Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 24, 2015

CARA PEMAKAIAN BENGKUNG YANG BETUL : BANTU PROSES PEMULIHAN SELEPAS BERSALIN

Tiba-tiba hari ni rasa nak berkongsi sedikit tentang topik berbengkung ni. Normally selepas bersalin antara perkara utama yang dititikberatkan oleh ibu-ibu berpantang ni adalah bengkung. Selain Set Berpantang, jamu, mengurut dan bertuku. Tapi ada juga sesetengah antara kita yang mengambil remeh dan pandang sambil lewa sahaja amalan berbengkung ini. Asma sendiri dulu sebenarnya malas nak berbengkung ni. Masa seminggu, 2 minggu pertama tu memanglah rajin tapi bila dah banyak hari berpantang tu rasanya memang tak sempat nak berbengkung ni. Nak pakai tu dah mengambil masa tambahan kerap ke toilet asyik buka buang, buka buang lastly tak pakai langsung dah. 

Tapi tahukah kita amalan berbengkung ni sangat-sangat penting dan perlu dibuat oleh semua ibu yang dalam pantang sebagai salah satu remedi yang membantu proses pemulihan selepas kita bersalin.

Apakah faedah berbengkung

"Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil," kata Datin Sharifah. "Bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar."

Berbengkung juga dipercayai boleh membantu:
  • mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal;
  • melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
  • mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan;
  • menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi;
  • memecahkan lemak dan selulit;
  • mencegah dari makan berlebihan.
Sepatutnya, berbengkung sahaja tidak mencukupi. Amalan-amalan lain seperti urut, bertungku, jamu dan mandian herba melengkapkan amalan berpantang. Jika diikuti dengan taat dan sempurna, amalan berpantang boleh membantu ibu baru mengurangkan berat badan serta mengimbangi paras hormon mereka. 
 

cara pakai bengkung
credit to google

 

Bagaimanakah cara memakai bengkung?

Anda perlu memakai bengkung berkualiti tinggi yang boleh dipakai dengan ketat sepanjang hari dan tidak terurai sampai masa mandi petang atau hari kemudiannya. Bengkung hendaklah dipakai sepanjang masa, siang dan malam (namun sekarang ada wanita yang memakainya untuk beberapa jam sahaja dalam sehari).

Pastikanlah ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara.

Mengikut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, bengkung yang terlalu pendek atau tidak dipasang dengan betul akan menjejaskan pemulihan rahim sebab rahim akan tertolak ke bawah.

Bengkung biasanya tidak dipakai begitu sahaja.
  • Lapiklah bengkung dengan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun-daunan seperti daun pandan atau lengkuas.
  • Sapukan minyak dengan ramuan rempah dan herba; sapu juga di bahagian belakang.
  • Jika sukar untuk mendapatkan daun-daunan herba, gunakanlah ubat krim bengkung yang boleh dibeli di kedai.




NAK DAPATKAN SET BERSALIN DARI ASMA?

Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

 
Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/



COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)

Thursday, March 12, 2015

BAHAYA KEKURANGAN KALSIUM PADA IBU YANG MENYUSU KHASNYA



Sudah menjadi impian setiap ibu untuk menyusu anak-anak sejak lahir sehingga berumur sekurang-kurangnya 6 bulan. Bertepatan dengan saranan dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang membuat Kempen Penyusuan Ibu untuk menyedarkan semua betapa pentingnya memberi hanya susu ibu sehingga anak berusia 6 bulan tanpa campuran mana-mana susu formula. Dan digalakkan memberi susu ibu sehingga anak berusia 2 tahun. Hari ini ramai juga para ibu yang sudah membuka mata tentang khasiat dan kepentingan susu ibu. 

Dari pengalaman asma sendiri memang terdapat perbezaan dari segi tahap kesihatan anak yang full breastmilk dengan yang campur susu formula ni. Anak asma yang pertama dulu asma dah mula campurkan dengan susu formula masa menghantar dia ke rumah pengasuh. Ya Allah...masa tu memang failed dan zero bab penyusuan ni. Ingat ok if campur dengan formula pun. Masa tu jugak ilmu tentang penjagaan bayi ni agak kurang. Asma tak pernah join mana-mana group ibu penyusuan malah tak pernah terlintas pun nak google mencari ilmu tentang penyusuan anak ni. Semoga anak mama maafkan mama. Deeply memang nak nangis rasa bila teringat. Rasa telah mengabaikan satu tanggungjawab yang besar sebagai ibu. huhu... Dan sekarang memang anak asma yang sulung tu kalau sakit macam demam ke antibodi dia sangat lemah dan ambil masa untuk sembuh berbanding adik dia iaitu anak asma yang kedua di mana asma telah berjaya Full BF sehingga dia berusia lebih setahun. Anak yang kedua ni jarang nak jatuh sakit dan kalau demam ke kejap je dah sembuh. Alhamdulillah...

