Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 16, 2013

PANDUAN SERTA TIPS UNTUK RAMBUT KEKAL CANTIK

~ PANDUAN PENJAGAAN RAMBUT ~

TIPS RAMBUT SIHAT
    Ramai wanita ingin berambut panjang tapi takut sebab khuatir tak mampu utk menjaga sebaik mungkin. Namun, wanita yang memiliki panjang terurai akan terserlah kejelitaannya apatah lagi sekiranya rambut dijaga sebaik mungkin iaitu tidak kering, pecah, bercabang atau berkelemumur. 
   Tapi jangan silap yer...panjang atau pendek rambut tetap mahkota wanita yang perlu dijaga...aurat tu!!! Jangan sampai sebab rambut cantik terus nk pamerkan utk tontonan umum pulak. Saya ingin berkongsi tips utk penjaagaan rambut. Walaupun berhijab rambut tetap kena jaga...untuk siapa??? Tentulah untuk suami dan bg yang belum kahwin tu utk diri sendiri la. hehe...

   Mendapatkan rambut sihat bukan hanya boleh dilakukan sekelip mata. Terdapat beberapa panduan supaya rambut kekal indah dan menawan sepanjang masa, antaranya:
 
PETUA RAMBUT CANTIK

* Apabila bangun tidur, jangan terburu-buru menyikat rambut, leraikan dengan jari tangan untuk mengurai kekusutan rambut. Pilih sikat diperbuat daripada bahan asas kayu kemudian sikat dengan lembut dan rapi menggunakan tangan untuk me­ngelak hujung rambut berterbangan.  

* Wanita berambut panjang tidak cukup ha­nya menggunakan perapi sebaliknya lakukan perawatan seminggu sekali untuk memberikan kelembutan dan kilauan pada rambut.

Ketika menggunakan perapi atau bahan rawatan, cukup dengan hanya menyapu pada bahagian atas dan hujung rambut kerana bahagian itu paling penting.

* Sebelum menggunakan syampu, sikat rambut terlebih dulu, begitu juga ketika rambut masih basah dan selepas memakai perapi. Ini bagi mengelak rambut menjadi kusut.  

* Terlalu kerap menggunakan pengering rambut akan menyebabkan kerosakan rambut dalam jangka panjang. Jadi gunakan pengering rambut sesekali saja dan pastikan pengering rambut tidak terlalu panas.

 * Jangan terlalu kerap menggulung rambut meng­gu­nakan alat penggulung rambut yang panas. Jika terpaksa menggunakannya, pastikan rambut dilindungi dengan produk rawatan untuk mencegah kerosakan.



* Kekerapan memotong rambut bergantung kepada pertumbuhan rambut sese­orang. Sebaiknya, potong hujung rambut setiap 12 minggu untuk menghindari hujung rambut pecah. Sebaliknya jika rambut cepat tumbuh, potong setiap dua bulan sekali. 

Jika bosan dengan rambut panjang dan merancang untuk memotong rambut pendek, cuba potong paras bahu terlebih dulu bagi mengelak penampilan dengan personaliti berbeza. Tetapi jika sudah pasti dengan potongan rambut diinginkan, lakukan saja. 
 

 RAMBUT SIHAT

PETUA PENJAGAAN RAMBUT
  • Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu.



  • Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga berwarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan Nampak perubahannya.





  • Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu, ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.


* Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera serta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hamper kering. Kemudian, ambil sedikitm minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat ( ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

 OKEY SELAMAT MENCUBA...!!!

Atasi masalah rambut gugur dengan ESP
 
Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...