Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, August 10, 2014

Petua Cepat Hamil Mengikut Kaedah Islam

 

Anak merupakan satu anugerah yang tidak ternilai harganya yang dikurniakan kepada setiap pasangan yang berumahtangga. Ia juga menjadi pelengkap sesuatu perhubungan bagi sesebuah keluarga. Tanpa anak dirasakan alam berumah tangga itu belum cukup sempurna. Menjadi lumrah manusia yang berkahwin pasti menginginkan zuriat yang lahir dari benih dan rahim sendiri. Namun ramai pasangan yang berumahtangga bertahun-tahun lamanya tetapi masih belum dikurniakan dengan zuriat. 

Bersyukurlah bagi mana-mana pasangan yang dikurniakan anak dengan lebih awal, janganlah pula kita menjadi kufur nikmat dan terlalu berbangga kerana semua itu datang dengan keizinan Allah jua. Bukanlah kita sendiri yang berjaya melainkan dengan kuasa Allah S.W.T. Jadi bersyukurlah kerana segala usaha, ikhtiar dan doa kita telah dimakbulkan. Zuriat itu bukanlah sekadar pewaris tetapi menjadi bukti kekuasaan Allah S.W.T. Seharusnya menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga amanah besar yang telah diberikan dengan sebaiknya.

Bagi pasangan yang masih belum dikurniakan dengan cahaya mata pula janganlah bersedih dan berduka. Mungkin ianya bukan hari ini tapi siapa yang boleh menyangkal jika telah ditakdirkan hari esok Allah akan mengizinkan? Sebab itulah kita sebagai hambanya jangan terus menyalahkan takdir yang telah ditetapkan sebaliknya teruslah berusaha, berikhtiar dan berdoa. 

Bersangka baiklah dengan Allah serta amalkan doa-doa ini:-

Ayat 38 Surah Ali-Imran yang bermaksud:

" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dai sisi-Mu zuriat keturuan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar ( menerima ) doa."

Ayat 89 Surah Al-Anbiya yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau membiarkan daku seorang diri ( dengan tidak meninggalkan zuriat ) ; dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi."


Ramai pasangan telah mencuba pelbagai kaedah perubatan baik yang moden ataupun tradisonal. Di samping pengambilan pelbagai ubat-ubat kesuburan, jamu dan supplimen yang menjadi salah satu ikhtiar untuk memperolehi zuriat mungkin anda juga boleh mencuba beberapa amalan yang saya ingin kongsikan daripada pendakwah tersohor kita tak lain dan tak bukan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Semoga ianya memberi manfaat dan Allah mengurniakan jalan penyelesaian yang terbaik untuk setiap pasangan yang masih berusaha tanpa berputus asa. 

1. Amalan pertama.
 Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

2. Amalan kedua.
- Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
- Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
- Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
- Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. 

Wallahualam...


Nak join ahli?
Banyak lagi suppliment....!!!!
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...