Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 19, 2014

PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT



Besarnya jerawat ni...nak picit sakit, tapi kalau tak picit malunya nak keluar rumah. Sudahlah besar, merah menyala, sakit dah tu banyak pulak. Dulu masa anak dara tak pulak naik jerawat batu besar-besar macam ni. Dah beranak pinak nilah jerawat ni kalut nak menempek. Memang aksesori bila dah berumur ke? Ha...siapa yang alami masalah macam ni? Zaman anak dara kulit muka halus licin mulus je masuk anak pertama kedua muka dah macam rupa bulan dah. Tapi jangan picit jerawat tu sebarangan tau, bahaya yang mengundang nanti. Kata orang kalau makin dipicit makin naik tambah lagi parut jerawat tu nanti sukar nak dihilangkan. Kalau jerawat yang besar-besar ni selalunya parut tu akan nampak hitam. Tak pa jangan risau sebab kat sini asma nak kongsikan beberapa petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan parut jerawat tu. lets cekidaut yer......!!!!!

CARA PERTAMA
AMBIL SEDIKIT MADU DAN CAMPURKAN DENGAN BEDAK SEJUK. OLESKAN DIMUKA ATAU TEMPAT YANG BERJERAWAT TU. LAKUKAN SEKURANG-KURANGNYA 2KALI SEHARI.

CARA KEDUA
TUMBUK BEBERAPA KULIT KAYU MANIS SEHINGGA MENJADI SERBUK. CAMPURKAN BERSAMA AIR DAN SAPUKAN KE SELURUH WAJAH ANDA. ESOKNYA CUCILAH DENGAN AIR SUAM.

CARA KETIGA
ASAH KULIT KAYU MANIS DAN CAMPURKAN DENGAN SEDIKIT MADU. KEMUDIAN TEMPEKLAH KESELURUH WAJAH. ESOKNYA CUCILAH DENGAN AIR AIR SUAM.

CARA KEEMPAT
KISAR TIMUN DAN TAPISKAN AIRNYA. AMBIL HAMPAS TIMUN TU DAN RATAKAN KESELURUH WAJAH ANDA. BIARKAN SETENGAH JAM DAN BERSIHKAN DENGAN AIR SUAM.

CARA KELIMA
RENDAM BEBERAPA HELAI DAUN SENDUDUK, SEDIKIT CEKUR DAN SEGENGGAM BERAS. KEMUDIAN GILING SEHINGGA LUMAT DAN RATAKAN PADA WAJAH. LAKUKAN 2 KALI SEMINGGU.

CARA KEENAM
TUMBUK SEHELAI DAUN SIREH MUDA. TEMPEKKAN PADA BEKAS JERAWAT. SETELAH KERING CUCI DENGAN AIR BERSIH. AMALKAN 3 KALI SEMINGGU.

TIADA MASA NAK BUAT SEMUA NI??? NAK AMBIL JALAN YANG LEBIH MUDAH??? JOM KITA RAWAT JERAWAT ANDA DARI DALAM. TELAN SUPPLIMEN JE LAH SENANG....!!!!


set kulit shaklee

KALAU JERAWAT YANG DISEBABKAN OLEH HORMON TU MAKSUDNYA TIAP KALI DATANG PERIOD BARU NAIK JERAWAT BOLEHLAH AMBIL GLA COMPLEX :-
JERAWAT HORMON


Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)


HILANGKAN KUTU KEPALA ANAK ANDA DENGAN BASIC H

kutu kepala

Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur sebanyak 6 biji sehari dan telur-telur ini biasanya melekat dengan kuat pada rambut. Telur ini biasanya akan menetas selepas lebih kurang 8 hari. Kutu kepala mampu merebak dengan cepat melalui sentuhan terus antara rambut yang mempunyai masalah. Ia juga mampu melompat ke kepala melalui berus, sikat, topi, tuala dan bantal. 


TANDA-TANDA ANAK ANDA DIJANGKITI KUTU KEPALA

1. Gatal yang kuat dipermukaan kepala yang disebabkan oleh bahan yang terdapat dalam air liur kutu.
2. Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. 
3. Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil, bersinar dan berwarna putih. Kelihatan seperti kelemumur tetapi sukar untuk dikeluarkan.


NAK TAHU CARA PALING MUDAH, BERKESAN DAN PALING SELAMAT UNTUK HILANGKAN KUTU KEPALA ANAK ANDA?

Asma ada satu petua yang semulajadi dan selamat untuk basmi kutu-kutu anak anda tu. No chemical 100% natural & safe tau. Inilah dia BASIC H from SHAKLEE....

