Apa
Itu Stress?
Dr.
Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah
mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri
seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B.
Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini
boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam
hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada
tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai
“eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai
“distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita
untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih
memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya
banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka
tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham
Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang
pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan
sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen
C. Phillips, The Ten Laws Of Success)
Apakah
Yang Berlaku Ketika Stress?
Ketika
stress, badan
kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline’
kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang
lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai
persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah
denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam
lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di
dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan);
pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang
diperlukan) dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara
tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika
stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak
untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh
menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.
Apakah
Tanda-Tanda / Gejala Umum Stress ?
Manifestasinya
adalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat bahagian :
Fizikal :
Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan
bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan,
sejuk tangan dan berpeluh.
Mental :
Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir,
celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.
Emosi :
Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif,
mudah hilang sabar dan panas baran.
Perangai :
Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan
yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun,
mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.
Masalah
Kesihatan Dan Penyakit-penyakit Yang Berpunca Dari Stress
Sakit
jantung dan angin ahmar (stroke). Stress akan menambahkan asid lemak
(fatty acids) di dalam
darah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan
kolesterol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akan
meninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua
ini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung
dan angin ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996; Stress and Heart
Disease)
Insomnia
atau susah tidur. Stress boleh
menyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh menyebabkan stress, satu
pusingan yang amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang diserangi
masalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. (Jeff Davidson, 1977;
The Complete Idiot’s Guide To Managing Stress)
Kencing
manis. Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula di
dalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkan
keadaan pesakit yang telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins; Northern County
Psychiatric Associates; 1998)
Gastrik
dan ulser. Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser
juga mudah berlaku keatas seorang yang mengidap stress disebabkan oleh
peningkatan pengeluaran asid ketika diserangi stress, terutamanya, jika ia
menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan. (Ballieux, R.E., 1984;
Breakdown in human adaptation to stress)
Infeksi
atau jangkitan kuman. Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran
bahan-bahan ‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan
‘norepinephrine’ ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan
sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk
menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System by
Hannah Koenker, 1994) Kajian juga telah menunjukkan bahawa keadaan stress akan
meningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74
ke-90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar 27 ke-47%. Stress juga akan
memudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula. (Brosschot, J.F.,
Benschop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Ballieux,
R.E., 1994; Influence of life stress on immunological reactivity to mild psychological
stress: Psychosomatic Medicine)
Asthma.
Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah diserangi oleh
penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu,
yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnya
menyebabkan lelah. (Elliott G.R., Eisdorfer C., 1982; Stress and Human Health)
Di
samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada
beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid
athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative
colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing;
Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)
Tips Mengurangkan Tekanan
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
- Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika
membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang
susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar
misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum
mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
- Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah
bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai
bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan
waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu,
jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
Sebagai makhluk paling mulia di sisi
Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari.
Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat
taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang
terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan
solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada
Allah.
- Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan
menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya
kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu
mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum
waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah,
Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.
Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang
bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita
perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada
Allah yang Esa.
- Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan
terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu
adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai
hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan
janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita
juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
- Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan
yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu
bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar
yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan
menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga
pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
- Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan
tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja.
Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet
dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan
kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah
jantung, darah tinggi, kencing manis.
- Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan
individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan
menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap
cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri
merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka
mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan
permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang
Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu
cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
- Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang
dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita
tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang
disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh
melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah
yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan
diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu
mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini,
kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih
dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap
lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan
di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh
dengan senyuman.
Bagaimana B Complex membantu mengatasi masalah stress ni???
Mari lihat
ahli keluarga Vitamin B Complex- Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3
(niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin
B12... Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda...
- Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi
otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan
stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
- Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
- Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan
pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang
baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3
yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar
utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
- Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
- Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal
serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan
menyebabkan depressi..
- Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
- Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram