Tahun ni kebetulan cuti Merdeka jatuh pada hari ahad so semua kakitangan kerajaan termasuklah asma dan encik suami cuti bersambung dari hari Jumaat sampai Ahad. Kebetulan abang ipar asma pun kena join perarakan merdeka so kakak dan family datang ke Alor Setar sehari lebih awal. Petang Sabtu memang kebetulan free so kami pun pergilah melepakkan diri kat Tasik Jitra.
Orang Kedah memang dah familiar dengan tempat ni. Yang duduk luar Kedah pun maybe pernah sampai kat Tasik ni. Selalu time cuti sekolah memang full parking sampai ke luar pintu masuk. Seronok kat sini sebab banyak sangat aktiviti yang kita boleh buat dengan family. Boleh berkayak, naik boat yang kayuh tu ( apa nama ek? ), ronda pusing satu tasik naik kereta golf, paintball, main layang-layang, naik kuda, main belon air ( yang belon besar tu angin yang tolong tiup ), banyak lagi lah. Ada juga yang duduk santai tepi tasik sambil berkelah kadang tu siap berBBQ lagi. Boleh tengok ada satu dataran kat situ budak-budak freestyler tunjuk bakat. Kadang ada geng baskin jugak. Yang ni free je tengok tak berbayar. hahaha....
Lagi satu aktiviti yang asma perasan kalau time cuti sekolah akan ada car boot sales. Macam-macam diorang jual dari pakaian, makanan, produk kesihatan ( Shaklee pun ado ) dll. Nanti kalau cuti-cuti Malaysia tu bolehlah datang Kedah dan jangan lupa jenguk Tasik Jitra ni.
Aktiviti asma hari tu sebabkan sampai pun dah 6.30 petang so kami pun naik boat kayuh tu je lah. Satu boat sewa tak ingat berapa caj dia sebab encik hubby yang tolong bayarkan. Asma tmpang naik je.
Lepas letih berkayuhan kat Tasik ni kami singgah untuk solat maghrib dulu dekat masjid berdekatan. Usai solat terus gerak jalan-jalan cari makan. Abang ipar nak sangat ke Restoran Canai Banjero katanya member dia yang suggest lepas tengok dalam Group FB Jalan2 Cari Makan Kedah. So, apalagi kami ni memang kaki makan setuju je la. Restoran ni terletak di Pokok Sena. Kebetulan encik hubby asma ni pernah lalu nak pernah ternampak senang lah nak carinya. Memang sedap roti canai dia Banjero betul. Dengan kuahnya, telur mata kerbau yang suku masak kat atas tu lepas tu tambah gulai daging piaw punya kat atas. Patutlah diorang panggil Roti Banjero. Rasa....memang sedap. Asma order nasi ayam untuk Amsyar pun memang sedap jugak. Memang terbaiklah restoran ni.
SORRY LUPA NAK CAPTURED PIC ROTI TU. hehehe...
No comments:
Post a Comment