Perkara paling penting sekali yang sering diberi keutamaan oleh bakal ibu adalah makanan yang dimakan setiap hari. Semua bakal ibu mahu memberikan yang terbaik kepada janin yang dikandung.

Sebut sahaja jenis makanan yang boleh memberi kebaikan kepada pertumbuhan janin dalam kandungan,  tidak banyak cakap bakal ibu terus pergi mencari. Peraturan pertama yang mesti dipatuhi oleh bakal ibu adalah memastikan banyak makan makanan berkhasiat dan mengelakkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat seperti terlalu banyak lemak atau bergoreng.

Trimester pertama merupakan masa paling kritikal dalam fasa kehamilan. Ketika ini badan ibu sedang menyesuaikan diri dengan perubahan hormon dalam badan, janin juga sedang di awal pertumbuhan diikuti perubahan fizikal dan emosional bakal ibu.

Anda tidak perlu mengubah menu harian terlalu drastik kecuali anda seorang penggemar kopi yang tegar. Selain daripada memastikan pengambilan makanan yang sihat mengikut keperluan ibu hamil, jangan lupa tentang kepentingan pengambilan asid folik yang sangat diperlukan di awal kehamilan untuk perkembangan janin sihat.

Selain pengambilan suplemen asid folik, ibu juga boleh memakan makanan yang kaya dengan asid folik. Selain daripada sayur bayam, buah oren juga mempunyai kandungan asid folik tinggi yang berguna mengelakkan kecacatan pada pertumbuhan awal bayi dalam kandungan.

Oren juga mampu mengurangkan rasa mual dan loya yang dialami oleh bakal ibu di awal kehamilan. Jadi, tunggu apa lagi, masukkan menu dalam menu harian anda mulai saat ini.

Info dari Majalah pa&ma

Jom klik link ini jika anda sedang hamil....
Supplimen Ibu Hamil Dengan Vita C 


Anda juga boleh lawati Facebook saya:


untuk sebarang pertanyaan sila
sms|whatsapp|telegram : 017-4746975 (asma)