Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 23, 2013

SLAP CHOP

TAWARAN TERHEBAT ~ HANYA RM40 SAHAJA UNTUK HARGA PENGENALAN ~ 


MEMPERKENALKAN PEMBANTU BARU DAPUR ANDA....

SLAP CHOP

  Jimat masa, tenaga, duit poket, elektrik

 


 

 KERJA DAPUR ANDA KINI LEBIH MUDAH ~ XPERLU BERKUNGFU DAH
 

 CEPAT TAWARAN BERAKHIR PADA 30 JULAI 2013...!!!
Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : 
https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

JEREBU OH JEREBU...

Salam semua...apa khabar orang2 di selatan tanah air??? Jerebu...? Owh jerebu...Tengok brita, paper semua pasal jerebu. Takut tengok IPU yang tinggi tu. Harap2 ramai yg ambil inisiatif utk mengehadkan kegiatan2 luar yer. Minum air putih yg secukupnya takut nanti mcm penyakit pulak yang datang. Entry kali ni saya nak kongsikan sedikit apa tindakan yang perlu kita tahu n seharusnya diambil semasa jerebu ni.Jom tengok poster ini. Kalau ada yang x nampak saya akan listkan satu persatu okay...


 HARAP2 NAMPAK DENGAN JELAS YER...

* Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah
* Sentiasa cuba berada Di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, orang awam dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) jenis 3 ply.
* Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih.
   Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok.
* Apabila memandu gunakan penghawa dingin. Pilih operasi(mode) kitaran udara dalam.
* Banyak minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
* Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.

KESAN KESIHATAN akibat JEREBU:
* Penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik
* Asma
* Radang paru-paru
* Sakit Jantung
* Sakit Tekak
* Sakit Mata
* Batuk 
* Selesema

Alhamdulillah kami yang berada di Utara Semenanjung ni masih boleh menghirup udara nyaman dan segar. Mari kita berdoa semoga Allah menurunkan hujan dan menghindari penyakit2 yang tidak diingini.

Bagi yang nak dapatkan suppliment tambahan utk penyakit2 di atas boleh hubungi saya dan dapatkan tips untuk penjagaan kesihatan anda. Bagi yang sedang mengambil  suppliment shaklee teruskan pengambilan vitamin anda yer dan kalau boleh sila pastikan anda dan keluarga anda mengambil "NUTRIFERON" untuk mencegah sebarang jangkitan penyakit di atas.


 Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/






Atasi Masalah Kelemumur Anda

SHAMPOO KELEMUMUR
Kaum lelaki juga mempunyai masalah kelemumur yer...

ANDA MEMPUNYAI MASALAH KELEMUMUR...???

Rambut adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar tetapi tidak mudah. Tidak kena gaya, rambut akan mudah rosak, berkelemumur, gugur dan beruban sebelum masanya. Walaupun bertudung penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.

Setiap individu perlu mengetahui analogi, fisiologi dan punca biasa untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut. Biasanya masalah kelemumur ini disebabkan beberapa perkara, iaitu seborrheic dermatitis, kulit kepala kering, gatal dan berkeruping, kurang mencuci rambut, psoriasis, ekzema, sensitif pada sesetengah produk dan juga disebabkan jangkitan yis malassezia. 

Seborrheic dermatitis biasanya menunjukkan simptom gatal-gatal, kulit kepala berminyak atau kulit kepala kering, gatal dan berkeruping. Keadaan ini disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.
Bagi wanita yang kurang mencuci rambut juga mudah mendapat masalah ini. Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur. 

Ada sesetengah wanita menghidap masalah psoriasis yang merupakan sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan. Keadaan ini biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala. Penghidap penyakit kulit ekzema juga biasa mengalami kelemumur.

Bagi wanita yang mengalami masalah sensitif pada sesetengah produk rambut akan menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Sebenarnya terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur. 

