BATUK DAN SELESEMA 

Batuk  dan selesema ialah gejala yang dihasilkan oleh sistem 
pertahanan badan  apabila bahagian atas saluran pernafasan (hidung &
 tekak) dijangkiti  oleh virus penyebab selesema. Secara semulajadinya, 
tubuh badan manusia  akan menentang virus penyebab selesema. 
Kebiasaannya, seseorang  individu itu akan mengalami simptom atau gejala
 selesema untuk 5 ke 7  hari. Selesema tidak dapat disembuhkan dengan 
ubat-ubatan, namun gejala  selesema boleh dikurangkan dengan menggunakan
 rawatan perubatan dan  bukan perubatan. Justeru itu adalah penting bagi
 seseorang individu  untuk mengenali gejala-gejala tertentu serta 
memahami sediaan ubat yang  berkesan dalam memberi kelegaan ke atas 
simptom tertentu. Mintalah  bantuan atau nasihat daripada ahli farmasi 
anda berkaitan sediaan  farmaseutikal untuk selesema yang sesuai dengan 
gejala yang anda alami.
Simptom
·         Hidung tersumbat / lelehan cecair hidung
·         Gatal / sakit tekak
·         Batuk
·         Sakit-sakit badan / sakit kepala ringan
·         Demam biasa
·         Keletihan ringan
PENYEBAB BATUK & SELESEMA
‘Rhinovirus’ ialah jenis virus yang paling kerap menyebabkan  
jangkitan ini kerana ia amat senang berjangkit. Virus selesema memasuki 
 badan melalui mulut dan hidung. Ia merebak melalui titisan cecair di  
udara dan juga melalui sentuhan tangan, berkongsi alat yang digunakan  
oleh orang yang dijangkiti seperti tuala dan telefon. Sekiranya anda  
menyentuh mata, hidung atau mulut anda setelah terdedah kepada  
barang-barang yang telah dijangkiti, kemungkinan besar anda akan  
dijangkiti batuk & selesema.
PENJAGAAN KENDIRI
Anda  mungkin tidak dapat menyembuhkan batuk selesema, tetapi
 anda boleh  melakukan perkara di bawah untuk memastikan anda berasa 
selesa. Tips  berikut boleh membantu :
- Sentiasa bersihkan tangan anda. Kerap bersihkan tangan.
 - Berus/bersihkan barang anda. Sentiasa bersihkan dapur dan bilik air anda.
 - Guna kertas tisu. Sentiasa bersin dan batuk pada kertas tisu dan terus buang ke dalam tong sampah. Basuh tangan anda.
 - Jangan kongsi. Jangan kongsi minuman atau barangan peribadi dengan ahli keluarga.
 - Jauhi pengidap selesema. Elak perhubungan rapat dengan orang yang mengidap selesema.
 - Hindari dari mengambil ubat sama yang mungkin terkandung dalam pelbagai jenama ubat demam dan selesema. Sebagai contoh; sesetengah ubat selesema dan batuk mengandungi kombinasi ubat paracetamol atau chlorpheniramine.
 - Minum banyak air. Air, jus dan bubur jernih atau air limau suam merupakan pilihan yang baik. Ia membantu menggantikan kehilangan banyak air semasa penghasilan kahak. Merokok dan minuman berkafein boleh menyebabkan dehidrasi yang seterusnya akan menambah symptom batuk & selesema.
 - Dapatkan rehat mencukupi. Rehat di rumah jika anda demam, batuk teruk atau mengantuk akibat kesan sampingan ubat. Gunakan topeng mulut apabila anda selesema.
 - Laraskan suhu dan kelembapan bilik anda.Laraskan suhu bilik anda kepada sederhana panas. Jika udara bilik adalah kering, air penyembur lembapan dapat melembapkan udara dan membantu mengurangkan batuk dan hidung tersumbat.
 - Legakan tekak anda. Air garam sebagai ubat kumur mulut - A saltwater gargle — 1/4 to 1/2 sudu teh garam dilarutkan dalam 8-ounce (237 milliliters) air suam, boleh melegakan sakit tekak.
 
 
Bebaskan Masalah Selesema anda dengan Suppliment Shaklee
* CHEWABLE VITA C PLUS (untuk kanak2)
 * OMEGA 
 JOM TENGOK TESTIMONI NI....!!!!
 


 ==================================================================
Nak order vitamin shaklee dengan saya? 
COD Area Alor Setar, Kedah...
asma : 017-4746975 ( Nak SMS @ Whatsapp boleh jer...)
Jom usha kami di Facebook: https://www.facebook.com/Amaryllishoppe https://www.facebook.com/asma.ailee