Terkejut tadi bila 3 orang wakil dari Jabatan Kesihatan datang buat spot check Denggi kat ofis ni. Nak tengok toilet katanya. Memang tak cakap banyak diorang ni, perkenalkan diri ja terus cari toliet nak check. Bila datang terkejut tergempar ni kerisauan tu adalah sikit di sudut sanubari ni. ye la walaupun bukannya rumah asma, ofis asma pun macam dah rumah sendiri dah rasa. Sebabnya jam 8-5 memang tercongok dalam ofis ni. Time rehat pun memang dalam ofis ni tak kemana. So, risau lah jugak kan bila dapat tahu ada report orang terkena denggi. Tak pelah diorang ni pun datang manjalankan tugas kan so, kenalah mudahkan tugas diorang.
Alhamdulillah setelah siap spot check tu ternyata ofis ni bebas dari jentik-jentik. Kalau tidak naya ja tadi.....hehe... Siapalah yang menjadi penternak jentik-jentik yang berjaya kat kawasan ni agaknya ye???? Memang beringatlah lepas ni, sentiasa menjaga kebersihan, air-air bertakung tu jangan dibiarkan. Air dalam pasu bunga tu pun kena selalu tukar, hari-hari kena tukar unless kita letak ubat untuk cegah pembiakan jentik-jentik tu. Tadi diorang bagi percuma sepaket. Lepas ni kena beli ke??? Kat mana sapa tau kongsi-kongsi la ye...!!!!
Bercakap pasal denggi ni memang semua sudah termaklum dari mana asal usul dia. Of course lah jentik-jentik tu kan sebab dah sebut kat atas tadi.Tapi tahukah kita apa itu Demam Denggi dan apakah simptom-simptom Demam Denggi tu?
Apa itu Demam Denggi?
Demam
denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama
kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis
demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia
merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari
ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui
gigitannya.
Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:
* Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.
* Orang
dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada
sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit
kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
* Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
* Kadar kematian amat rendah.
* Penyakit
ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak,
diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan
lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.
* Rasa
tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian
rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam
denggi berdarah.
* Demam
selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat
setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
* Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.
* Pesakit
biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan
elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium,
bikarbonat dan lain-lain)
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
* Perlindungan dari gigitan nyamuk
*Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari
* Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk
* Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
Demam denggi ini sebenarnya tiadalah ubat khusus untuk menyembuhkannya sebab itulah aspek-aspek pencegahan diperingkat awal perlulah dititikberatkan. Bila sudah dijangkiti masuk hospital je lah jawabnya. Selalunya rawatan yang akan diberikan adalah dengan menghilangkan gejala yang timbul. Selalunya cecair akan diberikan pada pesakit bagi menggantikan kehilangan cecair dalam badan yang disebabkan oleh demam yang kuat, anoreksia dan muntah-muntah.
Kalau ada yang bertanya asma apakah supplimen yang sesuai diberikan untuk pesakit demam denggi, jawapannya adalah NUTRIFERON ( Untuk antibodi ) serta PERFORMANCE DRINK ( Bagi menggantikan bendalir yang banyak hilang dalam badan ) In Shaa Allah...ini hanyalah salah satu dari ikhtiar kita untuk meredakan demam denggi tu. Apa yang paling penting tentulah terus berdoa dan mohon pada Allah semoga diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik. Wallahualam....
Nak join ahli?
Banyak lagi suppliment....!!!!
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee
Banyak lagi suppliment....!!!!
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee
COD AREA ALOR SETAR, KEDAH