Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 15, 2014

NASI MENDY TERBAIK ALOR SETAR

Salam, masih ingat yang asma ada janji hari tu nak ceritakan tempat makan arab yang paling best dekat area Alor Setar ni? Sebelum tu asma nak maklum ini adalah berdasarkan citarasa asma dan family semata-mata. Kang ada yang komen bagai-bagai kan. Selera masing-masing tak sama tapi bagi asma memang inilah yang tersedap. Bulan ni ja dah 2 kali pi berbuka kat situ. Bagi yang familiar dengan reatoran akan tahu di mana lokasi dia. Sebab bagi asma lokasi restoran tu agak tersembunyi sikit dari pandangan orang yang lalu-lalang. Kedudukan bangunan kedai tu memang dah tepi jalan besar cuma ianya menghadap ke arah tepi so cuma akan nampak corner lot kedai ja. terlupa lak nak snap kedudukan restoran ni. Kalau cerita ni memang susah nak nampak. huhu...



Opsss...tahu tak apa nama restoran tu? Ha....RESTORAN CAIRO ni terletak di Jalan Pegawai, Alor Setar bertentangan dengan Bank Islam Bhd. Kalau kita ada di bank tu memang akan nampak bahagian belakang Restoran Cairo ni. Kalau nak tahu salah seorang pemilik restoran ni adalah seorang Ustaz yang mengajar di Maktab Mahmud Alor Setar namanya Ustaz Adlan Yaakop. Mesti ramai yang kenal kan? So, bagi ex-student MMAS tu nanti boleh lah berkunjung ke restoran tu untuk berbuka puasa. Kebetulan jugak semalam masa asma pergi sana untuk berbuka memang ramai studen MMAS yang turut sama beriftar kat situ. Alamatnya meja kami sampai ke luar la. Tapi best sikit sambil menghirup udara segar kat luar tu. 


Untuk makanan dia memang asma paling suka nasi mendy dia. Baik ayam ataupun kambing. Bayangkanlah asma ni bukanlah penggemar kambing tapi bila makan kat situ dengan sup-sup kambing tu boleh licin sekali hadap. hurm memang ada bau kambing sikit yela kalau sampai tiada aroma kambing tu bukanlah kambing namanya. Tak dak feel la makan kambing tu. Tapi walaupun bau kambing tidaklah sehamis kambing. Ha...faham tak??? Maksudnya memang sedaplah. Memang kena pi try dulu baru tahu. Sup dia kambing dia marvelousssss....kecur air liur teringat ni. Jangan sampai batal posa asma lak nanti. hehehe....sungguh bagi yang dah pernah cuba tu mesti tau. Nasi dia pulak memang lembut dengan butiran nasi dari beras yang panjanggggg.....huhu.... Masak memang sekata rasa semua setiap butir nasi tu dengan rempah dia. Ayam tu pulak kalau first time tengok belum makan pun memang dah terliur....perghhhhh....

Nak tambah menarik lagi asma kongsi kan kat sini gambar yang semapt asma snap semalam. Jangan sampai batal posa hampa semua na....hihi...


Beza tak portion ayam dan nasi dengan restoran yang asma share sebelum ni??? Besar kan drumstick tu...huhuhu memang puas makan. Ambil 2 plates share dengan anak-anak. Alhamdulillah kenyang berbuka semalam.
Bagi yang teringin nak cuba sila la ke RESTORAN CAIRO, Jalan Pegawai, Alor Setar......
chaooooo..........


SELAMAT MENCUBA....!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...