau mcm orang tak pi) hahaha....So, kat sini saja nak perangat kongsi pic2 terbaru masa kami pi CH. Yang ni gambar pi trip satu bas dengan geng ofis. Memang enjoy walaupun penat. ( naik bas leceh sikit ikut jadual, padat dan penat tapi kenangan bersama tu yg tak boleh lupa....)


Banyak kenangan manis kami sekeluarga kat CH ni sejak 2008-2014. Tahun depan kita pi lagi na darlingg....hahha...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...