Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 13, 2014

Red Velvet Cookies "maybe" my next project

Sapa pernah makan biskut ni? Selalu kita dengar red velvet cake je kan. Sedap tau biskut ni. Kerangupan cookies dia tambahan pulak dengan badam dan 2 jenis choc chip dalam tu. Memang tak henti-henti nak kunyah. Boleh habis sebalang sekali hadap ja. Itu kalau yang asma pernah beli la raya tahun lepas ni. Ingat projek cookies asma tahun ni nak try buat lah biskut ni tapi tak tahu lah akan jadi sama texture n rasa tu dengan yang beli atau tak. Kita try dulu le kan. Belum cuba belum tahu. 

Bahan-bahan nak buat pun tak banyak cuma bahan kat rumah tu je kena pergi shopping tambah lagi. ngeh...ngeh....ngeh...  Macam biasa asma akan kongsikan resepi Red Velvet Cookies ni kat bawah. Mana tau ada yang teringin nak cuba bolehla ambil resepi ni. Asma pun tengok resepi dekat blog akak Azlita Masam Manis tu. Hurm buka blog kak Azlita tu tau-tau je la kan. Semua nampak sedap dan menarik sampai pening kepala nak buat resepi yang mana. Tapi diri ni tidaklah sekreatif kak Azlita tu. 

Ha bagi yang belum pernah tengok blog Masam Manis tu ini dia link nya : http://www.azlitamasammanis.com/ Selamat menjamu mata yer. Asma pasti lepas ni ramai yang jatuh cinta nak memasak dan membaking bila tengok blog ni. 


Ihsan Google


RED VELVET CHOC CHIPS COOKIES
Oleh: Planta
Rujukan : Koleksi 20 resepi Planta
Kempen: Seceria Air Tangan Ibu
Sumber asma dari: Blog Kak Azlita Masam Manis

120gm margerin Planta
10gm minyak sapi
100gm gula kastor
120gm tepung gandum
50gm tepung beras
50gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30gm coklat chips putih
30gm choklat chips 

Cara penyediaannya:-

Mula-mula ayak bahan kering.
Satukan tepung gandum, tepung beras, dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170c selama 5 minit
Di dalam mesin pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat,
Tambahkan telur dan putar sebati
Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata
Masukkan bahan yang telah kita ayak tadi, gaul dengan senduk kayu atau spatula rata
Tambahkan badam, 1/2 daripada choc chip dan 1/2 daripada chop chip putih
Gaul adunan rata
Sudukan adunan di atas dulang pembakar
Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki chips coklat dan putih
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150c ( Ketuhar hendaklah dipanaskan 15 minit awal sebelum masukkan doh )
Bakar selama 20 minit
Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.


SELAMAT MENCUBA YER SEMUA....!!!

IFTAR DI LUAR edisi Arabian Delight

Entry kali ni saja asma nak kongsikan satu tempat makan menarik yang asma kunjungi untuk berbuka puasa last week. Kegemaran buat masa sekarang ni tentulah makanan Arab. Sebab satu hidangan tu memang dah boleh tersandar kekenyangan. Dalam banyak-banyak tempat makanan Arab yang asma dah pi area Alor Setar ni ada dua yang the best lah. Hari ni asma kongsikan yang second best boleh? Sebab yang paling best tu asma selalu pergi cuma belum terniat nak ambil gambar lak. Asyik terlupa nak buat capture sebab tak sabar nak merasa hidangan tu lazat sangat. hehe...yok yok ooo je kan. 

Okey lah itu asma akan share di enrty yang kan datang. Yang second best ni pun best jugak. Rasanya ramai yang dah pernah pergi dan tahu lokasi restoran ni. Nama restoran ni adalah Puji Arabian Delight. Seberang jalan je dengan Masjid Al Bukhari, giant tu. Betul-betul sebelah Sekolah Sultanah Asma. Perasan kan ada bangunan baru kat situ. Jangan tersalah masuk kedai pulak sebab selang 2 buah pintu je ada satu restoran makanan Lubnan. So untuk memudah kan korang semua cari asma sharekan pic ni.


Ha atas tu siap ada fitness center lagi. Lepas raya ni kalau nak pi makan boleh terus pi gym kasi bakar balik lemak-lemak tu. hehehe.... Dah macam one stop center pulak kan. hehe...
Berapa bintang nak bagi ek untuk makan di restoran ni? Urm bagi asma 4 bintang boleh kot. Sebab setakat sekarang yang 5 bintang dah ada yang bertakhta di hati. Dari segi portion nasi dan ayam tu asma tak berapa nak gemar sangat sebabnya ayam tu quarter untuk size plate biasa tapi kecik sangat. Hidangan kambing dia memang puas hati cukup portion dia dengan nasi tu. 




