Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 25, 2014

DAH SEMACAM JA BAU KAMBING

KAMBING SEEKOR TERGOLEK....!!!!

Alkisah hari ni ada jamuan hari raya anjuran kelab kebajikan di opis asma. So, kena lah ikut tema berbaju raya. Tapi asma gasak ja pakai baju raya yang tahun lepas punya. hahaha... janji raya jugak kan? Dalam kepala dok teringin sangat nak makan ketupat, lemang dengan satey. Masuk ja dalam bilik jamuan tu bau sedap dah menusuk hidung ni. belek punya belek...yes....ada ketupat dengan rendang ( nama pun jamuan raya buat hegeh boleh kan? ) ada jugak satey. Lemang tak dak pun tak palah janji boleh bedal. Then terpandang di satu sudut hujung meja ( dah sudut hujung meja pulak ) semacam ada benda berbungkus dengan aluminium foil. Besar gedabak ya 'amat. Tapi buat dek je sebab malas nak amik tau apa yg dalam tu. Tup-tup depa punya tudiaaaaa....nalaaaaa punya kambing dok tergolek sekoq dalam talam. Perghhhhhh......dan-dan lapaq tak ingat perut ni tau. Siap dengan pencicah thousand island campur black pepper pastu ada pulak coslow. slurrrrpppp....satgi kalau mc cakap ja jemputlah menjamu selera memang tang tu asma nak serbu dulu. Ha kau...tengoklah kambing tu steady ja tidoq rilek ja dalam talam tu. Sedap sungguh tak tipu. Sempat jugak asma sembang dengan pengerusi kelab, rupanya kambing tu ambil order kat tokey Restoran Cairo yang asma pernah story sebelum ni. Nak tau klik kat link nama restoran tu. Memang terbaekkkkk bak hang. Ha....hat ni baru clear...baru la orang panggil jamuan raya ada kambing.


MAKAN DENGAN LAHAPNYA VERSI SOPAN

Pi beratuq mintak sepinggan daging kambing. Siap request lagi nak yang garing-garing sikit. Agak-agak depa yang tolong hiris daging tu bengang dak. hehe....tapi terima kasih sebab tolong hiriskan daging tu. Jasa kalian dikenang. Kalau bukan hampa sapa la yang nak rajin pi tolong hiris kambing tu. silap-silap pakat rekah gigit sorang sikit kat situ....hahaha....dan-dan tak lalu haih...potong truih. Okey cerita balik lepas beratuq dan dapat kambing sepinggan tadi. Asma pun letak la sos dia dengan coslow sekali. amik yang tu ja dulu pastu pi kat meja makan. Tipu-tipu...sebelum tu asma ambil triffle dlu habuan cuci mulut desert la orang panggil. lepas tu baru kambing tu.


 Ha clear x? Maaf la cerita kali banyak flash back pulak. ekekeke....Balik ke kambing semula, Ya Allah....memang sedap aih tak tipu. klu ikut hati tu memang nak makan laju-laju ja bagi cepat habis pastu boleh beratuq lagi pi amik. hahaha aci dak hampa rasa? Disebabkan kesedapannya yang sehingga menjilat jari tu memang sapa-sapa pun boleh jatuh cinta dengan kambing tu. Siyes ni cakap. Lepas ni sapa nak bolehlah contact tokey Restoren tu dan order. Klu buat kenduri kambing tu jangan lupa jemput asma. Sumpah janji asma makan sepinggan ja. 

KAMBING TAK BAU AKU YANG TERKAMBING

Bila makan kambing ni dan bersentuh-sentuhan dengan kambing ni biasalah kan naik semerbak satu dewan plus kami semua dalam dewan tu pun terpalit bau kambing yang tak berapa nak enak tu. Ni lah keistimewan kambing ni. Makan sedap tapi bau tu ka.....hamisssssshhhh hamisha ke hena punya bau. Dahla lepas jamuan terus balik opis sambung buat keja ( tipu lagi aku sambung mai buat entry ni ) Urghhhh...melekit bau hamis plus nagntuk jangan dok crita la. Satgi balik mau cuci pakai sabun popinjay lah baru hilang.

Antara mereka yang terpalit bau kambing. Macam hensem ja yang baju peach ni...ekekeke...

RIWAYAT HIDUP KAMBING BERAKHIR DI SINI

Sekianlah cerita asma untuk entry kali ni. walaupun tak sempat nak kenal dengan kambing ni. asma buat jugaklah kisah dia selepas digolek dan dipanggang ni. hat bawah ni gambar dia selepas dikorbankan oleh perut-perut ahli kelab kebajikan kami....kekekekeke......tinggal tulang ja balik buat sup. Memang terbaeeeekkkkkkk......!!!!!!! kambing oh kambing....!!!!!!


BALIK SATGI KOMPOM TELAN SUPPLIMEN BANYAK2
ALFALFA UNTUK HILANGKAN BAU KAMBING
OMEGA UNTUK NYAHKAN LEMAKS &  KOLESTEROL JAHAT
SR VITA C UNTUK HALUSKAN KULIT SEBAB MAKAN KUAH KACANG

Lega sebab aku tokey boleh makan semua supplimen yang ada. hahahaha....
Sapa nak order bagitau asma uruskan.....bukan untuk hilangkan bau kambing sahaja macam-macam boleh. Story ja masalah anda asma akan suggestkan mana yang sesuai. boleh macam tu? Nak contact asma seperti yang tertera kat bawah ni :-


Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...