Caranya senang je. Basahkan rambut anak anda titikkan basic H di tapak tangan dan usapkan di rambut anak anda. Buat macam belai-belai rambut tu. jangan kasar-kasar nanti sakit terus anak-anak tak mau. Budak-budak ni bukannya suka kita tarik-tarik rambut tu lagipun sakit kan. So, memang susah kalau nak cari kutu kepala nak pulak nak tarik-tarik telur kutu tu. memang nangis nanti. So, gunalah cara ini yang ternyata lebih fleksible. eceh.....hehe...




Macam mana nak order?


INI ADALAH TESTIMONI DARI SAHABAT SHAKLEE SAYA:-


kutu kepala

CUBALAH.....!!!!



Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...



Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)



Sunday, August 17, 2014

KHASIAT PEPPERMINT GINGER PLUS

 

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

 KHASIAT PEPPERMINT


Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi. 


ANTARA KEBAIKAN PEPPERMINT GINGER PLUS :
  • MEMBANTU MENGURANGKAN MASALAH LOYA DAN MORNING SICKNESS DIKALNGAN IBU YANG SEDANG HAMIL
  • MEREKA YANG SUKA MENGEMBARA YANG SERING ALAMI MABUK LAUT/DARAT
  • MENGURANGKAN PEDIH PERUT AKIBAT GASTRIK DAN ANGIN
  • MENGHILANGKAN SEBU PERUT ATAU KEMBUNG PERUT
  • MEMBANTU MEREKA MENGALAMI MASALAH PENCERNAAN

 TESTIMONI BERJAYA...!!!!!



MORNING SICKNESS 


 MUNTAH LOYA BERSALIN


 

Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)


APA ITU TEKNIK PERCUSSION?

 TEKNIK PERCUSSIN


Teknik Percussion ataupun teknik menepuk dilakukan adalah untuk membantu mengeluarkan kahak especially bagi anak-anak yang masih kecil. Caranya mudah, ( Refer Gambarajah ) pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal dibawah perut. Pastikan bantal yang digunakn tidak terlalu tebal ataupun terlalu nipis. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas sedikit. Pastikan kaki dalam keadaan lurus dan kedudukan bayi dalam keadaan yang selesa.

Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cuping ( lubang di tengah ) ataupun ( bagi yang biasa main kad tepuk masa kecil-kecil dulu...macam tu lah bentukkan tangan tu )Kemudian gunkan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan dibelakang bayi. Tujuannya adalah supaya ada udara mengisi di ruang tapak tangan kita supaya apabila ditepuk ke atas bayi kesakitan itu tidak terasa. Bayangkan kalau tanagan dalam keadaan biasa? Pasti sakit bayi tu terasa seperti ditampar kan?

Tepuk selama 15minit dan beralihdi kiri dan kanan tubuh bayi pula. Teknik menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak yang terperangkap di dalam paru-paru. Selalunya selepas 15 minit di tepuk bayi akan batuk atau bersin dan sekaligus akan mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah atau ludah bagi yang kanak-kanak yang agak besar sedikit. jika tertelan tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar melalui najais mereka. Paling penting sebelum melakukan teknik ini pastikan anak tidak diberi minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.


SELAMAT MENCUBA...!!!!




Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...



Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)


TESTIMONI CAROTOMAX SHAKLEE

Alhamdulillah....dapat lagi satu testimoni dari customer shaklee. Dulu asma pernah cerita tentang cust ni yang sememangnya pengedar shaklee tapi sudah lama dan hanya makan untuk diri sendiri serta family. Memang banyak supplimen Shaklee yang dia amalkan salah satunya adalah Carotomax. Dan baru-baru ni dia yang juga merangkap office mate asma telah mencuba Carotomax ni serta mendapat feedback yang sangat positif. Walaupun katanya bukanlah dia amalkan makan hari-hari, terkadang banyak sangat supplimen yang dia nak makan terlupa la jugak dan kadang sengaja dijarakkan. Ye lah asma pun kadang memang culas bab nak ambil vits ni. hehe....Tapi Alhamdulillah dalam keadaan yang tidak mengikut jadual 100% pun kakak ni dapat kesan yang baik dengan penglihatannya. 

