Petua Rawat Rambut Gugur
Sememangnya normal untuk rambut anda gugur 
dalam 50 sehingga 100 helai sehari. Tetapi jika setiap kali bangun tidur
 anda melihat bantal dipenuhi dengan rambut serta segenggam rambut 
terlekat di sikat setiap kali menyikat, sudah tiba masanya untuk anda 
mengenali masalah rambut gugur yang dialami. Informasi berikut mungkin 
boleh membantu anda mengurangkan helaian rambut gugur setiap hari.
Rambut gugur kerana hormon
Hormon seks wanita merangsang pertumbuhan 
rambut yang tebal. Selain estrogen, setiap wanita turut meneghasilkan 
androgen dalam jumlah yang sedikit. Tetapi androgen boleh dihasilkan 
dengan aktif sekiranya seseorang wanita itu berada di dalam keadaan 
tertekan. Dan ia boleh menjadi faktor masalah keguguran rambut. Untuk 
kes yang serius, pakar perubatan akan memberikan pil anti-androgen. 
 Untuk anda yang suka dengan cara yang lebih semula jadi, anda hanya 
perlu lebihkan rehat untuk mengurangkan stres.
Rambut gugur kerana produk
Sememangnya kita dilahirkan dengan rambut yang kuat. Tetapi masalah 
akan timbul sekiranya anda sering melunturkan warna rambut, kerap 
menggunakan produk penggaya rambut seperti melurus rambut atau 
mengeritingkan rambut. Ia mungkin tidak menyebabkan keguguran rambut 
dari akar tetapi akan menyebabkan rambut anda putus. Atasinya dengan 
menggunakan syampu yang betul, kurangkan mencuci serta hadkan penukaran 
warna dan stail rambut.
Rambut gugur kerana kurang vitamin
Pemakanan yang seimbang sangatlah penting untuk kesuburan rambut 
anda. Fakta ini mungkin klise, tapi itulah kenyataannya. Rambut di dalam
 keadaan sempurna sekiranya anda mengamalkan makanan berkhaisat seperti 
bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan berprotein 
tinggi seperti yogurt, daging, ikan dan tauhu. Sekiranya sukar untuk 
anda patuhi arahan diet ini, ambillah makanan tambahan khas untuk rambut
 iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.
| DENGAN SUPPLIMEN DARIPADA SHAKLEE | 
Zinc Complex
ESP

Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...
COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)




