Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 2, 2014

PROMOSI BERGANDA SHAKLEE BULAN SEPTEMBER 2014

WOWWWWWW......sungguh asma tak tipu. Bulan ni Shaklee saja ja nak bagi promosi berganda ni untuk anda semua customer-customer Shaklee tersayang. Asma rasa tak pernah lagi dibuatnya, inilah kali pertama promosi 2 produk Shaklee serentak dalam satu bulan. Memang tak rugi beli time promosi ni. Nak pulak yang promosi ni memang menjadi rebutan ramai ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian. Shaklee Collagen Powder ( SCP ) & Mealshake tu.......memang kompom ramai yang borong sakan tau. Jangan tunggu lama-lama okey sebab takut produk laris macam ni cepat licinnnnnn.... Sementara stok mash ada tu jom kita pakat-pakat borong dulu.


WOOOOWWWWWWW......WOOOOWWWWWWWWW......!!!! HEBAT BETUL PROMO KALI NI

RUGI....OH RUGI....IF KITA TAK GRAB PELUANG HEBAT SHAKLEE BAGI BULAN NI.


 promosi collagen shaklee

BELI 6 PERCUMA 1
Boleh borong untuk simpan stok kegunaan sendiri jugak ni. SCP of course lah untuk keremajaan kulit. Seluruh kulit yer bukan muka je. Mana yang kedut tu boleh tegang kembali. Yang jatuh tu boleh naik balik. hehehe....Gerenti muda remaja. Kulit lebih putih bersih, halus, anjal, no more garis-garis halus, jeragat lagi segan nak naik, jerawat pun boleh merajuk. Pengambilan seawal 5 hari dah boleh tengok hasilnya tau.


promosi mealshake

BELI 3 PERCUMA 1
BELI 6 PERCUMA 2
Mealshake ni memang sudah berzaman menjadi kegemaran ibu-ibu untuk diberikan kepada anak-anak. Siapa yang belum cuba try mealshake ni memang tak tahu kebaikan dia. Asma sendiri dah cuba untuk anak-anak. Selera makan tu jangan cakaplah. Pagi-pagi lagi dah mintak nasi. Makan memang cukup 3 hari sekali. Kalau tidak memang susah nak habiskan sepinggan nasi sehari. Alhamdulillah memang tumbesaran anak-anak tak terbantut. Berat naik cantik je, lagi satu bila selera makan ni mereka dah tak memilih sangat nak makan. Risau kan kalau anak yang jenis picky eaters ni. Susah hati ibu ni takut nutrisi tak lengkap. Jangan susah hati lagi sebab kini kita sudah ada mealshake. Anak-anak asma suka sangat. Mudah je nak sedia cuma campurkan dengan minuman susu botol diorang tu. Shake je terus boleh minum. Kalau nak sedap tambah dengan minuman yogurt, coklat atau apa sahaja minuman kegemaran anak anda. Nak buat smoothies pun boleh. Memang lazat..... Asma sendiri pun amalkan mealshake ni tau untuk tambahkan berat badan. Hasilnya memang terbaiklah....berat asma naik 7 kg dan sekarang BMI dah stabil kalau tidak memang underweight lah asma ni. 

ALHAMDULILLAH MEMANG TAK RUGI CUBA 2 PRODUK NI.
TENGAH PROMOSI NI APALAGI JOM LA TRY BARANG DUA. hehehe...


Nak order untuk promosi ni boleh direct contact asma seperti tertera di bawah ni:-

 
Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)

JALAN-JALAN CUTI MERDEKA

Tahun ni kebetulan cuti Merdeka jatuh pada hari ahad so semua kakitangan kerajaan termasuklah asma dan encik suami cuti bersambung dari hari Jumaat sampai Ahad.  Kebetulan abang ipar asma pun kena join perarakan merdeka so kakak dan family datang ke Alor Setar sehari lebih awal. Petang Sabtu memang kebetulan free so kami pun pergilah melepakkan diri kat Tasik Jitra. 

Orang Kedah memang dah familiar dengan tempat ni. Yang duduk luar Kedah pun maybe pernah sampai kat Tasik ni. Selalu time cuti sekolah memang full parking sampai ke luar pintu masuk. Seronok kat sini sebab banyak sangat aktiviti yang kita boleh buat dengan family. Boleh berkayak, naik boat yang kayuh tu ( apa nama ek? ), ronda pusing satu tasik naik kereta golf, paintball, main layang-layang, naik kuda, main belon air ( yang belon besar tu angin yang tolong tiup ), banyak lagi lah. Ada juga yang duduk santai tepi tasik sambil berkelah kadang tu siap berBBQ lagi. Boleh tengok ada satu dataran kat situ budak-budak freestyler tunjuk bakat. Kadang ada geng baskin jugak. Yang ni free je tengok tak berbayar. hahaha.... 

Lagi satu aktiviti yang asma perasan kalau time cuti sekolah akan ada car boot sales. Macam-macam diorang jual dari pakaian, makanan, produk kesihatan ( Shaklee pun ado ) dll. Nanti kalau cuti-cuti Malaysia tu bolehlah datang Kedah dan jangan lupa jenguk Tasik Jitra ni. 
Aktiviti asma hari tu sebabkan sampai pun dah 6.30 petang so kami pun naik boat kayuh tu je lah. Satu boat sewa tak ingat berapa caj dia sebab encik hubby yang tolong bayarkan. Asma tmpang naik je. 
 
