Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 30, 2013

ANAK-ANAK SHAKLEE

Alhamdulillah...sekarang ni memang saya sangat suka bershaklee ni. Mula dengan consume untuk diri sendiri je. Sebab dah best & jatuh cinta terus jadi ahli. So sekarang ni satu family boleh consume & rasai kehebatan shaklee ni Insyaallah...tak salah kita ikhtiar kan? Kesihatan diri tu perlu jaga. Nak dapat nutrisi dari pemakanan seharian memang susah la. Yela masing2 selera pelbagai, tak pernah nak ikut pun piramid makanan tu. Jadi saya ambil langkah untuk consume shaklee demi kesihatan family saya...nyata memang keputusan saya sgt bijak. Sambil consume sambil income masyukkkk every month. hihihi...syukur sangat. Memang banyak membantu dalam perbelanjaan keluarga,plus boleh buat saving lagi bulan2...Alhamdulillah.

Anak2 saya selalu saya bagi MEAL SHAKE sebab diorang ni memang susah nak makan nasi dulu. Badan kering je tengok. sangat xbest...macam xcukup zat je. Membuang pun susah...kadan sehari tu tak membuang langsung...sgt risau kalau sembelit. kita yang tua ni pun siksa bila sembelit. Bayangkan anak2 kecil tu berkerut2 muka setiap kali nak poo poo..mesti cari tempat sembunyi hujung rumah, belakang pintu. sedih tengok kan? Jadi selama dok amalkan MEAL SHAKE ni Alhamdulillah...selera totally bertambah, setiap hari makan nasi memang cukup 3 kali. Nasi tau....kalau dulu nak jamah semulut dua pun jenuh ligan satu rumah. sekarang ni siap mintak tambah lagi. kalau kena dgn feveret lauk dia lagi sakan la Si Along Amsyar tu. Yang adik pun sama naik jugak...bila tengok abang selera makan dia pun tumpang syiokkkk hadap nasi tu. Masalah membuang memang tiada...okey sangat. Sekarang ni jadi minuman rutin diorang dah.

Lagi satu saya bagi NUTRIFERON...yang si Along Amsyar ni memang suka sangat dia...ratah macam tu je. Si adik Aisy ni kurang gemar sikit...memang masalah jugak nk bg dia makan NUTRIFERON ni. Nak dijadikan cerita...haritu dua beradik dapat cirit birit n muntah...yang si abang ni cirit sekali dua je dah okey, yang adik ni sampai admit ward la 2mlm. So, masuk hospital ni tau2la kan...antibiotik la jawapan dia. Urm pasni nak try campur NUTRIFERON tu dalam susu Si adik Aisy ni. Alhamdulillah...haritu Along tak kena tahan sekali...dalam hati dok pikir maybe dok amal NURTRIFERON ni...dengan izin Allah jugak kan. Alhamdulillah....sebab NUTRIFERON ni pengganti ANTIBIOTIK...!!! Antibodi semulajadi tak perlu ambil antibiotik tu. Sebab kesan jangka panjang memang tak elok.

Ni la wajah2 hero kesayangan saya...penawar hati yang duka lara. Balik pejabat tatap wajah anak2 memang hilang semua penat tu. Pastu penat dengan karenah diorang pulak la kan...hihi... Normal la hidup as a mommy...

Ni masa kna admit haritu...Aisy tak mau tido atas katil tu fobia tengok doktor


Pagi2 bangun tido belum sempat mandi...cari nasi je




Annas Amsyar Rizqee - 1st boboy


Annas Aisy Rifa'ie - 2nd boboy
Ni je untuk hari ni...banyak lagi testimoni dari family sy sendiri...bahkan diri sendiri.
Nanti kita story pulak yer....papapaiiii...


Nak order vitamin shaklee dengan saya?

COD Area Alor Setar, Kedah...

asma : 017-4746975 ( Nak SMS @ Whatsapp boleh jer...)