Masalah kelemumur ini juga boleh disebabkan jangkitan yis malassezia. Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun apabila tidak terkawal, ia akan merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda. Namun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap dan semua masalah ini menyumbang kepada kelemumur.

Elok berjumpa dengan pakar dermatologi (pakar kulit) bagi mendapatkan rawatan yang tepat bagi masalah yang dialami.

Credit to:
© Utusan Melayu (M) Bhd 

 

Nourishing Scalp Treatment Shaklee menghilangkan kelemumur dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran dan menentang faktor persekitaran yang merosakkan kesihatan rambut yang menyebabkan rambut kelemumur.

Menariknya Nourishing Scalp Treatment Shaklee mengandungi komposisi formula Scalp Health  Complex yang paling tinggi. Formula Scalp Health Complex adalah gabungan 10 vitamin, mineral dan herba untuk menyihatkan rambut dan juga melebatkan rambut menawan anda dan menyelesaikan masalah rambut kelemumur anda.

Anda juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia yang biasanya anda temui dalam produk-produk  kulit penjagaan rambut terutamanya untuk hilangkan kelemumur yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala dalam tempoh jangka masa panjang.  

Antara bahan-bahan yang digunakan dalam formula Scalp Health Complex adalah  ekstrak swertia dan halia untuk meransang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut, mineral untuk kesihatan kulit kepala seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan yang memetabolismakan kesihatan kulit kepala. Juga dilengkapkan dengan minyak daun pokok teh serta ekstrak teh hijau untuk menentang kerosakan rambut oleh radikal-radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain yang menyumbang kepada masalah rambut kelemumur anda

Formula Nourishing Scalp Treatment Shaklee yang membantu menghilangkan kelemumur anda ini juga tidak membuatkan rambut anda melekit dan berminyak. Nourishing Scalp Treatment Shaklee juga adalah fomula tanpa bilas dan anda boleh menggayakan sebarang fesyen rambut sambil menggunakannya.



 Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:

pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
  https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/



~ Khasiat Limau Kasturi ~ Petua ~

Salam semua, 
Semoga hari ni semuanya dalam mood yg happy je walaupun hari bekerja bg org kedah especially. Ahad ni Sunday Blues la kan. huhu...apa nak buat nama pun kerja. Okey, hari ni saya nak berkongsi sikit tentang Limau Kasturi. Wah...sebut je dh rasa kecur air liur kan? terkenangkan masam2 manis buah tu. buat pulak air limau ais, teh O ais limau perghhhh memang sedap xhingat la kan. Kebetulan petang kelmarin balik dari rumah mertua singgah dulu kat kebun mertua. Memang banyak la buah-buahan tempatan kan. Durian, manggis, rambutan dan tak ketinggalan limau kasturi. Mertua saya mmg rajin bercucuk tanam (xmacam menantu dia) hahaah...( sebenarnya tengah dlm proses merajinkan diri menanam pokok cili padi n daun bawang ) Tapi xboleh expose dlm ni lagi sbbnyer baru je menyemai benih tu, belum tau hidup ke tidak. hehe...Okey kita sambung balik. Sebenarnya kalau ramai yang nak tahu buah limau kasturi di bukan saja sedap utk dibuat minuman ataupun masakan. Ada lagi manfaat yg kita boleh dapat dari limau ni. Jom kita kongsikan bersama...

limau kasturi

PETUA-PETUA KEGUNAAN LIMAU KASTURI

1 . Melegakan Batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi dan malam …batuk akan beransur pulih

2 . Meredakan Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. Hilangkan Bau Ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . Ubati Pening Kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . Lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . Untuk Kurus ~ Kempiskan perut buncit
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan Insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . Hilangkan Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.


8 . Ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring. Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti. Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . Mewangikan rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . Kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

* Okey balik nanti boleh try buat jus limau kasturi ~ masam2 manis

jus limau kasturi
~ Sedapnyer...sejuk tekak tengok ~

 Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...
Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 

https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

HOT PRICE EVER...!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...