Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 30, 2013

KANSER USUS...BAHAYA TAK?


Pesakit kanser usus pada mulanya berasa dirinya sihat, malah gejala kerap sakit perut, tetapi tidak boleh buang air besar juga dianggap satu perkara normal.
Oleh kerana ia dianggap normal, maka akan wujudlah orang yang menjadi doktor kepada diri sendiri dengan mengagak sakit perut itu disebabkan salah makan, alahan, keracunan makanan, gastrik dan banyak lagi.
Pernah atau tidak anda terfikir bahawa sakit perut yang dianggap biasa itu mungkin akan disebabkan penyakit lain yang lebih besar dan serius sehingga boleh mengancam nyawa iaitu kanser usus?


Punca sebenar kanser usus masih tidak diketahui dengan tepat, namun ia amat berkaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang.

Pada wanita, kanser usus kini berada pada tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Bagi kaum Adam pula, inilah kanser paling kerap berlaku dan lebih membimbangkan, insiden kanser usus pada lelaki dan wanita semakin meningkat di kalangan individu berumur 40 hingga 50 tahun ke atas.

Ia terbahagi kepada empat tahap. Tahap pertama, ketumbuhan yang bermula di bahagian dalam kolon atau rektum. Tahap kedua, ia merebak menembusi dinding usus dan rektum manakala tahap ketiga, kanser akan merebak menghampiri nodus limfa dan tahap keempat, kanser terus merebak ke bahagian lain tubuh seperti hati dan paru-paru.


Tanda kanser usus
1) Kerap buang air, tetapi tetap rasa tidak puas.

2) Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang seli.

3) Najis bercampur dengan darah atau berwarna kehitaman.

4) Perut rasa tidak selesa, memulas dan terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).

5) Muntah, hilang selera makan, berat badan turun tanpa sebab dan kerap penat.

6) Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.


Faktor risiko

1) Umur. Golongan berumur 50 tahun ke atas lebih berisiko dan lebih 90 peratus kes kanser usus di negara kita membabitkan warga emas.

2) Kehadiran polip dalam usus. Kebanyakan kanser usus bermula dengan polip. Ketumbuhan kecil yang bersifat bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar. Sesetengah polip ini boleh berubah kepada kanser. Pengesanan awal membolehkan polip ini dibuang dan mencegah pertumbuhan sel kanser.

3) Sejarah keluarga. Individu yang mempunyai ahli keluarga menghidap kanser usus lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding orang lain.

4) Sejarah diri yang pernah menghidap kanser.

5) Pemakanan. Pemakanan yang kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat adalah faktor utama yang meningkatkan risiko diserang kanser usus.

6) Merokok dan obesiti.

7) Alkohol.

8) Kurang bersenam.


Cara saringan atau diagnos

1) Barium enema - pemeriksaan saluran pencernaan bawah.
2) X-ray kemudian dilakukan selepas barium enema.
3) Tidak boleh melakukan biopsi.
4) CT kolonografi.


Rawatan

1) Pembedahan - barah di usus dan kelenjar limfa di sekelilingnya akan dibuang.
Usus yang tertinggal akan dicantum semula bagi membolehkan pesakit membuang najis secara normal selepas pembedahan. Jika usus tidak boleh dicantum secara keseluruhan, sebahagian daripadanya mungkin dicantum dengan dinding abdomen pesakit yang membentuk laluan najis.

2) Kolonoskopi - memasukkan alat berkamera melalui dubur untuk melihat secara langsung keadaan atau penyakit yang terdapat pada permukaan dalam saluran usus besar. Polip yang bertukar kepada tumor/kanser dan dikesan pada peringkat awal boleh dibuang dengan cara menyedutnya menerusi teknik ini.

3) Kolostomi - pembedahan pembukaan melalui abdomen untuk menyalurkan najis keluar melalui beg yang dipakai pesakit. Biasanya ia berbentuk sementara atau kekal bagi sesetengah kes.

4) Kimoterapi

5) Radioterapi


Peringkat perkembangan kanser usus dan peratusan peluang bertahan hidup lima tahun

A) Ketumbuhan cuma di dinding usus - 80 hingga 100 peratus.
B) Ketumbuhan menembusi dinding usus - 66 peratus.
C) Merebak sehingga bahagian limfa - 33 peratus.
D) Merebak ke bahagian lain - kurang lima peratus.



Nak order vitamin shaklee dengan saya?

asma : 017-4746975 ( Nak SMS @ Whatsapp boleh jer...)

Jom usha kami di Facebook:
https://www.facebook.com/Amaryllishoppe 
https://www.facebook.com/asma.ailee

1 comment:

  1. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan...akar kayu warisan...merawat dan membaik pulih...jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi...

    sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin

    NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...