Tapi sekarang lepas temui Shaklee asma memang nekad berikan yang terbaik untuk antibodi mereka. Alhamdulillah dalam 2 tahun ni jarang dah dua-dua hero nak demam. Dalam setahun ada sekali je demam. Itu yang buat asma jatuh cinta dan terus consume Shaklee ni.

Okey berbalik pada penyusuan tu. Bila dah menyusu ni ibu akan mengalami masalah kekurangan kalsium dan badan akan cepat jadi letih. Lenguh sana, sini, gigi rasa longgar. Mungkin ada sesetengah kita yang anggap alah biasalah dah menyusu anak. Tapi tolong jangan ambil endah tak endah ye. Sebenarnya masalah kekurangan kalsium dikalangan ibu juga memberi efek negatif pada anak yang disusui tu. Nak tahu pengalaman pahit penyusuan disebabkan masalah kekurangan kalsium jom kita tonton video ni. 

Pengakuan ikhlas dari IBU yang SUPERMOM.



Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.


 

Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

 

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

 


COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)

TABIK SPRING PADA BRO NI : Berhenti Merokok Dengan VIVIX SHAKLEE

Assalammualaikum semua pembaca-pembaca tegar blog asma dan terima kasih kerana ramai yang mengisi masa terluang ataupun yang mencari-cari info terkini tentang Shaklee mengambil inisiatif menggoogle dan terjebak dengan penulisan asma di blog ni. Harapan asma semoga segala info di dalam ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua dalam menyelesaikan masalah kesihatan masing-masing. Insyaallah apa yang termampu asma akan cuba kongsikan kepada semua. 

Bagi peminat dan pengguna tegar Shaklee khasnya jutaan terima kasih kerana mempercayai keberkesanan produk hebat ini dengan izin Allah kita ikhtiar selebihnya kita berserah pada DIA untuk menyembuhkan segala jenis penyakit. Kerana setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali MATI.

Untuk entry asma hari ni asma nak kongsikan satu detik indah yang telah dikongsikan oleh seorang insan bergelar LELAKI yang dahulunya merupakan seorang PEROKOK TEGAR. Dalam video ini telah dikongsikan pengalaman mula-mula dia terjebak dengan aktiviti tidak sihat ini sedari umur 14 TAHUN. 

Mudanya....dah pandai merokok mamat ni kan? Ha....jangan tak tahu zaman sekarang ni lagi ramai anak-anak muda terjebak dengan penyakit ROKOK ni. Boleh tengok sekeliling kita yang berada dalam sekolah rendah pun dah mula berjinak-jinak dengan ROKOK ni tau. Sekali terjebak memang susah nak hilangkan ketagihan MEROKOK tu. 

Bermacam-macam cara telah dilakukan untuk menghilangkan tabiat ni. Akhirnya dia terjumpa satu produk yang hebat yang boleh mengatasi masalah ketagihan terlampau dia terhadap rokok. 

Jom kita saksikan perkongsian hebat ini dari insan yang hebat.

Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.


SEDIKIT PENERANGAN TENTANG VIVIX:-

Vivix ni dikenali juga sebagai tonik ajaib bukan sebab ade tok batin jampi2 botol tu, tapi kerana ia membantu memulihkan tisu/sistem badan kita daripada tahap DNA lagi. sebab tu macam2 cerita kita dengar sakit itu ini tapi lepas makan vivix alhamdulillah keadaan semakin pulih.
Ingat ya, Vivix bukan ubat. Tapi sebab Vivix membantu memulihkan & mengupgrade sistem badan kita, lama ke lamaan antibodi kita sendiri yg melawan segala kanser/virus yg menyerang tu.




Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...
 
Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/
 

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)

Sunday, March 8, 2015

MASALAH KULIT HILANG DENGAN RM27.50 SAHAJA


Disebabkan bulan Mac ni pembelian Herbal Blend sangat memberangsangkan so asma terpanggil nak buat satu entry khas tentang kebaikan Herbal Blend ni. Mungkin masih ramai yang belum tahu dan belum kenal dengan produk HOT ni. Selagi setiap rumah dalam Malaysia ni tak dak stok bekalan Herbal Blend dalam first aid diorang selagi tu lah asma akan terus perkenalkan HOT item dari shaklee ni. Memang tak rugi simpan satu di rumah. Satu tiub Herbal Blend banyak kegunaannya tau. 

Asma sendiri dah berapa tiub dah guna untuk anak-anak dan diri sendiri jugak. Memang berbaloi sangat, walaupun harga murah tapi kesannya awesome tau. Sapu je hilang gatal. Testimoni terbaru yang asma buat kat diri sendiri. Sebabkan masa preggy ni terjadi sedikit alahan pada kulit pantas je asma ambil herbal blend ni dan sapu sebelum tidur. Bangun esoknya WOW..... hilang gatal, merah-merah pun hilang sama sekali. Baru sekali sapuan je. 

Bagi yang ada alahan dan alergik teruk pada kulit tu elok sapu berulang kali selepas mandi dan sebelum tidur. Insyaallah 2,3 hari hilang. Bagi yang berparut sekupang dua kupang tu ambil masa lah sedikit. yelah dah nama pun parut kan. Jangan tak tahu herbal blend ni jugak elok bagi hilangkan parut jerawat dan campak. Kalau tak mau bagi nampak parut hitam dan hodoh elok beli dan sapu herbal blend ni.WAJIB tau. Kalau tak lambatlah parut hodoh tu nak hilang.