Asma nak highlight sikit apa masalah dia....Sebenarnya kakak ni kerja dia memang banyak menghadap komputer. Terpaksa key-in data dengan nombor-nombor yang kecil. Bayangkanlah kalau kita menghadap pc terlalu lama, merenung cahaya dari pc tu memang tidak menyihatkan mata, Mata menjadi lesu, skrin tu nampak seakan-akan kembang je, mata pulak mesti berair. Lepas tu mulalah gatal tangan ni nak menggenyeh ( menggosok mata ) tu kan? Rasa-rasa elok tak kalau kita kerap-kerap buat macam tu? Kalau tak hadap pc memang tak boleh sebabnya office work ni memang kerja dia hadap pc 24jam. Tipulah kan kalau asma cakap 24 jam walhal office hour 8-5 je. Hehehe.... 

Bayangkan betapa siksa mata kita yang perlu tengok pc tu hari-hari. Naik pinau buntang mata tu kan???? So, lepas asma buat iklan tentang Caroromax di FB asma dia pun ambil inisiatif nak baca dan search tentang keberkesanan carotomax ni dengan encik google. Lepas dah betul-betul faham dan hadam dia pun suarakan hasrat untuk beli Carotomax ni dari Asma. Alhamdulillah selepas amalkan Carotomax ni mata dia semakin baik. Kalau hadap pc buat kerja tu memang dah tak nampak screen tu kembang. Mata pun tak berair dan tak gosok-gosok mata lagi. 

Seronoknya bila dapat membantu ramai orang dengan ikhtiar shaklee ni dan berjaya pulak dapat kesan yang sangat positif. Kalau kita amalkan hari-hari Carotomax ni agak-agak yang specky tu boleh patahkan dan buang je spec tu kot.....???? hehe....in Shaa Allah kita ikhtiar disamping berdoa dan yakin kuasa yang menyembuhkan tu adalah dari Allah. Wallahualam....




Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...



Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)



Kebanggaan Saya Dalam Business Shaklee


free gift shaklee

shaklee

Alhamdulillah sekarang masih lagi berlangsung Global Conference @ Long Beach USA yang dihadiri oleh SID seluruh dunia. SID yang bergelar Masters yang layak untuk free trip 7 stars Shaklee Global Conference ni. Hebat kan....??? Siapa nak bagi free trip macam ni, beg bagasi dapat, duit poket dapat, hadiah dapat. Urm...asma pun tengah berusaha untuk jadi sebahagian daripada mereka-mereka yang sudah berjaya ni. Syaratnya kenalah copy paste apa yang Masters ni dah buat kan? Nak berjaya haruslah ikut jejak guru kita tu. Seronok dapat Upline-upline yang berjaya macam ni. Mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Nama MALAYSIA disebut-sebut berulang kali di setiap hari conference tu diadakan. Bangga kan? Sekurangnya business ni bukan sahaja membantu menambahkan ekonomi kita jutawan muslimah dalam masa yang sama dapat menjulang nama MALAYSIA di mata dunia. 

masters shaklee



masters muslimah


Orang Malaysia ni sangat hebat tau dalam business buktinya mereka ni muda-muda lagi dah bergelar Masters dengan income 5,6 angka. Wow......!!!! terbeliak biji mata tengok income statement diorang. My superstar Master Effa, Master Farhah dan Master Hanum. Tengok pic ni....yang abroad nyer Master dah tua-tua je hehe....Masters from Malaysia alahaiiii masih muda cute mute plak tu. Selain bawa nama Malaysia mereka juga membawa imej wanita muslimah di mata dunia. Siapa kata wanita muslimah itu tidak boleh bekerja dan tidak boleh berjaya....inilah buktinya. Thats why shaklee ini lebih dikenali sebagai family business sebabnya ianya bukanlah business seorang tetapi satu family. Tiap kali conference pun memang akan melibatkan pasangan suami isteri dan anak-anak. Terima award pun boleh bawak family naik stage sekali pun boleh. So, soal family terabai if wanita berbusiness asma tolak tepi. Dan lagi sekali mereka-mereka telah buktikan yang semua pun boleh.....!!!! 

shaklee malaysia

"Ini adalah waktu seluruh dewan tiba-tiba memberikan penghormatan kepada Malaysia dengan berdiri dan tepuk tangan pada delegasi Malaysia semasa Victor Lim cerita pasal kehebatan progress shaklee Malaysia.
Orang putih beri penghormatan pada kita warga Malaysia. Semua pelik kenapa hebat sangat Malaysia?
Rasa nak menitis air mata kat sini kerana rasa bangga dengan kita semua yang menaikkan nama Malaysia.
Inginkah anda semua berada di sini juga nanti untuk sama2 rasa saat ini?"   (Petikan dari FB - Master Hanum )

