Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 2, 2014

PERARAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 57 TAHUN - BANDARAYA ALOR SETAR, KEDAH

 

Alhamdulillah negara kita telah selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 kelmarin. Semoga keamanan negara yang telah kita kecapi hari ini kekal selamanya in Shaa Allah. Menjadi amanah kita sebagai setiap warga penduduk negara Malaysia untuk menjaga negara kita yang bertuah ini dari dijajah semula. Apa erti kemerdekaan bagi anda semua? Bagi pendapat asma sendiri Merdeka itu bukanlah sahaja negara kita telah bebas dari penjajahan tapi minda kita juga haruslah bebas dari dijajah. Barulah kita menjadi anak bangsa berjiwa Merdeka. Ewah...terasa sangat patriotik asma tahun ni. Berkesempatan untuk tengok perarakan live depan mata memang rasa betul-betul teruja. Sudah hampir 29 tahun hidup dan tahun ini merupakan tahun pertama asma sertai penduduk Alor Setar ni untuk sama-sama sambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 ni.

Asma dan suami memang dah maklum pada anak-anak yang kami ni nak bawa mereka tengok perarakan. Kebetulan memang suami asma sendiri boleh dikatakan setiap tahun akan join sekali pebarisan bagi mewakili Jabatan kami. Lagi excited lah anak-anak asma tu nak pergi tengok. ( Mama diorang excited lebih lagi ) Kak asma sendiri datang dari Sungai Petani dan menginap di Holiday Villa sebabnya suami dia pun join perbarisan. So, memang cantekkkk sangatlah at least ada berteman dengan kakak boleh sama-sama perhatikan anak-anak. Biasalah budak-budak ni bukan tau duduk diam, lari sana sini. Bila tahu kakak dan abang ipar pun terlibat lagi bertambah excited asma nak join jugak tengok. 

Pagi tu memang awal gila bangun. Sebelum subuh lagi asma dah siap-siap sedia apa yang patut. Uruskan diri dan siapkan persiapan pakaian suami dan persalinan anak-anak kat hotel nanti. Lebih kurang jam 6.50 pagi kami pun bertolak. Jalan nak ke hotel memang dah banyak tutup. Kebetulan hotel kakak asma menginap tu tengah-tengah laluan perarakan so terpaksalah parking seberang jalan. Agak jauh jugak la berjalan tapi hati ada gembira memang tak terasa sangat lah.

Sepanjang jalan tu memang boleh tengok bendera Malaysia berkibar-kibar. Jalan yang ditutup pun dah dipenuhi dengan kontinjen-kontinjen perbarisan dari jabatan masing-masing. Kami yang terlewat sedikit. Sampai hotel je aku terus naik ke bilik kakak then suami terus sertai group Jabatan kami. 

Lepas selesai bersarapan dalam jam 8.30 pagi kami pun tercongok lah depan kaki lima hotel tu tunggu perarakan bermula. Rasanya dekat jam 9.00 pagi jugaklah baru perarakan bermula. Bayangkanlah berapa jam diorang semua berdiri tunggu sebelum acara bermula. Matahari memang dah terpacak atas kepala time tu. Mana yang berkot tu agak panaslah kan. Bagi yang bersampin bagai pun dah berpeluh-peluh mencurah ke dahi. Tapi ini barulah semangat anak merdeka. Kalau nak dibanding dengan pengorbanan Perwira-perwira kita terdahulu apa lah sangat kan?

Okey asma nak sharing bawah ni antara peristiwa-peritiwa yang sempat asma rakamkan untuk tatapn semua. Memang best.....In Shaa Allah tahun depan panjang umur memang asma nak join lagi tengok live perarakan. Best...best...best....





















NAK UPLOAD VIDEO PELBAGAI AKSI SIAP ADA DRIFT LAGI HARI TU TAPI LAMBAT LA PULAK LOADING NYER. LAIN KALI ASMA TRY LAGI UPLOAD OKEY. AMSYAR JERIT SEBUT KERETA GANGSTER....SEMUA PAKAT GELAK KAT DIA. MACAM-MACAM PERANGAI BUDAK2 NI TENGOK PERARAKAN. TAHUN DEPAN PANJANG UMUR KITA PERGI LAGI YER.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...