Okey entry hari ni tetiba lari sikit dari biasa...menderhakakan blog sendiri. hahaha...xpela kan. asal ada bnda baik nk dikonsi kan??? ha...tiba2 hari ni ada pulak sorang pegawai kt opis ku ini bg rasa biskut yg tengah femes skrg ni. FLORENTINE COOKIES...memang sedap. Selamanya ni dok tgk je dlm blog sis Azlita Aziz yg popular ni. Ha ni link dia http://www.azlitamasammanis.com/2013/05/florentine-cookies-krunchy-karamel.html
~ Bakar dalam ni pun boleh ~
Sambil nikmati kacang tu kita perlu juga tahu apa nutrisi2 yang kaya dlm kekacang ni...
Kajian sains telah membuktikan bahawa kekacang ini kaya dengan pelbagai sumber nutrisi utama yang diperlukan oleh tubuh. Berikut adalah senarai kekacang yang wajar anda nikmati untuk memperolehi khasiat tambahan yang ada di dalamnya.
1. Kacang Pecan
Membantu merendahkan tahap kolestrol dalam badan di samping mengurangkan risiko serangan jantung. Selain itu kajian juga mendapati bahawa pengambilan kacang pecan ini juga mampu membantu mencegah penyakit alzheimer dan parkinson.
2. Walnut
Mengandungi magnesium, fosforus, beta karotena,
linoleic acid, dan phytosterosis. Kacang walnut dikatakan dapat membantu
mengurangkan gejala darah beku selain berperanan dalam mengurangkan
rasa kegatalan atau radang pada kulit. Selain itu, menikmati kacang
walnut juga mampu membantu melahirkan rasa tenang dan santai pada tubuh
terutamanya di waktu stress.
3. Pistachio
Membekalkan karbohidrat, zat besi, magnesium,
potassium, thiamin, Vitamin B6, Vitamin A dan beta karotena kepada
tubuh. Khasiat yang terkandung di dalamnya turut memberikan manfaat pada
tubuh di mana ia dapat membantu tubuh mengawal hypertension dan
memperkuatkan daya kekuatan mental untuk mengawal tekanan. Ia juga
berperanan dalam mengekalkan keseimbangan air dalam tubuh dan memberikan
kelegaan kepada tubuh yang letih.
4. Kacang hazel (hazel nuts)
Pengambilan
kacang hazel dalam diet anda amat baik bagi membantu kelancaran sistem
pencernaan anda. Selain itu ia juga bermanfaat dalam memberina kekuatan
tulang dan gigi seterusnya membantu mencegah risiko diserang kanser.
Antara nutrisi yang dibekalkan oleh kacang hazel adalah seperti thiamin,
magnesium, beta-sitosterol, dan phytosterol.
5. Macadamia nuts
Mengandungi lemak tak tepu, magnesium, fostorus, thiamin, Vitamin
B6, phytosterol dan juga tinggi fiber. Ia berperanan membantu
melancarkan sistem penghadaman dan turut bertindak sebagai bahan
anti-oksidan. Kacang macadamia ini juga diantara makanan yang mampu
membekalkan tenaga segera kepada tubuh dan turut membantu melindungi sel
darah dari serangan kanser.
6. Kacang gajus
Kaya dengan kandungan
protein, karbohidrat, zat besi, magnesium, fosforus, Vitamin K dan
phystosterol. Ia bermanfaat sebagai bahan antiseptik iaitu melindungi
tubuh dari serangan virus dan kuman. Kacang gajus juga bermanfaat dalam
membantu mengekalkan kesihatan kulit, kuku, rambut dan melindungi
jantung.
7. Kacang badam (Almond Nuts)
Kacang yang bertindak sebagai bahan
anti-oksidan. Ia juga kaya dengan kandungan magnesium, fosforus,
riboflavin, Vitamin E, phytosterol dan beta-sitosterol. Antara manfaat
kacang badam ini adalah ia membantu mengurangkan risiko diserang
penyakit jantung, membantu menguatkan tulang dan gigi.
Anda penggemar soya...???
Jom minum ESP utk kulit mulus n gebu
No comments:
Post a Comment