CARPAL TUNNEL SYNDROME @ SINDROM TEROWONG KARPUS
Sakit
dan kebas pada bahagian tangan dan jari semasa hamil kemungkinan besar
disebabkan oleh sindrom terowong karpus (carpal tunnel syndrome). Ia
merupakan satu keadaan yang dikaitkan dengan kebengkakan dan peningkatan
berat semasa hamil, di mana saraf utama di pergelangan tangan menjadi
tertekan.
Syukurlah tidak semua wanita hamil mengalaminya; anggarannya berbeza di antara 20 hingga 60 peratus. Bagi kebanyakan wanita yang mengalaminya, rasa sakit dan kebas itu sedikit sahaja dan bersifat sementara. Ia hilang tidak lama selepas bayi mereka dilahirkan. Namun bagi sesetengah wanita, keadaan ini boleh jadi teruk dan berterusan selama beberapa bulan.

Tanda-tanda Sindrom Terowong Karpus
Simptom-simptom
sindrom terowong karpus biasanya lebih teruk pada waktu malam tetapi ia
juga boleh menjejaskan aktiviti pada siang hari. Simptom-simptom ini
termasuk:
- sakit, semut-semut, atau rasa mencucuk atau panas biasanya berpusat di ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan separuh jari manis yang terdekat dengan ibu jari;
- sakit pada bahagian tangan, dan kadang-kala pada bahagian bawah lengan;
- genggaman yang lemah, terutamanya pada bahagian ibu jari;
- jari-jari yang terjejas atau tapak tangan menjadi kebas apabila keadaan ini menjadi lebih teruk.
Simptom-simptom
sindrom terowong karpus boleh berlaku pada bila-bila masa tetapi
biasanya ia berlaku dalam trimester kedua atau ketiga, iaitu apabila
tangan anda telah mula membengkak.
Sindrom
terowong karpus berlaku dalam kehamilan apabila terowong karpus di
pergelangan tangan (tiub laluan saraf ke bahagian tangan dan jari)
membengkak dan menekan saraf di dalamnya.
Apabila kehamilan semakin meningkat, wanita sering mengalami bengkak pada bahagian tangan dan pergelangan tangan, begitu juga di pergelangan kaki dan tapak kaki. Oleh sebab inilah sindrom terowong karpus lebih kerap berlaku dalam trimester kedua dan ketiga, iaitu apabila anda lebih berkemungkinan mengalami bengkak-bengkak.
Tekanan pada saraf oleh terowong karpus yang membengkak itulah yang menyebabkan masalah pada saraf utama yang menuju ke tangan anda dan seterusnya saraf-saraf kecil yang menuju ke ibu jari dan jari-jari yang lain.

- tukar posisi tidur tiap kali rasa sakit atau kebas;
- elakkan tidur beralaskan tangan anda;
- jika anda rasa sakit ketika tidur, cuba kibas-kibaskan tangan anda sehingga kesakitan atau rasa kebas itu berkurangan;
- meregangkan pergelangan tangan dan jari dengan kerap sepanjang hari mungkin membantu, namun dalam sesetengah kes ia boleh menyebabkan masalah ini semakin teruk;
- jika boleh, elakkan tugas-tugas yang memerlukan pergerakan tangan berulang-ulang kerana ini boleh menyebabkan simptom-simptom anda semakin teruk;
- duduk dengan tangan ditinggikan mungkin membantu, contohnya dengan meletakkan tangan di tempat sandar apabila anda duduk menonton tv di sofa.
Bagaimana jika ianya berterusan selepas kelahiran?
Simptom-simptom
sindrom terowong karpus, begitu juga dengan bengkak, biasanya akan
hilang selepas anda bersalin. Walau bagaimanapun, jika kesakitan itu
berterusan selepas bayi dilahirkan, anda mungkin memerlukan pembedahan
kecil untuk menghilangkan tekanan pada saraf median, iaitu saraf yang
mengunjur dari lengan atas hingga ke tapak tangan anda.
Semasa pembedahan, satu hirisan kecil akan dibuat pada tapak tangan supaya doktor boleh memotong ligamen karpus transvers, iaitu ligamen yang menekan saraf median apabila terowong karpus membengkak dan menyebabkan saraf ini tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
Sebaik sahaja potongan pada ligamen dilakukan, tekanan akan hilang dan membolehkan saraf median berfungsi semula. Sembilan daripada 10 pesakit yang tidak lagi rasa sakit selepas menjalani prosedur ini.

Rujuklah
kepada doktor anda jika sakit dan kebas itu mengganggu tidur atau rutin
seharian anda. Jangan ambil sebarang ubat penahan sakit tanpa merujuk
kepada doktor terlebih dahulu.
Doktor anda mungkin mencadangkan supaya anda memakai anduh pergelangan tangan pada waktu malam dan jika boleh pada waktu siang juga, sekiranya simptom-simptom anda mengganggu aktiviti anda. Anduh ini akan mengekalkan pergelangan tangan anda pada posisi yang memaksimakan ruang dalam terowong karpus dan telah terbukti berguna kepada ramai pesakit sindrom terowong karpus.
Anda mungkin pernah mendengar bahawa pengambilan vitamin B6 setiap hari dapat membantu, tetapi ini hanya benar bagi mereka yang mengalami masalah kekurangan vitamin B6. Jika anda mengamalkan diet yang sihat dan seimbang, anda pasti mendapat kesemua vitamin yang anda perlukan, tidak kiralah samada anda merancang untuk mengambil vitamin antenatal tambahan ataupun tidak.