 
 
 









Lepas letih berkayuhan kat Tasik ni kami singgah untuk solat maghrib dulu dekat masjid berdekatan. Usai solat terus gerak jalan-jalan cari makan. Abang ipar nak sangat ke Restoran Canai Banjero katanya member dia yang suggest lepas tengok dalam Group FB Jalan2 Cari Makan Kedah. So, apalagi kami ni memang kaki makan setuju je la. Restoran ni terletak di Pokok Sena. Kebetulan encik hubby asma ni pernah lalu nak pernah ternampak senang lah nak carinya. Memang sedap roti canai dia Banjero betul. Dengan kuahnya, telur mata kerbau yang suku masak kat atas tu lepas tu tambah gulai daging piaw punya kat atas. Patutlah diorang panggil Roti Banjero. Rasa....memang sedap. Asma order nasi ayam untuk Amsyar pun memang sedap jugak. Memang terbaiklah restoran ni.
SORRY LUPA NAK CAPTURED PIC ROTI TU. hehehe...
 
 




PERARAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 57 TAHUN - BANDARAYA ALOR SETAR, KEDAH

 

Alhamdulillah negara kita telah selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 kelmarin. Semoga keamanan negara yang telah kita kecapi hari ini kekal selamanya in Shaa Allah. Menjadi amanah kita sebagai setiap warga penduduk negara Malaysia untuk menjaga negara kita yang bertuah ini dari dijajah semula. Apa erti kemerdekaan bagi anda semua? Bagi pendapat asma sendiri Merdeka itu bukanlah sahaja negara kita telah bebas dari penjajahan tapi minda kita juga haruslah bebas dari dijajah. Barulah kita menjadi anak bangsa berjiwa Merdeka. Ewah...terasa sangat patriotik asma tahun ni. Berkesempatan untuk tengok perarakan live depan mata memang rasa betul-betul teruja. Sudah hampir 29 tahun hidup dan tahun ini merupakan tahun pertama asma sertai penduduk Alor Setar ni untuk sama-sama sambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 ni.

Asma dan suami memang dah maklum pada anak-anak yang kami ni nak bawa mereka tengok perarakan. Kebetulan memang suami asma sendiri boleh dikatakan setiap tahun akan join sekali pebarisan bagi mewakili Jabatan kami. Lagi excited lah anak-anak asma tu nak pergi tengok. ( Mama diorang excited lebih lagi ) Kak asma sendiri datang dari Sungai Petani dan menginap di Holiday Villa sebabnya suami dia pun join perbarisan. So, memang cantekkkk sangatlah at least ada berteman dengan kakak boleh sama-sama perhatikan anak-anak. Biasalah budak-budak ni bukan tau duduk diam, lari sana sini. Bila tahu kakak dan abang ipar pun terlibat lagi bertambah excited asma nak join jugak tengok. 

Pagi tu memang awal gila bangun. Sebelum subuh lagi asma dah siap-siap sedia apa yang patut. Uruskan diri dan siapkan persiapan pakaian suami dan persalinan anak-anak kat hotel nanti. Lebih kurang jam 6.50 pagi kami pun bertolak. Jalan nak ke hotel memang dah banyak tutup. Kebetulan hotel kakak asma menginap tu tengah-tengah laluan perarakan so terpaksalah parking seberang jalan. Agak jauh jugak la berjalan tapi hati ada gembira memang tak terasa sangat lah.

Sepanjang jalan tu memang boleh tengok bendera Malaysia berkibar-kibar. Jalan yang ditutup pun dah dipenuhi dengan kontinjen-kontinjen perbarisan dari jabatan masing-masing. Kami yang terlewat sedikit. Sampai hotel je aku terus naik ke bilik kakak then suami terus sertai group Jabatan kami. 

Lepas selesai bersarapan dalam jam 8.30 pagi kami pun tercongok lah depan kaki lima hotel tu tunggu perarakan bermula. Rasanya dekat jam 9.00 pagi jugaklah baru perarakan bermula. Bayangkanlah berapa jam diorang semua berdiri tunggu sebelum acara bermula. Matahari memang dah terpacak atas kepala time tu. Mana yang berkot tu agak panaslah kan. Bagi yang bersampin bagai pun dah berpeluh-peluh mencurah ke dahi. Tapi ini barulah semangat anak merdeka. Kalau nak dibanding dengan pengorbanan Perwira-perwira kita terdahulu apa lah sangat kan?

Okey asma nak sharing bawah ni antara peristiwa-peritiwa yang sempat asma rakamkan untuk tatapn semua. Memang best.....In Shaa Allah tahun depan panjang umur memang asma nak join lagi tengok live perarakan. Best...best...best....





















NAK UPLOAD VIDEO PELBAGAI AKSI SIAP ADA DRIFT LAGI HARI TU TAPI LAMBAT LA PULAK LOADING NYER. LAIN KALI ASMA TRY LAGI UPLOAD OKEY. AMSYAR JERIT SEBUT KERETA GANGSTER....SEMUA PAKAT GELAK KAT DIA. MACAM-MACAM PERANGAI BUDAK2 NI TENGOK PERARAKAN. TAHUN DEPAN PANJANG UMUR KITA PERGI LAGI YER.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...