Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 11, 2013

Kenapa Wanita Perlukan Protein?


InfoSihat Hari Ini 

protein dan wanita
Protein merupakan sumber penting untuk badan wanita

Kenapa Wanita Perlukan Protein?


Wanita mempunyai keperluan nutrisi khas di pelbagai peringkat kehidupan mereka. Samada di saat kehamilan atau senggugut, keperluan kalsium atau zat besi yang rendah, alahan sewaktu mengandung atau saat hampir putus haid. Wanita di semua peringkat umur perlukan pemakanan khas yang sesuai dengan kondisi mereka.

Mengapa wanita memerlukan protein?

Protein di kalangan wanita adalah kritikal bagi fungsi-fungsi penting seperti:

  • pertumbuhan dan pembaikan otot dan tisu
  • menyediakan tenaga apabila sumber karbohidrat tiada
  • pembentukan enzim atau sub-unit enzim
  • mengawal pH dalam darah
  • mengawal proses metabolisme berkaitan dalam badan; dan
  • membina sistem imun melalui antibodi protein.
Dalam erti kata lain, protein adalah penting untuk segalanya samada untuk tumbesaran anda, untuk membina sistem imun, untuk melindungi diri dari penyakit, dan juga untuk memastikan rambut, kuku, kulit, tulang dan organ-organ dalaman anda sihat.
 
Berapa banyakkah protein yang wanita perlukan?

Jumlah protein yang wanita perlu setiap hari bergantung kepada tahap aktiviti mereka. Wanita yang terlibat dalam sukan akan memerlukan lebih banyak protein dan nutrisi. RDA (Recommended Dietary Allowances) yang normal untuk pengambilan protein adalah ditentukan mengikut berat badan bagi wanita berumur 15 tahun ke atas, iaitu 0.40 gram bagi setiap 0.45kilogram berat badan

Anda boleh mendapatkan vitamin, protein, mineral dan lain-lain nutrien melalui diet yang sihat. Sayur-sayuran, telur, daging, buah-buahan, produk susu. Semua makanan berkhasiat ini membolehkan badan kita menjadi sihat dan kuat.

Tetapi kadang-kadang ianya tidak cukup. Disebabkan kesibukan bekerja, sebagai ibu, isteri, rakan-rakan, dan pelbagai aktiviti lain setiap hari, jadual boleh menjadi sibuk dan mungkin tidak meluangkan masa untuk membuat hidangan lengkap untuk diri sendiri. 

Tergesa-gesa pada waktu pagi, samada untuk siapkan anak-anak ke sekolah, menyediakan sarapan atau bersiap ke tempat kerja, anda hanya makan apa yang sempat sahaja. Tetapi adakah ini memberi badan anda protein, mineral dan vitamin yang anda perlukan untuk hari tersebut? Tidak, tetapi tidak mungkin setiap hari kita sempat untuk bangun awal dan menyediakan sarapan yang sihat dan berkhasiat. 

Disinilah dimana protein ESP Shaklee boleh menjadi pilihan. Bukan sahaja pantas, tetapi menarik untuk melengkapkan diri anda dengan protein, vitamin yang diperlukan oleh badan.


esp
credit


Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...



Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/


COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...