Salam semua, hari ni asma nak kongsikan lagi cerita pasai Nutriferon Shaklee ni. Memang menjadi kesukaan anak-anak. Sampai berebut-rebut kalau nak makan tu. Tapi 1 sachet tu boleh kongsi bersama. Sebab tu asma tak rasa yang Nutriferon ni mahal. Berbaloi dan tahan lama silap-silap lagi murah dari kita bayar caj ambil ubat di klinik pakar tu. ( Hospital tolak lah sebab subsidi, tapi sampai bila nak amalkan ubat yang berasaskan dadah semata-mata? )
Pengalaman asma sendiri dalam group-group shaklee yang sememangnya ada dikalangan kami yang merupakan Pegawai Perubatan tau. Ha, mereka yang doktor ni pun tak menggalakkan ubat yang dadah ni sebabnya ianya hanya bersifat sementara iaitu menahan sakit semata-mata bukanlah merawat sepenuhnya. Macam orang yang ambil dadah tu cuba tengok, asyik ja memang khayal tak ingat dah. Kalau tumbuk muka pun memang tak rasa apa pun. Ibaratnya lah....sebab tu asma kalau tak berkepentingan memang kalau boleh nak elakkan terus ubat-ubatan tu. Nak sepenuhnya amalkan pemakanan sunnah dan supplimen Shaklee ni. Alhamdulillah setakat hari ni memang nampak perubahan tu. Bila kita ikhtiar dan berdoa yakin dengan Allah insya Allah akan sembuh penyakit tu.
Macam asma sendiri sejak join shaklee ni memang banyak produk dia yang asma amalkan untuk diri sendiri, suami ( culas jugak ni biasalah ) serta anak-anak. Antibiotik semulajadi yang shaklee cipta ni membuatkan asma terus jatuh cinta bila amalkan pada anak-anak. Kalau selesema dan batuk cepat-cepat asma bagi sekerap yang mungkin. Contoh kalau time sihat tu asma cuma amalkan beri nutriferon ni seminggu sekali ja. Tapi bila diserang selesema tu asma akan bagi setiap hari setengah sachet seorang. Sebab anak yang bongsu tu baru berusia 3 tahun asma memang tak mau bagi banyak-banyak sangat. Niat sembuh penyakit kerana Allah.
Tak susah nak makan nutriferon ni. Cuma koyakkan sachet tu dan tuang terus dalam mulut. Anak-anak asma lebih prefer macam tu sebab rasanya manis-manis buah. Itu yang membuatkan mereka rasa tak cukup tu. Habis 1 sachet tu mintak lagi, siap buka peti sejuk ambil sendiri. Kalau asma terlupa tu memang diorang sendiri yang ingatkan dan ambil untuk makan. Minggu lepas Aisy dan Amsyar diserang selesema dan batuk. Bulan puasa ni air sejuk je la menjadi hidangan pilihan. So, tak boleh nak lari minum sembunyi-sembunyi dari anak-anak. Time berbuka tu sama-sama tunggu nak minum berbuka tu. Hurm, bila dah minum air sejuk tu faham-faham la kan. Malam sikit je memang batuk tak henti-henti. Asma pun apa lagi terus ambil Nutriferon tu dan bagi makan.
Alhamdulillah walaupun supplimen ni kadang lambat nak nampak hasil kita jangan putus asa. Teruskan bagi dan amalkan, In Syaa Allah...memang 3, 4 hari jugak baru hilang batuk dan selesema tu. Berdasarkan pengalaman asma ambil ubat klinik pakar sebelum ni pun sama ja. Ambil masa banyak hari jugak untuk sembuh walaupun dengan antibiotik tu. So, lebih baik kita berikan yang semulajadi dan yang terbaik untuk anak-anak kan??? Apalah sangat nak berkira berhabis duit untuk makanan tambahan anak-anak ni kalau kita boleh beli tudung semahal tudung beratur tu??? Fikir-fikirkanlah...
InSya Allah selagi asma termampu memang nak berikan supplimen dan makanan sunnah ja untuk anak-anak amalkan. Kalau terdaya nak elak ubat klinik tu asma akan cuba elakkan.
Shaklee memang terbukti pilihan yang berkesan. Anda bila lagi???
Klik untuk order sekarang...!!!!!
Nak join ahli?
Banyak lagi suppliment....!!!!
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee
Banyak lagi suppliment....!!!!
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee
COD AREA ALOR SETAR
No comments:
Post a Comment