Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 8, 2014

Masakan Sedap Dengan Kasih Sayang - Kari Kepala Ikan

Bulan-bulan puasa ni asyik bercerita pasal makan pulak kan? Tapi yang tu yang seronok untuk habiskan masa terluang. Time ni lah nak berkongsi cerita apa makanan dan masakan semasa berbuka kelmarin. Betul tak? Ini selalunya orang perempuan la bab-bab cerita makanan ni. " Eh Eton semalam berbuka kat mana?" "Uish semalam aku makan nasi beriani Gam. Beli kat kedai Pak Meon tu. Sedap wei..." Lepas tu mula lah merawet ( bersembang panjang ) cerita bab makanan dari mula puasa pertama sampai apa yang nak makan berbuka satgi. Ha siap complete jadual menu harian tu. 


Tu belum cerita bab kuih raya dan lauk pauk nak sambut hari raya lagi tu. Hehe...jadi kerja kan kalau bersembang gini. Asal tak mengumpat di bulan yang mulia ni dah kira baik kan? In Syaa Allah... Tapi harus di ingat jangan sampai terliur plak kang terus berbuka selepas azan zohor...hahaha...naya ja.
Bagi asma bulan puasa tahun ni biasa-biasa aje. Ye la bila kita bekerja ni kadang lebih banyak lauk tunjuk dari masak sendiri atas meja hidangan tu. Dah jadi kewajipan dah. Suami pun faham letih balik kerja nak terkejar-kejar bersilat kat dapur plak. Tambahan ada 2 budak kecik yang belum nak berpuasa tu kan. Balik rumah ja terus mintak nasi. Si Along Amsyar tu time-time bulan puasa ni hari-hari pula minta berbekalkan nasi goreng. Balik rumah makan lagi...fuhhh orang lain puasa boleh slim tapi 2 beradik ni badan kusss semangat. Hahaha...takpe lah janji anak-anak mama sihat selalu. Tahun depan kena belajar puasa ye Amsyar. ( Tahun depan dah masuk 6 tahun.... ) 

Wah...asma ni kalau bagi melalut bercerita memang akhirnya akan lari topik. Cer tengok balik apa sepatutnya topik entry asma untuk kali ni "Masakan Sedap Dengan Kasih Sayang" hahaha...setengah entry baru nak masuk tajuk. Kalau subjek Penulisan BM memang dapat A lah. ( Memang pernah dapat the best pun dalam kelas je la ) okey bila sesi angkat bakul dah keluar baik asma teruskan dengan topik kita okey. Mana-mana orang pun kalau kita tanya Masakan Apa Yang Paling Sedap??? Of course jawapan seksi dan padat yang akan diberi tu ialah "Masakan IBU" Betul x...betul x...??? Asma sangat sokong 200% dengan jawapan tu. Dari kecik kita disuap dengan masakan ibu yang sedap-sedap. Membesar dengan masakan dia, sihat dan berjaya jugak dengan berkat masakan ibu tu. 

Ye la ibu ni kalau masak memang tabik spring lah. Setiap kali masak tu memang akan selawat tiup-tiup doa sikit supaya anak-anak dia sihat tak degil mudah mendengar kata. Sebab tu lah masakan tu bertambah-tambah sedap. Barakahnya setiap hidangan itu bila dihidangkan dengan tambahan penuh kasih sayang. Macam tu juga kita sekarang ni yang mana dah pakat jadi kaum IBU ni. Bila masuk dapur tu pasang niat untuk masak sedap bagi keluarga makan kerana Allah. Insyaallah kompom sedap dan penuh berkat. Masak untuk keluarga tu pun satu ibadah tau, besar pahalanya kita menyediakan makanan pada keluarga. 

Selalu kita tau Tanggungjawab beri dan menyediakan makanan tu adalah atas pihak suami tapi kalau kita pandang dari segi betapa besarnya pahala yang akan kita dapat pastinya kita tak kisah nak masak hari-hari. Sedangkan Siti Fatimah pun memasak untuk Saidina Ali a.s. Membuat roti dengan gandum yang digiling sendiri untuk dijadikan tepung. Kita??? Merungut je kan? Sungguh...kena ikhlas..... Beruntungya kalau dapat sediakan makanan lepas tu makan pulak beramai-ramai. Rasa sangat nikmat kepuasan tu. Mana nak dapat suasana yang harmoni makan berkumpulramai-ramai macam tu. Tambahan pulak kita dah tau apa makanan kegemaran suami dan anak-anak. So, dari situ cubalah sediakan pastinya dapat menambat hati mereka. Suami pun sayang lebih tau...anak-anak bertambah rapat dan sayang kita. Nak lagi ikatan kasih sayang tu bercambah try makan cara sunnah Rasulullah S.A.W. Macam mana? Makan dalam talam ramai-ramai. In Sya Allah, moga-moga kita lebih dekat untuk cintakan Rasul dengan mengamalkan sunnah-sunnah baginda S.A.W. Semoga asma pun dapat mengamalkan semua ni dalam keluarga. 