Sangat terharu apabila Master Hanum maklum dalam facebook sewaktu nama Malaysia disebut seluruh peserta dalam dewan bangun untuk tunjuk hotmat kepada delegasi dari Malaysia.....Owh serius sangat terharu dengar dan berbangga, Dalam hati terdetik suatu hari asma dan anak cucu juga harus berada di sana untuk menjulang nama Malaysia. Walaupun hanya sebagai delegasi kecil sedikit sebanyak dapat juga membawa nama Malaysia ke mata dunia. best kan....??? Bagi anda yang nak bersama-sama kami melakar impian seperti Masters ni jangan tunggu lama untuk berfikir. Kerana kejayaan itu perlu dimulakan dengan usaha. Kalau masih teragak-agak dan belum memulakan langkah memang kita akan ketinggalan dengan orang lain. 

Buat anak cucu Slians Group jomlah kita sama-sama berusaha tanpa mengenal erti jemu. Bersusah-susah dahulu untuk kemanisan di kemudian hari. Jom sama-sama kita copy apa yang telah dilakukan oleh semua Masters yang kini berada di Long Beach USA....saat ini pasti sedang menerima award atas usaha gigih mereka selama ini. Proud Of Them & Proud To Be Apart Of Jutawan Muslimah SHAKLEE......Lets Do It & Lets Make It.....!!!!!!




Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...



Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)




Tuesday, August 12, 2014

Khasiat Susu Ibu

set menyusu 

Ramai antara kita yang berjaya menyusukan bayi sejak dari lahir sehingga umur 6 bulan ke atas. Alhamdulillah dengan rezeki susu ibu yang melimpah ruah tu dapatlah merealisasikan impian setiap ibu untuk menyusukan bayi masing-masing. Bagi ibu yang mempunyai masalah susu ibu kurang tu jangan risau kerana banyak tips, panduan, petua dan supplimen yang terjual di pasaran tu yang boleh kita ikhtiarkan untuk menyempurnakan matlamat penyusuan ni. Siapa yang tak mahu menyusukan bayi secara eksklusif kan? Bagi asma sendiri Alhamdulillah pengalaman penyusuan untuk kedua-anak dikurniakan dengan susu ibu yang meriah. Masa tu memang belum tahu lagi supplimen  penyusuan Shaklee ni ada untuk membantu pengeluaran susu ibu. Lepas ni in Shaa Allah bolehlah cuba ikhtiar....!!!

Kita tahu susu ibu itu sangat baik untuk tumbesaran bayi. Tetapi sejauh mana kita mengetahui sebenar-benarnya apa kebaikan dan khasiat susu ibu ni? Asma dulu pun cuma tahu kalau anak kuat menyusu ni boleh elakkan jangkitan penyakit, kurangkan jaundis di samping baik untuk tumbesaran bayi kerana khasiat nutrisi yang terkandung dalam susu ibu itu sendiri. Yang pasti banyak lagi yang kita belum tahu selebihnya tentang susu ibu ni. Jadi entry asma kali asma nak ceritakan pada semua ibu-ibu di luar sana...yang bakal ibu atau yang belum pun boleh juga ambil tahu. Ilmu dan info yang sangat bermanfaat ni bukan sahaja hanya untuk kita kaum hawa tapi untuk kaum adam juga. Ye la bagi asma sokongan penuh dari suami itu sebenarnya banyak memberikan kecekalan dan semangat pada si isteri untuk merealisasikan impian menyusu penuh bayi sendiri seawal umur 6bulan. Lagi baik sehingga umur 2 tahun. Bukan senang ye nak simpan stok susu sendiri untuk tempoh yang lama tu. Tambahan bagi si isteri yang berkerjaya. Jadi para suami harslah memberi sokongan untuk isteri-isteri anda okey?
Bagi yang belum tahu apa khasiat dan kebaikan susu ibu tu boleh baca bawah ni :-
 .
.
.
.
.
KHASIAT SUSU IBU PADA BAYI
  • Membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi dalam kadar yang mencukupi
  • Kandungannya juga berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar ( Subhanallah...)
  •  Mempunyai kolostrum yang menguatkan sistem imunisasi bayi 
  • Melindungi bayi dari jangkitan cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru
  • Mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
  • Mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak
  • Tidak mudah tercemar ( menyusu secara eksklusif )
  • Mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa ( menyusu secara eksklusif )
  • Memberi keselesaan dan keselamatan emosi pada bayi
  • Memberi peluang untuk ibu berinteraksi sepenuhnya dengan bayi dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara ibu dan anak
.
.
.
.
.
KHASIAT SUSU IBU PADA IBU MENYUSU
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya pada saiz yang asal
  • Membantu mengurangkan pendarahan selepas bersalin
  • Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan pada saiz yang asal dengan cepat
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari
  • Menjarakkan kelahiran jika menyusukan bayi sepenuhnya
 Bila dah baca ni dan ada ilmu sedikit tentang susu ibu mesti semua ibu-ibu tak mahu lepaskan peluang untuk menyusukan bayi anda kan? In Shaa Allah berikan hanya yang terbaik untuk anak-anak anda.
Wallahualam...





Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...




Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/


COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)

Monday, August 11, 2014

Bajet Nak Cantik Macam Retis Rita Rudiani

R.I.T.A R.U.D.I.A.N.I siapa tak kenal dengan retis wanita yang cun melecun ni. Mesti ramai yang nak tahu apa rahsia kecantikan Rita Rudiani ni kan??? Bagi follower-follower IG dia mesti dah tahu apa yang dia amalkan untuk mengekalkan kecantikan kulit wajah. Bukan kulit wajah je kira dari hujung rambut ke hujung kaki memang Rita Rudiani si sangat-sangat jaga okey. Tengok je la penampilan dia setiap kali keluar di kaca TV tu. Jeles mak jemah tengok. Kulit mulus, putih gebu awwww..... Tak makan tua orang cakap. Kalau cakap anak dara pun orang percaya kan? Hehe.... So kat sini asma nak berkongsi sedikit rahsia kecantikan Rita Rudaini ni yang membuatkan beliau kelihatan sangat gojezzzzzz....Gossiping perkara yang baik takpe kan? Sharing is caring so kita enjoyyyy......( apa kes enjoice plak ni? ) 



Ha kalau semua nak tahu inilah dia rahsia kejelitaan semulajadi Rita Rudiani. Owh....shaklee rupanya. Nampak tu...tu...alah tu la.... Rasa-rasa apa yang kotak putih tu? Ha itulah SHAKLEE COLLAGEN POWDER. Yang atas kotak tu rasa-rasa apa pulak? Ha...itulah dia GLA COMPLEX (Promosi bulan Ogos 2014 ni tau ) Patutlah cantik je....SHAKLEE rupanya. Memang tiada rahsia lagilah antara kita. Kompom lepaih ni pakat nak bajet cantik macam Rita Rudiani. Bajet ( bukan syiok sendiri tu) tapi nak membajet untuk tambahkan lagi peruntukan bagi membeli kedua-dua supplimen ni. 

Almaklumlah orang cakap Shaklee Collagen Powder di agak mahal. Betul ke? Tetapi kalau mahalnya yang memang terbukti berbaloi untuk diri anda bagi asma tak kisah lah. Dari membuang duit dengan kononnya membajet tapi tiada hasil buat habiskan boreh jugak kan? So, alang-alang nak cantik serupa retis ni kenalah korbankan sedikit wang ringgit tu. Tak mahal mana pun kompom semua mampu milik tau. Nak kenal lebih lanjut tentang 2 produk shaklee ni bolehlah klik link di bawah ni. Testimoni pun ada sekali tu.......

p/s: urm pasni ramai lah yang segak macam Rita Rudiani yer....encik abang pun kompom tak pandang ke lain dah la. Yela isteri comel molek dah ada di rumah tu...hehehe....



 
Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...



Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)

Sunday, August 10, 2014

DENGGI OH DENGGI...nak kaedah rawatan pliisssss

demam denggi

Terkejut tadi bila 3 orang wakil dari Jabatan Kesihatan datang buat spot check Denggi kat ofis ni. Nak tengok toilet katanya. Memang tak cakap banyak diorang ni, perkenalkan diri ja terus cari toliet nak check. Bila datang terkejut tergempar ni kerisauan tu adalah sikit di sudut sanubari ni. ye la walaupun bukannya rumah asma, ofis asma pun macam dah rumah sendiri dah rasa. Sebabnya jam 8-5 memang tercongok dalam ofis ni. Time rehat pun memang dalam ofis ni tak kemana. So, risau lah jugak kan bila dapat tahu ada report orang terkena denggi. Tak pelah diorang ni pun datang manjalankan tugas kan so, kenalah mudahkan tugas diorang. 

