Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 7, 2013

ANDA IBU MENYUSU...? APAKAH PERSEDIAAN ANDA UNTUK BULAN PUASA INI?



Alhamdulillah...pejam celik pejam celik tinggal lagi 3 hari sahaja nak sambut bulan yang penuh keberkatan Bulan Ramadhan. Insyaallah dipanjangkan umur supaya dapat menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah dengan sempurna tahun ini. Amin Ya Rabb...
Apa persediaan kita nak sambut Ramadhan ni? Dari segi mental, rohani dan fizikal...??? Harap2 semuanya sudah bersedia. Badan kena sihat, otak kena cerdas rohaniah tu yang paling penting. Bulan ni adalah bulan yang terbaik untuk kita mengawal nafsu kita. Syaitan2 semua dah tiada dah kena ikat...kalau ada jugak tu maknanya kita sendirilah tetttt.....( faham2 sendiri la ye) hehe... Peringatan untuk diri sendiri jugak. Apapun kita sama-sama berdoa semoga Allah melapang dada, fikiran dan permudahkan amalan serta rezeki pada bulan Ramadhan nanti.
Urm, banyak pulak celotehnya kan? Bukan apa masing2 kena ingat-mengingati baru manusia tidak akan cepat lupa. Okey...sebenarnya entry saya kali ni nak berkongsi sedikit tips @ persediaan yang patut dilakukan bagi ibu-ibu menyusu...kan nak berpuasa ni. bagi ibu yang fully BF memang perlu ambil berat tentang hal ni yer. jom kita tengok apa persediaannya:

menyusu di bulan puasa

Persediaan berpuasa bagi ibu menyusu


  1. Persediaan stok EBM : Buat rancangan mengumpul stok beberapa bulan sebelum Ramadhan. Walaupun kajian menunjukkan production susu dari segi kuantiti tidak terjejas disebabkan puasa, lebih baik kita bersedia lebih awal sebagai langkah berhati-hati
  2. Berfikiran positif : Yakinlah bahawa kita mampu melalui tempoh puasa dengan baik. Jangan fikir mengenai kemungkinan production drop atau anak tidak cukup susu. Mohonlah dengan Allah untuk bantu perjalanan penyusuan ini.
  3. Pemakanan : Makanan yang berkhasiat sangat penting ketika menyusukan anak dalam bulan puasa. Ini kerana, kajian menunjukkan kualiti nutrien dalam susu ibu akan menurun ketika berpuasa walaupun kuantitinya tidak terjejas.

kaya serat dan fiber
Antara sumber makanan yang kaya dengan serat

    • Lebihkan serat (Fiber) - ambil makanan yang tinggi dengan serat seperti kurma, oat dan buah-buahan/ sayur-sayuran kerana ia dapat mengurangkan asid dalam peut yang boleh menyebabkan gastrik, pedih ulu hati dan byk lagi.
    • Cukup minum air - di antara waktu berbuka dan bersahur, cuba minum air sebanyak mungkin atau sekurang-kurangnya mencukupi keperluan harian ibu (2-3 liter air bagi purata berat badan 50kg). Ia penting bagi mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa.
    • Cukup Protein dan Karbohidrat - sumber protein seperti daging, kacang soya, susu; dan karbohidrat seperti roti dan nasi adalah perlu mencukupi jika ibu menyusu dan berpuasa kerana tenaga harian ditukar dari makanan-makanan ini
    • Pastikan ambil mineral, vitamin dan gula secukupnya - pengambilan mineral dan vitamin boleh membantu mengisi kekurangan zat yang diperlukan badan kerana semasa berpuasa, ibu cenderung tidak dapat memenuhi keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk sistem badan berfungsi dengan sempurna. Pengambilan gula sihat dari jus buahan atau minuman glukos semasa berbuka adalah cara memulihkan tenaga secara cepat selepas berpuasa.
    • Kurangkan makanan tertentu - sesetengah jenis makanan perlu dikawal dan dikurangkan seperti makanan pedas, berminyak, berkafein dan bergula tinggi (terutama jika anda diabetik)
    •  
 ~ OKEY..SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN SEMPURNA ~


 Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
             https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/


COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...