Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 21, 2013

Ahmad Ammar Ahmad Azam

Tertanya-tanya siapakah umpama gerangan yang bernama AHMAD AMMAR AHMAD AZAM ini. Nama yang sentiasa hangat disebut-sebut sana sini. Ramai yang berkongsi post yang sama dalam FB & laman sosial yang lain. Perasan jugak kelmarin suami asma sendiri pun ada berkongsi tentang kisah Ahmad Ammar ni di facebook dia. Tapi disebabkan aku leka dan sibuk dengan tugas duaniawi maka terlambatlah aku untuk mengenali siapakah pemilik nama yang sangat dirindui ini AHMAD AMMAR AHMAD AZAM.

Semalam rasa terpanggil untuk buka link yang ada tu untuk melihat dan mengenal siapa insan ini. Ya Allah....rupanya aku telah rugi...rugi dan terlambat untuk mengenali insan mulia ni. Subhanallah.....di bumi pun AHMAD AMMAR AHMAD AZAM ini telah dimuliakan Allah apatah lagi ketika dia sedang berada di sana dikelilingi para mujahadah, para sahabat Nabi S.A.W tentunya Allah telah menjanjikan syurga baginya. Teringat satu cerita dari sahabatnya sendiri yang berkata AHMAD AMMAR telah bermimpi bertemu bidadari di SYURGA. Ya Allah......hati ini berkobar-kobar ingin mengenali dengan lebih dekat insan ini. Tentukan ada sesuatu yang tersirat dalam kisahnya sehingga beliau telah diangkat sebegitu rupa.....tentu ada sesuatu yang ditinggalkan dalam catatan peribadinya untuk kita semua agar dapat menjadi ikutan sepertinya....

Bagi yang belum mengenali insan ini, di sini asma akan kongsikan sedikit kisah AHMAD AMMAR AHMAD AZAM ini. 





Pemergian Ahmad Ammar, seorang mujahid yg disayangi ramai telah membuka mata dan jiwa masyarakat bukan hanya di Malaysia tapi juga di Turki. Di bumi Indo-China (Kampuchea) pun ada yg bertanyakan tentang arwah. Begitu hebat penangan assyahid Ahmad Ammar. Semoga perjuangan dan coretan hidupnya akan membakar semangat jihad anak muda yg ada. InsyaAllah

Yg nak tahu kisah Ahmad Ammar boleh klik link kat bawah ni. Luangkanlah sikit masa. Menitis air mata pun tak mengapa.

http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE&feature=share

"Kami menghantar anakanda kami ke bumi AlFateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa2nya Allah mempersiapkannya untukNYA." - Puan Nur Azlina (bonda Allahyarham Ahmad Ammar)

"SubhanaLlah, AlhamduliLlah, ALlahu Akbar! Tiada ku duga pemergian Ahmad Ammar telah menghidupkan begitu banyak jiwa. Aku merasa begitu kerdil tika di tanyakan apa formula bagi mempersiapkan Ammar begitu rupa! Jujur aku katakan, sumbangan aku terlalu sedikit. Sekadar meletakkan visi dan misi yang aku impikan kepadanya. Rupanya, apabila ku nawaitukan anak ku ini untuk ALlah dan RasulNYA, perancangan ALlah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya. Apalagi untuk memahaminya. Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai KEBESARAN ALLAH ! Terima kasih Ya ALlah !" - Tuan Haji Ahmad Azam (ayahanda Allahyarham Ahmad Ammar)



===================================================

 
ANAKKU INGIN SYAHID DI SYRIA

Allahu...rupa2nya anakandaku ingin syahid di bumi Syria!!!

Saya masih teringat semasa Almarhum anakanda Ahmad Ammar meminta izin utk menyertai misi kemanusiaan ke Syria selama 3 hari selepas beberapa hari beliau pulang ke Istanbul setelah bercuti lebih 2 bulan di Malaysia penghujung Sept yg lalu. Tanpa ragu2 sy mengizinkan kerana yakin pengalaman ke sana itu penting buat beliau..."Pergilah....yg penting, make sure u take good care of yourself."

Tidaklah saya ketahui sehinggalah dlm pertemuan dgn pelajar2 Msia sebelum berangkat pulang setelah selesai menyempurnakan persemadian beliau bahawa rupa2nya beliau sgt menginginkan syahid di bumi Syria.....

Lebih sebak di dada apabila shbtya berkongsi bhw semasa di sana Almarhum telah bermimpi berjumpa "bidadari di syurga"....

Namun syahidnya telah tertangguh sehinggalah beliau kembali ke bumi AlFateh....

Berikut adalah catatan Almarhum pada wall FB beliau:

"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari

Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini,aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. İnnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.
Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!

(***catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pd 14 Okt lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi...)

-- Nur Azlina (Ibu Arwah Ammar)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...