Bagi baby yang ada masalah ekzema pun elok ibu-ibu sapu. Ruam lampin pun boleh. Jangan risau krim ni SEMULAJADI tau NO PARABEN...!!!! So SELAMAT untuk bayi dan semua peringkat umur.


Antara bahan utama dalam herbal blend ni adalah:-

Sage leaf - yang bantu merawat masalah dan jangkitan kulit serta gigitan serangga.
Horse chestnut seed - merawat alergi pada kulit, ekzema.
Yarrow - menyembuhkan luka, selsema dan demam.
Rosemary leaf - musuh bagi serangga, nyamuk, lalat, ulat dan kumbang.


TESTIMONI

 

 



 
 
Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/
 

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)




Sunday, March 1, 2015

KESAN PARUT BERSALIN (CZER) CANTIK DENGAN ESP

Wanita mana yang tidak menginginkan cahaya mata. Tanya lah semua pasangan yang dah berkahwin semua teruja kalau first time disahkan hamil. Termasuklah diri asma sendiri. Pengalaman hamil selama 9 bulan yang penuh emosi dalam trimester pertama cukup memberikan kenangan indah walaupun masa tu ramai ibu hamil yang seakan wajah kak limah, tak terurus dek alahan yang dialami. Tapi tak semua punya masalah alahan ini, ada juga sesetengah ibu hamil yang cuma rasa loya dan pening dalam tempoh 2,3 hari sahaja. Pengalaman masing-masing tak akan sama walaupun dengan kandungan yang kedua pasti ada bezanya dengan kandungan yang pertama.


PARUT CZER HILANG DENGAN ESP

Proses kehamilan selama 3 trimester dilalui dengan penuh sabar dan kini tibalah masa menempuh detik-detik kelahiran si manja. Bagi ibu hamil yang tiada masalah insyaallah boleh bersalin secara normal. Tapi ada juga dikalangan kita yang terpaksa melahirkan bayi secara kaedah pembedahan ataupun czer. Kalau yang hamil kembar tu selalunya lah memang disarankan untuk kelahiran secara pembedahan. Mulalah otak berfikir macam-macam kan? Bukan senang tau penjagaan lepas bersalin nanti kalau ditakdirkan bersalin secara pembedahan ni. Bukan boleh bertuku dan mengurut sewenangnya. Lepas tu yang paling tak best parut kekal yang akan selamanya kekal di perut tu. Huhuhu.... Jangan ambil mudah, kalau tak dijaga buruk betul rupanya nanti.

 

Macam mana nak jaga supaya parut tu nampak cantik? Ataupun biarlah pudar dan hilang terus? Tak nak parut kelihatan timbul?
Ha...inilah yang asma nak cerita ni. Dengan Shaklee bukan sahaja kita dapat berpantang dengan selesa, sihat dan bertenaga. Kulit pun boleh kasi cantik tau. Yang mana berparut tu pun boleh dihilangkan. Bukan setakat parut je, insyaallah kesan pecah-pecah (strechmark) pada perut masa hamil pun boleh hilang. Silap-silap selulit pun boleh hilang jugak.

Sebab tu asma nak sarankan semua ibu agar berpantang dengan set bersalin dari Shaklee ni. Satu set complete dengan semuanya. Tapi hari ini asma nak fokus bab parut je sebabnya promo bulan Mac 2015 ni adalh ESP dan ZINC. ESP ni bukan sahaja boleh memberi tenaga, milk booster tapi juga untuk memudarkan parut czer tadi. Jadi bagi ibu yang terpaksa czer tu bolehlah amalkan ESP ni masa berpantang. Tengah promo ni harga memang murah. Boleh borong sekarang.... Nak amalkan masa baru mula hamil lagi lah bagus agar perut tu cantik ja tak pecah.
ZINC ni pulak membantu untuk baiki luka agar cepat sembuh. Boleh diamalkan untuk kedua-dua jenis cara bersalin. Luka bawah ataupun czer dua-dua boleh amalkan. Insyaallah luka cepat je cantum dan baik.

Insyaallah amalkan dua produk best dari Shaklee ini dan rasai sendiri perbezaannya. Parut hilang kita pun rasa yakin dan bersemangat kembali. Kalau tak malu kat encik suami tau. tak mau...tak mau.... jangan biarkan suami kata kita tak pandai jaga diri pulak. Malu tau....jadi cepat-cepat dapatkan set jimat ni untuk hilangkan kesan parut bersalin anda tu dengan harga promosi bulan ini sahaja. Bulan depan harga naik macam biasa jangan gigit jari lagi tau.

TESTIMONI
parut czer





Nak order sendiri anda boleh terus KLIK DI SINI
Nak saya tolong orderkan boleh contact seperti yang tertera di bawah ni :-


Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/
 

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...