Alhamdulillah setelah siap spot check tu ternyata ofis ni bebas dari jentik-jentik. Kalau tidak naya ja tadi.....hehe... Siapalah yang menjadi penternak jentik-jentik yang berjaya kat kawasan ni agaknya ye???? Memang beringatlah lepas ni, sentiasa menjaga kebersihan, air-air bertakung tu jangan dibiarkan. Air dalam pasu bunga tu pun kena selalu tukar, hari-hari kena tukar unless kita letak ubat untuk cegah pembiakan jentik-jentik tu. Tadi diorang bagi percuma sepaket. Lepas ni kena beli ke??? Kat mana sapa tau kongsi-kongsi la ye...!!!!

Bercakap pasal denggi ni memang semua sudah termaklum dari mana asal usul dia. Of course lah jentik-jentik tu kan sebab dah sebut kat atas tadi.Tapi tahukah kita apa itu Demam Denggi dan apakah simptom-simptom Demam Denggi tu? 

Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:
* Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.
* Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
* Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
* Kadar kematian amat rendah.
* Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.
* Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
* Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
* Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.
* Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain) 

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
* Perlindungan dari gigitan nyamuk
 *Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari 
* Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk
* Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

 Demam denggi ini sebenarnya tiadalah ubat khusus untuk menyembuhkannya sebab itulah aspek-aspek pencegahan diperingkat awal perlulah dititikberatkan. Bila sudah dijangkiti masuk hospital je lah jawabnya. Selalunya rawatan yang akan diberikan adalah dengan menghilangkan gejala yang timbul. Selalunya cecair akan diberikan pada pesakit bagi menggantikan kehilangan cecair dalam badan yang disebabkan oleh demam yang kuat, anoreksia dan muntah-muntah.

Kalau ada yang bertanya asma apakah supplimen yang sesuai diberikan untuk pesakit demam denggi, jawapannya adalah NUTRIFERON ( Untuk antibodi ) serta PERFORMANCE DRINK ( Bagi menggantikan bendalir yang banyak hilang dalam badan ) In Shaa Allah...ini hanyalah salah satu dari ikhtiar kita untuk meredakan demam denggi tu. Apa yang paling penting tentulah terus berdoa dan mohon pada Allah semoga diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik. Wallahualam.... 



Nak join ahli?
Banyak lagi suppliment....!!!!
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee
COD AREA ALOR SETAR, KEDAH

Petua Cepat Hamil Mengikut Kaedah Islam

 

Anak merupakan satu anugerah yang tidak ternilai harganya yang dikurniakan kepada setiap pasangan yang berumahtangga. Ia juga menjadi pelengkap sesuatu perhubungan bagi sesebuah keluarga. Tanpa anak dirasakan alam berumah tangga itu belum cukup sempurna. Menjadi lumrah manusia yang berkahwin pasti menginginkan zuriat yang lahir dari benih dan rahim sendiri. Namun ramai pasangan yang berumahtangga bertahun-tahun lamanya tetapi masih belum dikurniakan dengan zuriat. 

Bersyukurlah bagi mana-mana pasangan yang dikurniakan anak dengan lebih awal, janganlah pula kita menjadi kufur nikmat dan terlalu berbangga kerana semua itu datang dengan keizinan Allah jua. Bukanlah kita sendiri yang berjaya melainkan dengan kuasa Allah S.W.T. Jadi bersyukurlah kerana segala usaha, ikhtiar dan doa kita telah dimakbulkan. Zuriat itu bukanlah sekadar pewaris tetapi menjadi bukti kekuasaan Allah S.W.T. Seharusnya menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga amanah besar yang telah diberikan dengan sebaiknya.

Bagi pasangan yang masih belum dikurniakan dengan cahaya mata pula janganlah bersedih dan berduka. Mungkin ianya bukan hari ini tapi siapa yang boleh menyangkal jika telah ditakdirkan hari esok Allah akan mengizinkan? Sebab itulah kita sebagai hambanya jangan terus menyalahkan takdir yang telah ditetapkan sebaliknya teruslah berusaha, berikhtiar dan berdoa. 

Bersangka baiklah dengan Allah serta amalkan doa-doa ini:-

Ayat 38 Surah Ali-Imran yang bermaksud:

" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dai sisi-Mu zuriat keturuan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar ( menerima ) doa."

Ayat 89 Surah Al-Anbiya yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau membiarkan daku seorang diri ( dengan tidak meninggalkan zuriat ) ; dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi."


Ramai pasangan telah mencuba pelbagai kaedah perubatan baik yang moden ataupun tradisonal. Di samping pengambilan pelbagai ubat-ubat kesuburan, jamu dan supplimen yang menjadi salah satu ikhtiar untuk memperolehi zuriat mungkin anda juga boleh mencuba beberapa amalan yang saya ingin kongsikan daripada pendakwah tersohor kita tak lain dan tak bukan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Semoga ianya memberi manfaat dan Allah mengurniakan jalan penyelesaian yang terbaik untuk setiap pasangan yang masih berusaha tanpa berputus asa. 

