Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 14, 2014

Derhaka RVCCC Yang Boleh Diterima

Derhaka pun still dalam talam emas tu



Wah.....derhaka tu tajuk. Sapa yang derhaka ni bagitau mai? hehe...propa je tu. Istilah derhaka terhadap resepi bila memasak ni memang sudah menjadi lumrah semua. Ye la bila satu bahan tak cukup ke atau kita ubah stlye cara masak ikut hati kita kira derhaka lah tu. Derhaka pada resepi tu tau bukan pada siapa-siapa. So, tidaklah menjadi isu dan masalah di sini. hehe...Saja asma letak tajuk enty macam tu. Bagi yang familiar dengan isu derhaka resepi ni pasti dah tau. 


Okey ingat tak resepi cookies Red Velvet Choc Cip Cookies (RVCCC) yang asma dah sharing semalam tu? Alkisahnya semalam asma dah derhaka lah dengan resepi tu tapi sumpah....sangat sedap rasanya walaupun tak cukup satu bahan iaitu choc cip putih je. Rupa tak berapa meriah tapi tidaklah mencacatkan rasanya yang memang marvelous tu. Terasa meletop-letop dalm mulut bila makan bak kata Chef Jo dalam rancangan Master Chef tu tau. 


Kalau nak dibandingkan dengan yang asma pernah beli tahun lepas memang asma paling suka yang asma buat sendiri ni. Tak tipu...sebab kalau korang buat ikut resepi ni pun memang akan dapat kesedapan yang sama macam asma ni. So, cepat-cepatlah pergi beli barang dan buat cookies ni. Memang jatuh cinta sambil baking tu sambil ngap. Lastly tinggal sebekas je itupun asma dah buat 2 adunan tu tau. Nampaknya memang kenan tambah lagi 2 adunan baru cukup. Kalau tidak memang untuk makan sendiri ja anak-beranak kami kat rumah. Orang mai beraya kena sorok. hehehe aci tak??? Kalau nak rasa kemeletopan cookies ni dalam mulut anda sila lah buat yer. 

RESEPI RVCCC AWESOME Klik2 untuk resepi kat link ni tau....!!!!

Sedikit pesanan penaja...asma derhaka lagi masa membaking. Suhu asma letak 160c dan bakar 25 minit baru dapat biskut yang rangup kruuupppp krrruuppp....

SELAMAT MENCUBA SEMUA...!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...