Jom usha kami di Facebook:
https://www.facebook.com/Amaryllishoppe 
https://www.facebook.com/asma.ailee


KANSER USUS...BAHAYA TAK?


Pesakit kanser usus pada mulanya berasa dirinya sihat, malah gejala kerap sakit perut, tetapi tidak boleh buang air besar juga dianggap satu perkara normal.
Oleh kerana ia dianggap normal, maka akan wujudlah orang yang menjadi doktor kepada diri sendiri dengan mengagak sakit perut itu disebabkan salah makan, alahan, keracunan makanan, gastrik dan banyak lagi.
Pernah atau tidak anda terfikir bahawa sakit perut yang dianggap biasa itu mungkin akan disebabkan penyakit lain yang lebih besar dan serius sehingga boleh mengancam nyawa iaitu kanser usus?


Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, namun ia amat berkaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Pada wanita, kanser usus kini berada pada tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Bagi kaum Adam pula, inilah kanser paling kerap berlaku dan lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 40 hingga 50 tahun ke atas.

Ia terbahagi kepada empat tahap. Tahap pertama, ketumbuhan yang bermula di bahagian dalam kolon atau rektum. Tahap kedua, ia merebak menembusi dinding usus dan rektum manakala tahap ketiga, kanser akan merebak menghampiri nodus limfa dan tahap keempat, kanser terus merebak ke bahagian lain tubuh seperti hati dan paru-paru.


Tanda kanser usus
1) Kerap buang air, tetapi tetap rasa tidak puas.

2) Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang seli.

3) Najis bercampur dengan darah atau berwarna kehitaman.

4) Perut rasa tidak selesa, memulas dan terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).

5) Muntah, hilang selera makan, berat badan turun tanpa sebab dan kerap penat.

6) Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.


Faktor risiko

1) Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.

2) Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan mencegah pertumbuhan sel kanser.

3) Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga menghidap kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain.

4) Sejarah diri yang pernah menghidap kanser.

5) Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus.

6) Merokok dan obesiti.

7) Alkohol.

8) Kurang bersenam.


Cara saringan atau diagnos

1) Barium enema - pemeriksaan saluran pencernaan bawah.
2) X-ray kemudian dilakukan selepas barium enema.
3) Tidak boleh melakukan biopsi.
4) CT kolonografi.


Rawatan

1) Pembedahan - barah di usus dan kelenjar limfa di sekelilingnya akan dibuang.
Usus yang tertinggal akan dicantum semula bagi membolehkan pesakit membuang najis secara normal selepas pembedahan. Jika usus tidak boleh dicantum secara keseluruhan, sebahagian daripadanya mungkin dicantum dengan dinding abdomen pesakit yang membentuk laluan najis.

2) Kolonoskopi - memasukkan alat berkamera melalui dubur untuk melihat secara langsung keadaan atau penyakit yang terdapat pada permukaan dalam saluran usus besar. Polip yang bertukar kepada tumor/kanser dan dikesan pada peringkat awal boleh dibuang dengan cara menyedutnya menerusi teknik ini.

3) Kolostomi - pembedahan pembukaan melalui abdomen untuk menyalurkan najis keluar melalui beg yang dipakai pesakit. Biasanya ia berbentuk sementara atau kekal bagi sesetengah kes.

4) Kimoterapi

5) Radioterapi


Peringkat perkembangan kanser usus dan peratusan peluang bertahan hidup lima tahun

A) Ketumbuhan cuma di dinding usus - 80 hingga 100 peratus.
B) Ketumbuhan menembusi dinding usus - 66 peratus.
C) Merebak sehingga bahagian limfa - 33 peratus.
D) Merebak ke bahagian lain - kurang lima peratus.



Nak order vitamin shaklee dengan saya?

asma : 017-4746975 ( Nak SMS @ Whatsapp boleh jer...)

Jom usha kami di Facebook:
https://www.facebook.com/Amaryllishoppe 
https://www.facebook.com/asma.ailee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...