Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 7, 2014

PETUA TURUNKAN BACAAN JAUNDIS BAYI

Jaundis @ Kuning bayi


Perkara pertama yang paling dirunsingkan oleh para ibu selepas kelahiran bayi adalah masalah jaundis. Antara soalan pertama yang diajukan kepada ibu selepas melahirkan " Baby boy ke girl?" "Baby sihat, ada kuning ( jaundis ) tak?" Betul tak? Soalan femes tu dan salah satu topik yang akan jadi perbualan hangat....lepas tu masing-masing akan memberi pandangan, tips, petua untuk diamalkan oleh ibu-ibu. Asma sendiri Alhamdulillah belum pernah mengalami masalah jaundis pada bayi masa kelahiran dulu. Memang akan ada sedikit kuning tapi bacaan belum pernah sampai ratus. Paling tinggi masa anak kedua dalam 90-95 macam tu ja. Tapi kerisauan tetap ada sebab tak semestinya bacaan itu tidak meningkat kan? So, apa yang asma selalu amalkan adalah kerapkan menyusu. Baby ni kalau kita tak kejut menyusu memang banyak je tidur dia. Tambah lagi bagi baby yang sememangnya bacaan kuning dia tinggi. Mereka ini kan lebih kerap tidur dan kurang nak menyusu. So, harus diingatkan kepada ibu untuk kerap bangunkan anak tu untuk menyusu. Lagi banyak tidur selalunya akan meningkatkan lagi bacaan kuning tu. 
 Kuning @ Jaundis


Umumnya semua pun tahu dalam susu ibu itu sendiri mempunyai banyak zat antibodi untuk bayi. Lagi satu asma amalkan petua orang tua dulu-dulu dengan menjemurkan bayi pada sinar mentari pagi. Selalunya dalam jam 8.30-9.30 pagi tu sinaran matahari rasa suam-suam je kan. Buang semua baju baby tu tinggalkan lampin dia ja. Bagi kena sikit sinaran matahari tu In Shaa Allah memang banyak membantu. Yang terakhir asma amalkan beri minum sedikit air mutiara ( Farmasi ada jual ) @ sengkuang cina. bagi rasa-rasa ja jangan banyak sangat. Air masak jangan bagi yer pada bayi anda. Asma selalu lebih prefer beri air zam zam. Masa nak tahnik ( belah mulut ) pun asma akan sediakan air zam zam disamping buah kurma. Jadi inilah 3 petua yang asma selalu amalkan untuk menurunkan bacaan kuning pada anak-anak asma. 


 set berpantang

Di samping tu asma sendiri akan kurangkan pengambilan kunyit, lada dan halia. Makan ikan goreng pun tanpa kunyit. Kalau ibu yang amalkan jamu kalau boleh seawal 2minggu bersalin tu jangan mulakan lagi pengambilan jamu tu sebab nanti panas lebih lagi naik tinggi kuning bayi anda. Nak amalkan supplimen boleh je....macam biasalah kita promot shaklee sikit. In Shaa Allah SET BERPANTANG Shaklee ni boleh diambil sejurus lepas kelahiran tanpa perlu risau masalah kuning.

Okey itu adalah apa yang asma pernah amalkan untuk anak-anak asma sebelum ni. Disebabkan kuning tu bukanlah di tahap bacaan yang serius so, semua amalan yang asma dah buat tu Alhamdulillah memang sangat membantu In Shaa Allah. Bagi bayi yang mempunyai tahap bacaan kuning yang tinggi sampai ratus-ratus tu boleh juga amalkan petua-petua ni disamping dapatkan rawatan yang sewajarnya di hospital ataupun klinik. Jangan dibiarkan tau sebab memudaratkan kesihatan anak tu kelak. Jangan sampai terpaksa bertukar darah pulak. Kesian baby tu....nanti kena inject sana sini. Kita yang besar ni pun sakit bayangkanlah anak kita yang kulit halus mulus tu. Asma bab tengok anak kena inject ambil darah kat tumuit kaki pun dah nangis....inikan pulak nak tukar darah. Ya Allah...semoga anak yang ke depan ni pun dikurniakan kesihatan yang baik. In Shaa Allah....

Bawah ni pulak asma kongsikan petua-petua dari facebookers yang pernah beri komen di wall Pa&Ma tentang masalah Jaundis ni. Sharing is Caring....semoga bermanfaat untuk kita semua ibu-ibu kerana anak merupakan anugerah yang tidak ternilai hargainya.
  • Muhamizah Mukhtar: "susu ibu pemakanan kena jaga jgn mkn halia, lada hitam n ubat2 buat masa nieee..kena tahan dulu"

  • Noor Hidayah: "Sy kerapkan breast feeding..pastu ada bg air kosong.spaya bby kencing kejap . Alhamdulillah. Sekejapja ilang kuning tu."

  • Noor Amiera: "Mndikan dgn garam kasar....tp licin kulit bby kne hati2...alhmdulillah juandis ank sy tros trun n baik...."

  • Suernie Ernie: "Klu ank sy dlu,..mak bg madu sikit-asal ada skit bg kt mlut baby, ada jg gula merah d cairkn, stelah sejuk bg skit kt baby,,..mertua jg bg minum susu kambing asli trus trun byk,...alhamdulillah, ...susu ibu pun ok jg,..."

  • Sharmini Reka: "My both son pun ada jaundis....yg first dulu bg Minum susu kambing n mandikan dgn herba mandi dr kedai cina. Tp sekarang difahamkan tk blh bg susu kambing....."

  • Erin Hakim: "Saya cuma mandikan dgn air rendaman dr uncang herba cina selama 3 hari berturut.. dan caranya dgn mandikan bayi sbyk 3x sehari dgn air mandian herba cina tu. Sangat berkesan... bolehla try. Beli di kedai ubat cina je. Masuk hari keempat.. inshaAllah.. hilang terus jaundis tu.. ini pengalaman saya utk ketiga-tiga anak sendiri la ye..."

  • Yusof N Dyg Maizatul: "Perah anggur hitam...mandi air daun kucai blend..kerap bg susu badan n air masak..insyAllah turun.."

  • Sharifah Shahiza Al-Qushay: "Sy bg madu, air zam zam dan anggur hitam.kuning dlm 2minggu ke bwh."

  • Azza Bed: "bg perahan air anggur itam, 5 minit pastu bleh ilang jaundis"

  • SHa Shahiza: "Jgn mkn pati ikn haruan time bf ank jaundice...bacaan mkin cpt naik ..herba2..jamu ..bhn pngawet..elakkan.. ptua y sy dgr...mcm2..mandi air tauge...kuchai... bli ubt kt kdai cina... ad jgk ubt hemopathy.."


Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...


Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/




COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...