Yang bestnya kat restoran ni cara tauke dia tu entertain customer. Sebelum masuk waktu berbuka tu siap ajak ramai-ramai berzikir dulu. Once masuk waktu dia yang bacakan doa makan dan jemput semua customer untuk berbuka. Kebetulan hari tu ada minuman free tau. Sedap masam-masam manis tapi nak sebut air apa tak tau. Warna macam anggur tapi bukan, ada tambahan hirisan lemon dalam tu. Memang best. Chef dia pulak memang import dari luar. Hurm itu je kot yang asma nak kongsikan hari ni. Nanti jumpa di lain entry untuk asma storykan restoran makanan arab yang no. 1 tu ye. Ini hanya pandangan peribadi asma. Lain orang lain citarasanya.....


KAMI SUKA MAKAN ;-)

Projek Cookies Raya - Samperit Susu

Alhamdulillah tahun ni terasa Ramadhan sangat bermakna. Diberi kesempatan untuk menemui Ramadhan ke 15 hari ni. Semoga Allah panjangkan usia untuk bertemu Ramadhan 1436H tahun depan. Bermakna jugak tahun ni sebabnya first time buat cookies raya sejak kahwin dulu. Lama dah meninggalkan zaman buat biskut-biskut ni tapi tahun ni memang berazam nak buat sendiri. Walaupun ada juga yang tunjuk-tunjuk tu. Kawan-kawan menjual beli la juga sebab tak tahan nafsu nak menghabiskan duit tu kan? Dalam masa yang sama dapat juga bantu business kawan-kawan. In Syaa Allah. 


Tahun ni disebabkan arwah mak mertua asma dah tiada so, memang menjadi tanggungjawab asma automatik untuk meneruskan apa yang biasa mak mertua asma buat tu. Memang boleh dikatakan setiap tahun mesti arwah akan buat biskut-biskut raya ni tambah lagi dengan kerepek, kacang, kuih siput. Walaupun tak dapat nak buat semua tu in Syaa Allah asma memang nekad at least ada jugak serba sedikit kuih yang boleh dihasilkan sendiri. Tak mahu la tunjuk je sebab rasa tak meriah pulak makan semua biskut yang dibeli. feeling raya tak dak la nanti. Dapat gembirakan suami dan family sebelah suami dah boleh melapangkan hati asma ni. Family sebelah asma pun tak lupa tau, sebab tu tahun ni walaupun kali pertama nak buat biskut asma perlu buat dengan adunan yang lebih. Kena bahagi 3 buah rumah...untuk sendiri, rumah mak dan mertua. In Syaa Allah dapat lah pakat merasa air tangan asma yang tak seberapa ni. hehe... 

Nak tahu apa biskut pertama asma buat tahun ni??? Ha...disebabkan dah bertahun-tahun kutinggalkan membiskut kira dah jadi amatur balik la. So, asma pun mulakan dengan biskut yang simple-simple dulu. Dah lama nanti baru banyak idea datang mencurah-curah baru boleh buat biskut yang glamer-glamer sikit kan. So, malam Jumaat lepas terjadilah BISKUT SAMPERIT SUSU....resepi ni asma dapat dari seorang kawan facebook. Tengok macam simple dan menarik sebab tu teringin nak cuba buat. Bahan pun mudah sikit je tak perlu yang mahal-mahal tapi rasanya memang sedap. Masa membakar pun dah bau harum susu tu semerbak satu rumah. Suami balik terawikh pun tegur bau dia sampai ke tangga luar. hehe...betul tak tipu memang sedap dan yang paling best ianya rangup sedikit dan cair di mulut tudak di tangan yer. Bagi sapa-sapa yang nak cuba buat biskut ni asma kongsikan resepinya di bawah ni okey....

samperit susu

RESEPI SAMPERIT SUSU

250gm butter
1/2 tin susu pekat
600gm tepung jagung

Cara Penyediaan

Pukul butter dan susu. Tak perlu sampai gebu. Dalam 3-5 minit je.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli sehingga kental dan tidak lekat ditangan.
Doh memang lembut sedikit sebab nanti senang nak tekan degan acuan.
Masukkan doh dalam acuan samperit.
Griskan dulang pembakar supaya biskut mudah lekang bila masak.
Hiaskan dengan ceri @ choc chip ( optional )
Bakar dengan suhu180 selama 15-20 minit.

MUDAH KAN? SO, LETS BAKED WITH LOVE YA....!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...