Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 3, 2013

PETUA MENINGKATKAN KESUBURAN

 KESUBURAN


Hamil tidak semudah yang disangka. Keputusan negatif yang diterima setiap kali buat ujian tidak melambangkan yang anda adalah tidak subur. Nak tahu beberapa tips dan panduan untuk meningkatkan peluang kehamilan...? Jom kita luangkan sedikit masa untuk membaca...buangkan ego dalam diri demi masa depan bersama. Sesuai di baca bersama pasangan anda. hihi...

1. HENTIKAN PENGGUNAAN KAEDAH PERANCANG KELUARGA
Apabila anda bersedia untuk hamil, hentikan penggunaan apa jua kaedah perancang keluarga yang sedang digunakan. Tidak kira sama ada pil, suntikan, implan, IUCD atau apa sahaja. Perlu diketahui, ada wanita yang berypaya untuk hamil sebaik sahaja berhenti menggunakan perancang keluarga. Namun, dalam keadaan tertentu, ada tubuh sesetengah wanita mengambil masa yang lama untuk memastikan hormonnya kembali normal.

2. BUANG TABIAT BURUK ANDA....!!!!
Sebaik sahaja memutuskan untuk hamil, itulah masa yang terbaik untuk anda dan suami menghentikan tabiat suka merokok mahupun minum alkhohol. Ini kerana rokok dan alkhohol mengurangkan peluang anda dan pasangan untuk menimang cahaya mata.

3.NIKMATI KEPUASAN
Ada sesetengah pakar berpendapat, kepuasan yang anda kecapi sewaktu bersama suami akan meningkatkan peluang kehamilan. Jadi, lupakan hal yang lain apabila sedang bersama. Tumpukan perhatian anda sepenuhnya pada suami. Nikmatilah keseronokkan itu sepuas-puasnya.

4. MASA YANG SESUAI
Ketahui hari subur anda. Itulah kunci utama kejayaan untuk hamil. Tanpa mengetahui hari subur yang sepatutnya, peluang untuk sperma dan telur bersenyawa akan menemui jalan buntu. Apa lagi...!!! kiralah hari subur anda....Namun untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat anda bolehlah dapatkan kit ovulasi di farmasi berdekatan.

5. BERAT BADAN SIHAT
Wanita yang memiliki berat badan kurang (Kurang daripada BMI: 20) ataupun lebih berat badan (Melebihi BMI: 25) dikatakan sukar dan memerlukan masa yang agak panjang untuk hamil berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Untuk mudah hamil, anda disarankan menjadikan senaman sebagai amalan harian. Lagipun, jika berat badan ideal lebih mudahlah anda kembali langsing selepas melahirkan nanti.

6. RELAKS
Sama asa tertekan atau mengalami kemurungan, kedua-duanya menyukarkan untuk hamil. Jika anda beranggapan kesukaran hamil berpunca daripada masalah ini, lapangkan fikiran. Dapatkan bantuan daripada orang-orang tertentu jika masalah anda terlalu berat. Ataupun luangkan masa bercuti bersama-sama pasangan anda untuk tenangkan fikiran. Masa inilah sangat sesuai untuk berhubungan intim bersama pasangan.

7. KURANGKAN KAFEIN
Anda penggemar kafein...? Sudah masanya anda perlu kurangkan minuman ini. Jika dahulu anda minum sehingga 3 cawan sehari atau lebih...cubalah untuk kurangkan kepada hanya secawan. Kafein berlebihan juga menyukarkan proses kehamilan berlaku. Selain itu, zat besi sukar diserap sehingga boleh meningkatkan risiko anda mengalami anemia jika hamil kelak.

* Amalkan pengambilan Asid Folic dari awal....seawal yang mungkin

8. SPERMA SIHAT
Untuk mendapatkan sperma yang sihat, anda dan suami perlu sama-sama berganding bahu mewujudkan persekitaran mesra sperma....Maksudnya, elakkan penggunaan penyembur vagina, tampon dan apa-apa jua pelincir yang boleh menghalang laluan sperma....

* Amalan memakan taugeh dikatakan dapat membantu membanyakkan sperma dan sperma yang dihasilkan lebih berkualiti.




Nak order set Kesuburan Shaklee? Terus klik pada link di bawah ini:-
Order Set Kesuburan Shaklee



Anda juga boleh lawati Facebook saya:
http://www.facebook.com/asma.ailee
http://www.facebook.com/Amaryllishoppe
Blog: http://asmarrlurv.blogspot.com/

untuk sebarang pertanyaan sila
pm/sms/wassap 017-4746975
COD area Alor Setar


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...