Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 15, 2014

KERAP KENCING TANDA SAKIT OAB


Kerap kencing tanda sakit
Ramai rahsiakan derita buang air kecil yang jadi petanda pundi kencing bermasalah

TAHUKAH anda, kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB).



Apakah puncanya OAB ini? 
Ia disebabkan keadaan pundi kencing yang terlalu aktif sehingga menyebabkan pesakit perlu kerap ke tandas.
Tanda-tanda paling penting OAB adalah rasa terdesak untuk buang air kecil, diikuti kekerapan dan perlu bangun sehingga dua kali atau lebih pada waktu siang atau malam untuk kencing.

Bagaimanapun OAB juga wujud pada individu yang mempunyai sistem saraf yang normal. Sebagai contoh jangkitan saluran kencing, batu karang atau ketumbuhan pundi kencing boleh menyebabkan aktiviti melampau pada otot ‘detrusor’ yang membawa gejala OAB. Apapun, punca sebenar yang menyebabkan OAB masih tidak dapat dipastikan.


OAB adalah penyakit yang disahkan dan boleh dirawat dengan bantuan perubatan. Malah amalan senaman yang betul seperti senaman Kegel untuk melatih otot pelvik; melatih otot vagina; stimulasi elektrikal lantai pelvik selain terapi untuk melatih tabiat buang air kecil yang lebih sistematik boleh membantu.

Jenis ubatan yang digunakan untuk melegakan masalah kesihatan ini ialah Oxybutinin (Ditropan), Tolterodine, Darifenacin dan terbaru dalam kumpulannya ialah Solifenacin atau Vesicare.

Faktor risiko OAB
  •   Usia yang lanjut (20 peratus populasi berusia 70 ke atas mungkin akan melaporkan tanda OAB)
  •   Strok
  •   Kecederaan saraf tunjang
  •   Dementia
  •   Penyakit Parkinson
  •   Diabetes
  •   Pembesaran prostat
  •   Pembedahan prostat
  •   Hamil kembar

Tips tangani OAB
  •   Ambil kira jumlah pengambilan cecair dan waktu pengambilannya.
  •   Jauhi minuman kafein.
  •   Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau ambillah makanan tambahan yang berserat.
  •   Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke tandas apabila terasa ingin kencing.
  •   Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit selepas membuang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini bagi memastikan pundi kencing benar-benar kosong.
  •   Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari. Misalnya, setiap dua atau tiga jam sekali. Ia lebih baik daripada anda ke tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil.
  •   Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing anda.
  •   Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil.
  •  Kekalkan berat badan yang ideal.  


Nak selesaikan masalah anda ini??? In Shaa Alah Shaklee ada sesuatu untuk anda. Asma syorkan anda mengambil ZINC COMPLEX & OSTEMATRIX ( kalsium, magnesium ) dalam diet harian anda. Ataupun anda boleh mengambil VITA-LEA IRON FORMULA yang lengkap dengan vitamin dan mineral A-Z.


NAK BELI DENGAN HARGA YANG LEBIH MURAH??? DISKAUN LEBIH 20%???

JOM SERTAI KAMI DAN JOIN SEBAGAI PENGEDAR SHAKLEE HARI INI.

BANYAK LAGI PENJIMATAN YANG AKAN ANDA RASAI DAN BONUS-BONUS YANG BERGANDA HEBATNYA.....!!!!!






NAK DAPATKAN DIRECT DARI ASMA CONTACT SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH NI : -



 

Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...



Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/


COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...