Gambarajah perbezaan rahim yang jatuh |
Proses kehamilan dan melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligamen yang menyokong rahim menjadi lemah, mengakibatkan ia jatuh dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj.
Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps rahim boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua apabila pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan.
Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Dr Rozihan Ismail berkata, ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim akan menghadapi masalah urinari seperti kerap kencing dan sukar hendak mula kencing.
Lebih menyulitkan, masalah kekenduran organ reproduksi ini akan menyebabkan wanita terbabit sukar mengawal kencing, terutama apabila batuk, bersin atau sebarang perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa atau ketika hendak berdiri selepas sujud sewaktu solat.
“Air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa dapat dikawal. Keadaan ini mengganggu tugas harian dan kehidupan wanita terbabit.
“Dalam kes prolaps rahim yang teruk atau peringkat ketiga (keseluruhan rahim terkeluar), sering kali pintu rahim bergesel pada seluar dalam menyebabkan luka. Luka ini boleh dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.
“Tanpa rawatan yang betul, ketumbuhan akan berlaku akibat pergeselan berpanjangan dan meningkatkan risiko menghidap kanser serviks (barah pangkal rahim),” katanya pada Seminar Kesihatan Wanita anjuran QRS Asia Sdn Bhd dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan HTAA, baru-baru ini.
PENCEGAHAN:
1. Kawal berat badan
2. Mengamalkan senaman menguatkan otot lantai pelvik (senaman Kegel)
3. Ada juga alat bantuan (Vaginal Cone) yang dapat membantu dalam mendapatkan proses senaman berkesan.
4. Teknologi moden memperkenalkan mesin yang sangat berkesan membantu menguatkan otot lantai pelvik dan memulihkan kedudukan organ peranakan wanita seperti alat stimulasi magnetik.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan UIAM, Prof Madya Dr Zalina Nusee berkata, inkontinen urin ialah kebocoran air kencing di luar kawalan atau masalah lemah kawalan pundi kencing yang boleh berlaku pada wanita semua peringkat umur.
Mungkin dianggap perkara biasa yang tidak membahayakan kesihatan, tidak ramai wanita tampil mendapatkan rawatan. Hanya 30 peratus wanita yang mengalami masalah ini datang ke klinik.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Masalahperanakanjatuh/MA/Article/index_html
simptom peranakan jatuh pada kaum wanita adalah seperti berikut:
1. waktu petang selalunya lepas asar rasa nak demam. sejuk kaki dan tangan. 2. terasa nak buang air kecil dengan kerap. 3. sakit pinggang dan sengal-sengal di bahagian bawah perut. 4. kalau kita berdiri, terasa seperti rahim seakan jatuh dan sengal. 5. cepat rasa penat kalau buat kerja. 6. peha dan betis rasa kebas-kebas.
Jom buat self check. kalau nak sure sila baring dan buat langkah-langkah seperti berikut: 1. baring lurus. jangan gunakan bantal. 2. sapu minyak gamat / minyak serai / minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun especially di bawah pusat. 3. gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan. 4. mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah. 5. urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah. 6. bernafas seperti biasa. cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun. 7. kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil.. confirm... peranakan anda dan jatuh...
kaedah membetulkan peranakan yang jatuh secara tradisional. jangan cuba-cuba buat aksi ini jika anda belum kahwin lagi atau anda belum pernah melahirkan. bukan apa, selalunya masalah peranakan jatuh ni selalu berlaku pada ibu-ibu yang pernah melahirkan anak.. orang tua-tua kata peranakan kembang.. masa dalam pantang tak jaga betul-betul.. macam akulah.. melahirkan anak ikut tingkap few times.. so, tak pernah ikat perut dalam pantang..
langkah-langkah membetulkan peranakan yang jatuh 1. baring lurus. jangan gunakan bantal. 2. elok baring dengan posisi tapak kaki boleh jejak dinding. 3. mulakan urutan sendiri sesedap rasa. 4. bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan sila angkat kaki ke atas dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas tundun ke sebelah atas ( ke arah pusat). 5. buat langkah 4 beberapa kali. kalau sengal, berhenti dulu dan ulang sehingga anda rasa lega. 6. rehat seketika sebelum bangun.
P/s: Langkah-langkah di atas hanyalah sementara. sila dapatkan pakar urut wanita terutamanya yang ada pengalaman. Bidan kampung yang tahu mengurut wanita dalam pantang...
sebenarnya pengalaman peranakan jatuh sangat berbeza dari individu ke individu lain..dan kalau anda selalu mengalami masalah tersebut, sila jumpa doktor / pakar sakit puan untuk dapat penjelasan lanjut...