Dulu kalau bab masak ni boleh-boleh gitu ja. Kari simple je buat guna rempah campak sana sini siap. Tapi lepas berkahwin baru ku tahu curry is curry when you know how to cook the curry. hahaha... siap belajar buat rempah sendiri lagi tau. Alhamdulillah sempat jugak belajar resepi dari arwah ibu mertua untuk tumbuk @ giling sendiri rempah. Sungguh sangat sedap. Sapa yang pernah rasa masakan arwah especially kari dia memang uuummmppphhhh....!!!! malas nak angkat punggung sebab nak tambah nasi berkali-kali lagi rasanya. Sumpah sangat sedap....!!!! So, bila asma dapat resepi rempah rahsianya tu barulah asma rasa inilah masakan kari yang sebenar-benarnya. Sekarang ni si suami pun asyik minta masak kari kepala ikan ja. Isteri dia dah terror kot sebab bila buat tu asyik menambah-nambah nasi. ekekekeke...( lagi sekali masuk bangkul angkat sendiri )

Hurm...semua nak tahu tak apa resepi nak buat rempah kari yang sedap? asma kongsikan bahan-bahan dia kat bawah ni okey. Tapi asma tak boleh nak bagi spesifik sukatan ( bukan kedekut ilmu na ) sebabnya asma ni jenis kalau masak tu memang suka bereksperimen ikut sedap citarasa so, bila ambil bahan tu ikut instinct ja. main kaup ja tak kira dah berapa banyak sukatan tu. So, harapnya dapat beri manfaat jugak resepi ni pada semua. Asma percaya yang mana selalu n rajin masak tu anda juga punya kelebihan instinct ni. So, jom kita cekidaut

 
RESEPI REMPAH RAHSIA yang kini tinggal rahsia
untuk hidangan 4-5 orang ( Kari kepala ikan )

Cili kering ( 8-10 tangkai ) ikut tahap kepedasan yang anda suka
Rempah biji ( 1 1/2 camca ) lebih sikit sebab bagi wangi rempah
Bawang besar ( separuh je )
Bawang merah ( 2 ulas )
Bawang putih ( 2 ulas )
Lada hitam ( 1 sudu kecil )
Jintan manis ( 1 camca )
Jintan putih ( sikit je )
Kunyit hidup ( besar ibu jari ) standard la kang ada yg ibu jari besar tu naya...hehe....
Sedikit halia

 urm apa lagi ek? takut ada yg tertinggal....cukup dah kot. Okey teknik yg asma selalu guna ialah lesung batu yang tumbuk tu bukan giling. option la yang ni. Pastikan menumbuk bahan yang kering terlebih dahulu kalau bawang-bawang dulu takut nanti bahan yang kering tu basah dan mengembang susah sikit nak tumbuk bagi halus. Paling malas...sila blend je. Tapi harus di ingat asma pernah cuba tapi suami dapat tangkap sebab taste of curry tu yilekkk...tak sama dengan kita tumbuk dengan kasih sayang. So sekian lah entry asma kali ni, walaupun susah nak masuk tajuk tu. hehe...enjoy your day, enjoy your cook.



"LETS COOK WITH LOVE"






Khasiat P.I.S.A.N.G Yang Perlu Kita Tahu

khasiat pisang
P.I.S.A.N.G
 
P.I.S.A.N.G Sapa di sini yang suka makan pisang? Apa pilihan makanan dan resepi yang anda suka kalau menggunakan pisang ni? Banyakkan....Pisang goreng ( cheese plak sekarang ni ), jemput-jemput pisang ( orang kedah sebut cekodok ), banana split, banana smoothie, kek, serawa, bengkang, lepat, pulut dakap, kerepek, fuhhh..... banyak lagi la jenuh kalau nak senarai. Pisang pulak macam-macam jenis ada. Yang paling best tentulah pisang emas kan? tu antara favourite asma la. 

Tapi dulu kalau nak makan pisang ni memang tak lalu kecuali kalau sudah dimasak. pelik kan? Ingat lagi masa zaman study pisang ni memang menu rutin harian la kat dining untuk pencuci mulut. Nak tak nak kena makan le jugak. Ye la nak tunggu makan sedap duit PTPTN belum masuk akaun kan? hehehe...ada hikmahnya kat situ. Rupanya Allah nak bagi rezeki untuk asma makan pisang. So, sejak dari situlah asma mula makan buah pisang ni. Urm sedap jugak rupanya. Sekarang ni memang boleh habiskan buah pisang tu walau tanpa dimasak. Rupanya pisang ni banyak betul khasiatnya. Kalau tau memang dari dulu asma akan jadi peminat tegar pisang ni. Ini berdasarkan apa yang asma baca dalam portal Kosmo ni:-

"Kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu. Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium. Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang. Pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus. Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa. Pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Sebab itu semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat dan senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas."


KHASIAT BUAH PISANG

* Penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

* Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.

* Kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari. Sesuai bagi yang selalu sembelit tu.

* Mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

* Orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

* Masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu. 

* Masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.

* Membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah

* Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.


Nak join ahli?
Banyak lagi suppliment....!!!!
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee
COD AREA ALOR SETAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...