Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 12, 2014

YANG PERLU IBUBAPA TAHU MENGENAI KOLIK


kolik

Menjaga bayi baru lahir terutamanya bagi kelahiran pertama merupakan cabaran bagi mana-mana ibu bapa, tetapi jika bayi anda menghidapi kolik, ibu bapa baru akan berasa amat risau. Anda berasa susah hati bagi bayi anda, kecewa kerana anda tidak dapat membantunya, marah kerana anda sudah letih menenangkannya dan mudah menangis sebab kekurangan tidur. Ini mungkin bukan gambaran anda sebagai ibu bapa!

Sepertimana yang diberitahu kepada anda kolik ialah label bagi pola tangisan yang tidak dapat dijelaskan pada bayi berusia di bawah tiga tahun yang sihat dan cukup makan. Walaupun kebanyakan bayi kecil kerap menangis tanpa sebab, terutamanya pada waktu awal petang, bayi yang menghidapi kolik menangis dengan lebih kerap daripada yang lain dan adalah sukar atau mustahil untuk ditenangkan.

Tangisan bayi selalunya akan lebih kerap di antara usia enam hingga lapan minggu dan akan berkurangan apabila bayi berusia tiga bulan. Jika bayi anda baru lahir sihat tetapi menghidapi kolik, kehidupan anda bagi minggu-minggu berikutnya akan menjadi lebih sukar.

Anda akan mendengar banyak teori dan nasihat mengenai cara menghadapi bayi yang menghidapi kolik. Lambat laun bayi anda akan bebas daripada kolik, tetapi pada masa itu anda pasti sudah mencuba hampir semua cara untuk menenangkannya. Walau bagaimanapun, informasi mengenai punca kolik, jika berkaitan dengan bayi anda, boleh membantu anda melakukan apa yang sepatutnya. Berikut adalah beberapa punca yang mungkin:

  • Sistem saraf pusat bayi anda masih tidak matang dan tidak stabil dan bayi anda belum bersedia untuk menghadapi stimulasi yang tidak dijangka. Bayi ini mungkin kurang menangis jika dia dibedung atau diangkat dalam anduh atau dibuai dalam buaian. Bayi anda mungkin akan tenang apabila anda memperdengarkannya dengan bunyian atau vibrasi berterusan yang menghalang stimulasi lain, seperti membawa dia berjalan dalam kereta atau meletakkannya berhampiran peralatan rumah yang berbunyi. Bayi anda mungkin akan tenang jika dia menghisap puting atau jarinya atau jika anda mengurutnya dengan perlahan atau membawanya keluar berjalan di luar rumah. 
  • Sistem gastrousus bayi anda mungkin belum lagi tidak matang. Anda mungkin sedar bahawa bayi anda berangin atau sakit terutamanya selepas menyusu atau sebelum buang air besar. Jika dia berangin atau perlu sendawa dengan banyak, pastikan dia tidak menghirup udara dari botol dan selalu sendawakannya walaupun dia memakan susu badan. Jika dia terlalu berangin, pakar pediatrik anda mungkin menyarankan rawatan antispasmodik seperti Dentinox atau Colimix.
  • Bayi anda mungkin mengalami reaksi kecernaan atau alahan kepada susu yang diminumnya. Jika anda menyusui, anda boleh cuba menukar diet anda untuk melihat sama ada ini akan mengurangkan tangisan bayi anda. Anda tidak boleh mengambil makanan pedas atau bijiran serat tinggi, kekacang, brokoli dan kubis dan kafein. Sesetengah bayi akan lebih sihat jika ibu mereka tidak mengambil sebarang produk susu dalam diet mereka. (Jika anda mahu berbuat demikian, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan diet anda masih mencukupi). Jika bayi anda minum susu formula, berbincang dengan doktor anda sebelum menukarkan jenis susu yang anda gunakan. Susukan bayi anda apabila dia lapar kerana sesetengah bayi akan menangis dan meragam kerana kelaparan jika ibu bapa mengikuti waktu makan yang berjadual.
  • Bayi anda mungkin akan menjadi amat sensitif dan reaktif. Dia akan sukar ditenangkan kerana keperluan tidur dan makannya tidak menentu. Bayi yang sukar ditenangkan selalunya dilahirkan pra-matang beberapa minggu dan perlu menyesuaikan diri atau mungkin cuba untuk pulih dari kelahiran yang sukar. 
kolik
 
Bayi anda mungkin akan terus sensitif walaupun dia sudah pulih dari kolik. Jika dia kerap menangis dan sukar ditenangkan, ini akan meletihkan anda. Jika tiada apa yang berjaya dilakukan, anda mungkin merasakan bahawa perasaan anda adalah puncanya. Anda perlu ingat bahawa kerisauan ibu bapa bukanlah punca kolik. Kolik boleh memberikan tekanan kepada ibu bapa dan ibu bapa yang stres akan dapati ianya lebih sukar untuk menenangkan bayi yang meragam.

Jika anda mula berasa tertekan, anda perlu meletakkan bayi anda sementara waktu supaya anda boleh menenangkan diri anda. Berehat akan membantu anda dan bayi anda. Anda boleh membawa bayi anda berjalan supaya anda berdua boleh mengambil udara segar. Lebih baik lagi, anda minta bantuan daripada suami atau rakan anda untuk menjaga bayi untuk sementara waktu. Ambillah masa panjang untuk berehat atau baring dalam bilik yang tenang. Beberapa jam rehat akan memberikan anda tenaga untuk menjaga bayi anda semula.

Dijawab oleh Anna McGrail dan disemak semula oleh Dr Winston Yong Sin Chuen, bekas profesor madya di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan kini seorang pakar pediatrik di sebuah hospital swasta di Lembah Klang




Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...