1. Amalan pertama.
 Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

2. Amalan kedua.
- Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
- Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
- Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
- Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. 

Wallahualam...


Nak join ahli?
Banyak lagi suppliment....!!!!
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee

Friday, August 8, 2014

RAHSIA LEUNIEY NATASHA KETIKA HAMIL

Sebut je nama Leuniey Natasha pasti ramai yang terbayang dengan kecantikkan yang dimilikinya. Sungguh sangat cantik rupa paras yang dikurniakan pada dia. Pandai pulak menjaga penampilan diri maka bertambah cantiklah di pandang. First kemunculan Leuniey yang asma perasan masa dia jadi model untuk iklan Dato' CT. Lepas tu heboh pasal dia bercouple dengan Apek. Alhamdulillah sekarang dah berkahwin pun dan telah dikurniakan dengan baby yang sangat comel. Nak tahu apa rahsia kehamilan Leuniey??? Ha...pernah dikongsikan di dalam instagram dia sebelum ni tentang amalan serta pemakanan yang dia telah laksanakan ketika kehamilannya. Jom kita skodeng sikit apa agaknya yang Leuniey makan dan amalkan yer....




 Nampak tak...nampak tak...nampak tak...??? SET HAMIL dari SHAKLEE tu salah satu daripada supplimen yang Leuniey amalkan tau. Malah ramai lagi yang selebriti yang menjadikan SHAKLEE ni sebagai vitamin harian mereka. Urm....apalagi bagi yang masih tercari-cari set kehamilan, berpantang atau yang sewaktu dengannya tu bolehlah mai cuba try test supplimen SHAKLEE ni. In Shaa Allah...memberi lebih tenaga untuk ibu, HB pun cantik je masa tempoh kehamilan, lengkap nutrisi untuk proses tumbesaran bayi dalam perut, elakkan sembelit ibu, in Shaa Allah banyak lagi lah khasiatnya.....

Berminat nak order????

Nak join ahli?
Banyak lagi suppliment....!!!!
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee

Thursday, August 7, 2014

PETUA TURUNKAN BACAAN JAUNDIS BAYI

Jaundis @ Kuning bayi


Perkara pertama yang paling dirunsingkan oleh para ibu selepas kelahiran bayi adalah masalah jaundis. Antara soalan pertama yang diajukan kepada ibu selepas melahirkan " Baby boy ke girl?" "Baby sihat, ada kuning ( jaundis ) tak?" Betul tak? Soalan femes tu dan salah satu topik yang akan jadi perbualan hangat....lepas tu masing-masing akan memberi pandangan, tips, petua untuk diamalkan oleh ibu-ibu. Asma sendiri Alhamdulillah belum pernah mengalami masalah jaundis pada bayi masa kelahiran dulu. Memang akan ada sedikit kuning tapi bacaan belum pernah sampai ratus. Paling tinggi masa anak kedua dalam 90-95 macam tu ja. Tapi kerisauan tetap ada sebab tak semestinya bacaan itu tidak meningkat kan? So, apa yang asma selalu amalkan adalah kerapkan menyusu. Baby ni kalau kita tak kejut menyusu memang banyak je tidur dia. Tambah lagi bagi baby yang sememangnya bacaan kuning dia tinggi. Mereka ini kan lebih kerap tidur dan kurang nak menyusu. So, harus diingatkan kepada ibu untuk kerap bangunkan anak tu untuk menyusu. Lagi banyak tidur selalunya akan meningkatkan lagi bacaan kuning tu. 
 Kuning @ Jaundis


Umumnya semua pun tahu dalam susu ibu itu sendiri mempunyai banyak zat antibodi untuk bayi. Lagi satu asma amalkan petua orang tua dulu-dulu dengan menjemurkan bayi pada sinar mentari pagi. Selalunya dalam jam 8.30-9.30 pagi tu sinaran matahari rasa suam-suam je kan. Buang semua baju baby tu tinggalkan lampin dia ja. Bagi kena sikit sinaran matahari tu In Shaa Allah memang banyak membantu. Yang terakhir asma amalkan beri minum sedikit air mutiara ( Farmasi ada jual ) @ sengkuang cina. bagi rasa-rasa ja jangan banyak sangat. Air masak jangan bagi yer pada bayi anda. Asma selalu lebih prefer beri air zam zam. Masa nak tahnik ( belah mulut ) pun asma akan sediakan air zam zam disamping buah kurma. Jadi inilah 3 petua yang asma selalu amalkan untuk menurunkan bacaan kuning pada anak-anak asma. 


