~ BERI YANG TERBAIK UNTUK BAYI ANDA ~ |
Bismillah...Assalamualaikum semua.
Entry kali ni saya nak kongsikan sedikit tips bagi menggalakkan susu ibu. Seperti yang kita sedia maklum susu ibu ni terlalu banyak khasiatnya, dan sememangya doktor2 akan menyarankan semua ibu untuk menyusukan bayi mereka sekurang2nya sehingga umur 6 bulan. Tapi kalau boleh menyusukan bayi kita sampai umur 2 tahun lagi best kan? keajaiban n keistimewaan yang Allah telah kurniakan kepada para ibu. Memang mengagumkan. Besar nya kuasa Allah kan? Dengan menyusukan bayi juga dapat mengeratkan lagi hubungan ibu n bayi. Tetapi hari ni ramai ibu2 yang yang bekerja, so memang jarang dapat utk menyusu direct dgn bayi. Sebab tu kita perlu sediakan stok susu yang banyak utk bayi supaya bayi sentiasa mendapat bekalan susu ibu dengan cukup.
Setelah buat pembacaan n research dlm blog2, saya terlintas nak kongsikan sedikit tips mengenai "Power Pumping" ni dengan semua pembaca, jom cekidaut...!!!
Apa itu "POWER PUMPING"?
Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh
meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power
Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik
dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik
Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan
secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh
ibu.
Siapa Perlu Buat Power Pumping?
1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.
Macam Mana Nak Buat Power Pumping?
Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama
10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula
ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast
selama 1jam.
Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.
Saranan Waktu Mengepam?
Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.
Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?
Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...
TIPS SEMASA MENGEPAM SUSU IBU
- Pilih pam yang betul - pemilihan pam yang betul sangat penting. Sekiranya pam tersebut menyakitkan, kemungkinan susu lebih sukar untuk keluar. Pam terbaik selepas bayi adalah tangan anda sendiri.
- Tenangkan diri - perkara pertama sebelum yang lain adalah perlunya menenangkan diri. Kalau stress, susu pun malu-malu je nak keluar. Jadi, tenangkan diri ya.
- Sebelum pam, urut payudara untuk memudahkan susu keluar. Urut perlahan-lahan dari bahu ke bahagian puting.
- Tuam payudara dengan tuala suam sebelum mengepam. Ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan memudahkan pengaliran susu keluar.
- Semasa mengepam, lihat gambar atau video anak. Dengan melihat atau mendengar suara anak, hormon dalam badan akan berfungsi mengeluarkan susu dengan lebih cepat dan banyak. Kalau tak bawa gambar/video, pejam mata dan bayangkan keletah bayi, senyum dia, suara dia.
- Berzikir - amalkan berzikir semasa mengepam. Sambil menenangkan diri, boleh tambah iman dan dapat pahala. 3-in-1 gitu. Bagi yang bukan Islam, boleh juga mengingati Pencipta. Bila kita ingat Pencipta automatik hati menjadi tenang. Sebab kita tahu setiap apa yang terjadi dengan kuasa Pencipta.
- Jangan lihat hasil tenusu - semasa mengepam, cuba elakkan melihat hasil tenusu ye. Buat benda lain, contoh no 5 & 6 di atas tu. Bila dah nak cukup 20 minit baru tengok. Tentu rasa terkejut tengok hasilnya kan. Bila kita asyik tengok, susu pun malu-malu la nak keluar.
Badan
kita berfungsi dengan isyarat dari otak, manakala otak bergerak hasil
naluri/keinginan dari hati. Jadi, bersihkan hati, insyaAllah hasil pun
lebih baik.
Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan
kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang
kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat,
mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
( Edited tambahan sendiri...hehe... )
19. Kurma
20. Pucuk betik
21. Lobak putih
Petikan dari: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung & http://whenmayend.blogspot.com
Pengambilan Suppliment tambahan juga dapat membantu menggalakkan susu ibu.
Dapatkan set penyusuan lengkap anda hari ini.
No comments:
Post a Comment