Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 15, 2013

Pengedar Sah Shaklee Alor Setar

 


Jeng...jeng...jeng....!!!!! Nak buat sedikit hebahan ni. 
Bagi semua penduduk di kawasan Alor Setar, Kedah siapa yang nak beli shaklee boleh dapatkan dari Asma. Jimat duit pos anda tau. 
Asma tinggal area Jalan Pegawai tu je. Ofis pun area situ ja.

Nak datang ambil sendiri boleh nak Asma hantar pun boleh. Ataupun kita jumpa set time kat mana2 bolehlah COD je.
Sambil tu boleh bagi konsultansi percuma. Mana tau kalau2 berminat nak join ahli kan? hihi....

Kalau ada yang nak order tu direct contact Asma  kat sini:

sms @ whatsapp : 017-4746975
pm melalui FB asma pun boleh : https://www.facebook.com/asma.ailee




RAMBUT BERUBAN BUKANNYA TREND



PUNCA RAMBUT BERUBAN
  1. Faktor usia : Perubahan pada warna rambut seseorang berlaku biasanya apabila seseorang itu telah meningkat usia. Kajian di Eropah mendapati bahawa kira-kira 40 peratus orang Eropah telah mula mengalami masalah rambut beruban pada usia 40 tahun.
  2. Genetik : Perubahan pada warna rambut seseorang adalah bergantung hampir keseluruhannya kepada faktor genetik. Dua jenis gen yang bertanggungjawab dalam menentukan proses perubahan warna rambut seseorang iaitu Bcl2 dan Bcl-w. Perubahan pada warna rambut ini berlaku apabila melanin (pigmen warna) berhenti daripada dihasilkan pada akar rambut. Dan ini menyebabkan rambut seterusnya yang muncul akan tumbuh tanpa pigment melanin.
  3. Kekurangan vitamin B 12 : Kekurangan vitamin B 12 akan mengurangkan pembentukan melanin. Masalah ini biasanya dialami kepada sesetengah golongan seperti kepada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka mudah untuk mengalami kekurangan vitamin B 12 dan zat besi di dalam tubuh.
  4. Stres atau tekanan perasaan juga boleh menyebabkan uban tumbuh. Tekanan menyebabkan vitamin B berkurangan dalam badan, sekali gus menyebabkan uban tumbuh. Namun jangan terlalu bimbang kerana keadaan itu akan kembali normal semula jika tahap stres anda dapat dikawal dengan baik.
  5. Merokok juga penyebab kepada rambut beruban dengan cepat kerana kandungan nikotin di dalam darah yang cenderung menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut.


 6 cara atasi masalah rambut beruban di usia muda

1. Mencegah stres


Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman moden kini adalah salah satu penyebab munculnya uban kerana tekanan daripada pelajaran di sekolah atau di kolej. Dibebani dengan masalah-masalah tidak dapat menyiapkan bebanan tugasan kolej. Stres adalah faktor penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Remaja perlulah lebih santai dalam mengatasi dengan itu dapat mencegah uban daripada terus timbul sebelum waktunya.


2. Menjaga kebersihan kulit kepala

Menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat. Penggunaan syampu anti penuaan dan limau purut mampu mengatasi masalah rambut beruban.


3. Corak pemakanan yang sihat

Malnutrisi adalah salah satu penyebab timbulnya uban atau penuaan pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya kandungan gizi yang diperlukan dalam badan dan ini menyebabkan tumbuhnya uban pada rambut. Cuba aturkan pola pemakanan yang baik dan seimbang supaya dapat mencegah masalah rambut beruban ini dengan cepat.


4. Keperluan zat besi

Tubuh badan manusia memerlukan zat besi yang tinggi dan apabila kurangnya zat besi akan munculnya uban pada rambut. Zat besi membantu memberikan zat warna pada rambut lalu rambut akan tumbuh dengan subur dan kehitaman. Makanan yang seperti sayur bayam dan buah lemon membantu anda mendapatkan kandungan zat besi yang tinggi dalam badan.


5. Rawatan yang teratur

Tidak perlu ke salun kecantikan rambut untuk mendapatkan rawatan ini kerana dengan rawatan sendiri juga mampu mencegah rambut daripada penuaan. Usap campuran labu dan minyak kelapa pada rambut sekurang-kurangnya lebih satu jam pada rambut kemudian bilas. Lakukan secara teratur agar dapat mencegah terjadinya tumbuh uban pada rambut anda.


6. Rahsia penggunaan daun kari pada rambut

Orang India menggunakan daun kari untuk menjaga keindahan rambut mereka. Sebab itu bila kita lihat rambut masyarakat India tumbuh dengan sihat dan hitam bersinar. Gosokkan rambut dengan beberapa helaian daun kari dan campurkan sedikit dengan air suam lalu sapukan daun itu ke rambut anda akan dapat hasilnya yang memuaskan. Selamat mencuba!

 ==================================================================

 Nak Vitamin Untuk Rambut Sihat?
* ESP
* Zinc


 ==================================================================
 

Nak order vitamin shaklee dengan saya?



COD Area Alor Setar, Kedah...
asma : 017-4746975 ( Nak SMS @ Whatsapp boleh jer...)
Jom usha kami di Facebook: https://www.facebook.com/Amaryllishoppe  https://www.facebook.com/asma.ailee















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...