 set berpantang

Di samping tu asma sendiri akan kurangkan pengambilan kunyit, lada dan halia. Makan ikan goreng pun tanpa kunyit. Kalau ibu yang amalkan jamu kalau boleh seawal 2minggu bersalin tu jangan mulakan lagi pengambilan jamu tu sebab nanti panas lebih lagi naik tinggi kuning bayi anda. Nak amalkan supplimen boleh je....macam biasalah kita promot shaklee sikit. In Shaa Allah SET BERPANTANG Shaklee ni boleh diambil sejurus lepas kelahiran tanpa perlu risau masalah kuning.

Okey itu adalah apa yang asma pernah amalkan untuk anak-anak asma sebelum ni. Disebabkan kuning tu bukanlah di tahap bacaan yang serius so, semua amalan yang asma dah buat tu Alhamdulillah memang sangat membantu In Shaa Allah. Bagi bayi yang mempunyai tahap bacaan kuning yang tinggi sampai ratus-ratus tu boleh juga amalkan petua-petua ni disamping dapatkan rawatan yang sewajarnya di hospital ataupun klinik. Jangan dibiarkan tau sebab memudaratkan kesihatan anak tu kelak. Jangan sampai terpaksa bertukar darah pulak. Kesian baby tu....nanti kena inject sana sini. Kita yang besar ni pun sakit bayangkanlah anak kita yang kulit halus mulus tu. Asma bab tengok anak kena inject ambil darah kat tumuit kaki pun dah nangis....inikan pulak nak tukar darah. Ya Allah...semoga anak yang ke depan ni pun dikurniakan kesihatan yang baik. In Shaa Allah....

Bawah ni pulak asma kongsikan petua-petua dari facebookers yang pernah beri komen di wall Pa&Ma tentang masalah Jaundis ni. Sharing is Caring....semoga bermanfaat untuk kita semua ibu-ibu kerana anak merupakan anugerah yang tidak ternilai hargainya.
  • Muhamizah Mukhtar: "susu ibu pemakanan kena jaga jgn mkn halia, lada hitam n ubat2 buat masa nieee..kena tahan dulu"

  • Noor Hidayah: "Sy kerapkan breast feeding..pastu ada bg air kosong.spaya bby kencing kejap . Alhamdulillah. Sekejapja ilang kuning tu."

  • Noor Amiera: "Mndikan dgn garam kasar....tp licin kulit bby kne hati2...alhmdulillah juandis ank sy tros trun n baik...."

  • Suernie Ernie: "Klu ank sy dlu,..mak bg madu sikit-asal ada skit bg kt mlut baby, ada jg gula merah d cairkn, stelah sejuk bg skit kt baby,,..mertua jg bg minum susu kambing asli trus trun byk,...alhamdulillah, ...susu ibu pun ok jg,..."

  • Sharmini Reka: "My both son pun ada jaundis....yg first dulu bg Minum susu kambing n mandikan dgn herba mandi dr kedai cina. Tp sekarang difahamkan tk blh bg susu kambing....."

  • Erin Hakim: "Saya cuma mandikan dgn air rendaman dr uncang herba cina selama 3 hari berturut.. dan caranya dgn mandikan bayi sbyk 3x sehari dgn air mandian herba cina tu. Sangat berkesan... bolehla try. Beli di kedai ubat cina je. Masuk hari keempat.. inshaAllah.. hilang terus jaundis tu.. ini pengalaman saya utk ketiga-tiga anak sendiri la ye..."

  • Yusof N Dyg Maizatul: "Perah anggur hitam...mandi air daun kucai blend..kerap bg susu badan n air masak..insyAllah turun.."

  • Sharifah Shahiza Al-Qushay: "Sy bg madu, air zam zam dan anggur hitam.kuning dlm 2minggu ke bwh."

  • Azza Bed: "bg perahan air anggur itam, 5 minit pastu bleh ilang jaundis"

  • SHa Shahiza: "Jgn mkn pati ikn haruan time bf ank jaundice...bacaan mkin cpt naik ..herba2..jamu ..bhn pngawet..elakkan.. ptua y sy dgr...mcm2..mandi air tauge...kuchai... bli ubt kt kdai cina... ad jgk ubt hemopathy.."


Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...


Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/




COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...