Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 28, 2013

ANTIBIOTIK TERBAIK UNTUK DEMAM, SELESEMA & BATUK


BATUK DAN SELESEMA
Batuk dan selesema ialah gejala yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan apabila bahagian atas saluran pernafasan (hidung & tekak) dijangkiti oleh virus penyebab selesema. Secara semulajadinya, tubuh badan manusia akan menentang virus penyebab selesema. Kebiasaannya, seseorang individu itu akan mengalami simptom atau gejala selesema untuk 5 ke 7 hari. Selesema tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan, namun gejala selesema boleh dikurangkan dengan menggunakan rawatan perubatan dan bukan perubatan. Justeru itu adalah penting bagi seseorang individu untuk mengenali gejala-gejala tertentu serta memahami sediaan ubat yang berkesan dalam memberi kelegaan ke atas simptom tertentu. Mintalah bantuan atau nasihat daripada ahli farmasi anda berkaitan sediaan farmaseutikal untuk selesema yang sesuai dengan gejala yang anda alami.

Simptom
·         Hidung tersumbat / lelehan cecair hidung
·         Gatal / sakit tekak
·         Batuk
·         Sakit-sakit badan / sakit kepala ringan
·         Demam biasa
·         Keletihan ringan
PENYEBAB BATUK & SELESEMA
‘Rhinovirus’ ialah jenis virus yang paling kerap menyebabkan jangkitan ini kerana ia amat senang berjangkit. Virus selesema memasuki badan melalui mulut dan hidung. Ia merebak melalui titisan cecair di udara dan juga melalui sentuhan tangan, berkongsi alat yang digunakan oleh orang yang dijangkiti seperti tuala dan telefon. Sekiranya anda menyentuh mata, hidung atau mulut anda setelah terdedah kepada barang-barang yang telah dijangkiti, kemungkinan besar anda akan dijangkiti batuk & selesema.


PENJAGAAN KENDIRI
Anda mungkin tidak dapat menyembuhkan batuk selesema, tetapi anda boleh melakukan perkara di bawah untuk memastikan anda berasa selesa. Tips berikut boleh membantu :
  • Sentiasa bersihkan tangan anda. Kerap bersihkan tangan.
  • Berus/bersihkan barang anda. Sentiasa bersihkan dapur dan bilik air anda.
  • Guna kertas tisu. Sentiasa bersin dan batuk pada kertas tisu dan terus buang ke dalam tong sampah. Basuh tangan anda.
  • Jangan kongsi. Jangan kongsi minuman atau barangan peribadi dengan ahli keluarga.
  • Jauhi pengidap selesema. Elak perhubungan rapat dengan orang yang mengidap selesema.
  • Hindari dari mengambil ubat sama yang mungkin terkandung dalam pelbagai jenama ubat demam dan selesema. Sebagai contoh; sesetengah ubat selesema dan batuk mengandungi kombinasi ubat paracetamol atau chlorpheniramine.
  • Minum banyak air. Air, jus dan bubur jernih atau air limau suam merupakan pilihan yang baik. Ia membantu menggantikan kehilangan banyak air semasa penghasilan kahak. Merokok dan minuman berkafein boleh menyebabkan dehidrasi yang seterusnya akan menambah symptom batuk & selesema.
  • Dapatkan rehat mencukupi. Rehat di rumah jika anda demam, batuk teruk atau mengantuk akibat kesan sampingan ubat. Gunakan topeng mulut apabila anda selesema.
  • Laraskan suhu dan kelembapan bilik anda.Laraskan suhu bilik anda kepada sederhana panas. Jika udara bilik adalah kering, air penyembur lembapan dapat melembapkan udara dan membantu mengurangkan batuk dan hidung tersumbat.
  • Legakan tekak anda. Air garam sebagai ubat kumur mulut - A saltwater gargle — 1/4 to 1/2 sudu teh garam dilarutkan dalam 8-ounce (237 milliliters) air suam, boleh melegakan sakit tekak. 
Sumber : Know Your Medicine



  Bebaskan Masalah Selesema anda dengan Suppliment Shaklee
* CHEWABLE VITA C PLUS (untuk kanak2)
 * OMEGA



 JOM TENGOK TESTIMONI NI....!!!!
 


 



 



 



 ==================================================================



Nak order vitamin shaklee dengan saya? 

COD Area Alor Setar, Kedah...
asma : 017-4746975 ( Nak SMS @ Whatsapp boleh jer...)
Jom usha kami di Facebook: https://www.facebook.com/Amaryllishoppe  https://www.facebook.com/asma.ailee





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...