Seronoknya berpuasa...yang tak seronoknya bila tengok orang upload gambaq makanan lazat-lazat. uwaaa.....tapi sendiri jugak gedik nak tengok kan? urm mana tahan sebab sedap-sedap belaka. Bagi orang Kedah anda boleh join satu group JJCM Kedah dalam FB. Memang terbaiklah...ramai yang kongsi tempat-tempat menarik untuk p mengenyangkan dan membela perut anda-anda semua. Asma kes tengok group ni la terkecur air liur ni. Jangai batai posa dahla. Tahan2....
Ni asma sharekan link FB page tu https://www.facebook.com/groups/jalan2carimakandikedah/?fref=ts
Yang dok luar Kedah pun boleh intai-intai tempat makan menarik kat sini. Mana lah tau satu hari nanti nak mai jelajah Kedah. Ada komen-komen yang letak rating so, bolehla kita tau memang betul-betul sedap ataupun hanya nk promot kedai makan seangkatan dan sewaktu dengannya sahaja tau.
Okey...mulalah terpikir nak makan apa untuk berbuka satgi. Macam-macam nak klu ikut nafsu ni. Tadi dah tapau lauk kat makcik kedai depan ni. Nak tau maila jalan-jalan kat jalan pegawai ni. Depan pejabat Lembaga Maktab Mahmud. Kalau mana yang tau Sekolah Maktab Mahmud Alor Setar tu...ha...seberang jalan ja berdepan sekolah tu. Gerai tepi jalan ja tapi macam-macam ada. Bihun sup, nasi ayam, bakso, nasi campur, laksa, laksam, petang sikit ada masakan thai. Semua sedap-sedap.... Ha sempatla tadi tapau kerabu kaki ayam tu....slurp terbaiklah. Pastu sambal petai dengan udang...wah...wah...wah.... sempat jugak rembat pencui mulut serawa labu. Klu angin malam ni jangan tanya la pasai pa. Takpa satgi sebelum tiduq kita telan Alfalfa siap-siap. Nyahkan angin-angin yang tu. Sonangbaitu. Ya la ada cara mudah untuk nikmati juadah kegemaran kita kan.
Usaha dan ikhtiar sikit je klu betul-betul nak jaga badan la. Teringin nak makan apa makan ja janji halal pastu klu takut sakit amik supplimen siap2. Bismillah jangan lupa. Hat tu yang mai banyak penyakit tu. Dok salahkan makan itu ini. Tapi bila ingat balik Bismillah pun dak masa nak suap makan tu. hahahaha....so, kita recheck dan audit balik diri. Okey....sambung kerja-kerja yang dok ada ni dlu.
papppaaaiiiii..... (posa punya pasai hari ni en3 aku pasai makan ja)
p/s: kalau anda semua ada tempat makan yang menarik seluruh negeri kat Malaysia ni update la cni k. komen je ramai-ramai kat bawah boleh manfaat pada pembaca yang lain jugak.
**********************************************************************************
Nak order vitamin shaklee dengan saya?
COD Area Alor Setar, Kedah...
asma : 017-4746975 ( Nak SMS @ Whatsapp boleh jer...)
Jom usha kami di Facebook: https://www.facebook.com/Amaryllishoppe