Tiba-tiba hari ni rasa nak berkongsi sedikit tentang topik berbengkung ni. Normally selepas bersalin antara perkara utama yang dititikberatkan oleh ibu-ibu berpantang ni adalah bengkung. Selain Set Berpantang, jamu, mengurut dan bertuku. Tapi ada juga sesetengah antara kita yang mengambil remeh dan pandang sambil lewa sahaja amalan berbengkung ini. Asma sendiri dulu sebenarnya malas nak berbengkung ni. Masa seminggu, 2 minggu pertama tu memanglah rajin tapi bila dah banyak hari berpantang tu rasanya memang tak sempat nak berbengkung ni. Nak pakai tu dah mengambil masa tambahan kerap ke toilet asyik buka buang, buka buang lastly tak pakai langsung dah.
Tapi tahukah kita amalan berbengkung ni sangat-sangat penting dan perlu dibuat oleh semua ibu yang dalam pantang sebagai salah satu remedi yang membantu proses pemulihan selepas kita bersalin.
Apakah faedah berbengkung
"Kehamilan
dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang,
urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang
dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil," kata Datin Sharifah.
"Bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan
merapatkan faraj yang telah regang dan longgar."
Berbengkung juga dipercayai boleh membantu:
Berbengkung juga dipercayai boleh membantu:
- mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal;
- melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
- mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan;
- menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi;
- memecahkan lemak dan selulit;
- mencegah dari makan berlebihan.
Sepatutnya,
berbengkung sahaja tidak mencukupi. Amalan-amalan lain seperti urut,
bertungku, jamu dan mandian herba melengkapkan amalan berpantang. Jika
diikuti dengan taat dan sempurna, amalan berpantang boleh membantu ibu
baru mengurangkan berat badan serta mengimbangi paras hormon mereka.
No comments:
Post a Comment