Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 23, 2013

~ Khasiat Limau Kasturi ~ Petua ~

Salam semua, 
Semoga hari ni semuanya dalam mood yg happy je walaupun hari bekerja bg org kedah especially. Ahad ni Sunday Blues la kan. huhu...apa nak buat nama pun kerja. Okey, hari ni saya nak berkongsi sikit tentang Limau Kasturi. Wah...sebut je dh rasa kecur air liur kan? terkenangkan masam2 manis buah tu. buat pulak air limau ais, teh O ais limau perghhhh memang sedap xhingat la kan. Kebetulan petang kelmarin balik dari rumah mertua singgah dulu kat kebun mertua. Memang banyak la buah-buahan tempatan kan. Durian, manggis, rambutan dan tak ketinggalan limau kasturi. Mertua saya mmg rajin bercucuk tanam (xmacam menantu dia) hahaah...( sebenarnya tengah dlm proses merajinkan diri menanam pokok cili padi n daun bawang ) Tapi xboleh expose dlm ni lagi sbbnyer baru je menyemai benih tu, belum tau hidup ke tidak. hehe...Okey kita sambung balik. Sebenarnya kalau ramai yang nak tahu buah limau kasturi di bukan saja sedap utk dibuat minuman ataupun masakan. Ada lagi manfaat yg kita boleh dapat dari limau ni. Jom kita kongsikan bersama...

limau kasturi

PETUA-PETUA KEGUNAAN LIMAU KASTURI

1 . Melegakan Batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi dan malam …batuk akan beransur pulih

2 . Meredakan Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. Hilangkan Bau Ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4 . Ubati Pening Kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5 . Lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

6 . Untuk Kurus ~ Kempiskan perut buncit
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan Insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

7 . Hilangkan Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.


8 . Ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring. Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti. Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9 . Mewangikan rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

10 . Kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

* Okey balik nanti boleh try buat jus limau kasturi ~ masam2 manis

jus limau kasturi
~ Sedapnyer...sejuk tekak tengok ~

 Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...
Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 

https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

HOT PRICE EVER...!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...