Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 12, 2013

Menopaus vs Wanita

Positif Hadapi Menopaus Di Kalangan Wanita

 

 Apakah risiko penyakit-penyakit yang akan dihadapi wanita lewat usia 40-an dan bagaimana pencegahannya?
Penuaan merupakan masalah kesihatan utama bagi wanita berumur 40-an. Ia sering dikaitkan dengan menopaus. Masalah menopaus, biasa melanda wanita peringkat umur 50-an. Jika mereka hidup sehingga 80 tahun, golongan ini ada 30 tahun untuk menempuh hidup ini. Selain gejala menopaus, wanita terbabit juga mengalami masalah lain. Antaranya osteoporosis (tulang rapuh), berat badan meningkat, kulit kering, berkedut dan gatal-gatal, rambut mudah gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan, sukar mengawal pundi kencing, misalnya selalu terkencing ketika batuk, masalah perubatan seperti diabetes mellitus (kencing manis), hipertensi (darah tinggi), hiperkolesterol dan risiko kanser termasuk kanser payu dara, kolorektal (usus), rahim dan juga kilang telur (ovari).

Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan. Simptom yang akan merubah wanita 40-an yang mengalami proses penuaan antaranya cepat letih, mengah, tidur tidak lena, asyik nak tidur dan mudah sangat nak tidur. Bagi menopaus, wanita akan sentiasa berasa hangat memerah (hot flushes), paling ketara dari segi psikiatri iaitu tekanan perasaan dan mudah berasa tersisih. Ini berlaku kerana hormon wanita turun dan menyebabkan mood tiada. Golongan ini turut berisiko tinggi mengalami osteoporosis. Ketika usia semakin meningkat, tulang-tulang sendi mula rasa sakit khususnya tulang belakang.

Tidak semua wanita akan menghadapinya, tetapi kemungkinan itu ada. Namun bagi wanita, ini bukan penamat kehidupan kerana masih ada rawatan untuk mengatasi masalah ini. Yang penting, masing-masing mengambil inisiatif menjalani ujian saringan seperti ujian darah bagi mengetahui paras glukosa dan juga kolesterol, ujian mamogram, pap smear, ujian imbasan ultrabunyi pada bahagian pelvis dan juga ujian densitometri tulang. Ujian saringan ini penting dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun. Misalnya, kanser tidak mengira umur dan pemeriksaan awal perlu dilakukan untuk pencegahan awal.

Suplemen

Dalam membuat persediaan mengawal penyakit, setiap wanita perlu mengawal cara hidup mereka dengan bijak. Selain menjaga kesihatan dengan pengambilan vitamin serta suplemen, golongan ini perlu mengambil diet yang elok. Misalnya, bagi wanita yang mengalami menopaus, metabolisma badan akan menjadi rendah. Justeru mereka disaran mengurangkan makan, pilih makanan berkualiti, protein tinggi, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, mereka perlu mengawal pengambilan glukosa dan karbohidrat.
Selaras gaya hidup sihat 

Setiap orang perlu melakukan senaman. Antara kelebihan senaman mengurangkan tekanan dan risiko obesiti. Ramai wanita tidak tahu masalah kitaran haid dipengaruhi oleh masalah obesiti. Oleh itu, pengawalan berat badan amat perlu. Selain itu, senaman dapat mengimbangkan dan menguatkan otot. Namun, senaman yang dilakukan perlu mengikut kemampuan peringkat umur. Bagi mereka yang tidak larat, tidak perlu berlari. Hanya banyakkan berjalan seperti waktu pagi sekurang-kurangnya hingga berpeluh.
Berfikiran positif

Dengan ilmu pengetahuan dan berfikiran positif, wanita dapat menghadapi fasa menopaus dengan keceriaan dan lebih berkualiti. Oleh itu saya sarankan untuk puan membaca buku yang berjudul Menopaus: Menghadapinya Tanpa Kepiluan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka pada 2010. Buku itu mengandungi maklumat yang diperlukan oleh wanita bagi menyiapkan diri masing-masing bagi menangani kehidupan semasa dan selepas menopaus. Ia memperincikan semua fakta yang perlu diketahui serta maklum balas daripada pengamal perubatan berkenaan isu yang dianggap peribadi ini. Di samping itu, terdapat keterangan tentang gejala yang dialami oleh wanita yang menghampiri fasa menopaus, serta bagaimana rawatan yang boleh diambil bagi melegakan golongan wanita yang memerlukan bantuan ini. Sesungguhnya menopaus bukan titik noktah untuk sebuah kehidupan. Raikannya dengan senyum kegembiraan. Hadirnya menopaus melambangkan kelangsungan hidup yang hakiki untuk setiap wanita.

Dipetik dari: http://www.utusan.com.my/
Set Cadangan untuk kesihatan wanita (Menopaus)
 




Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...



Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/


COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...