Ramai antara kita yang berjaya menyusukan bayi sejak dari lahir sehingga umur 6 bulan ke atas. Alhamdulillah dengan rezeki susu ibu yang melimpah ruah tu dapatlah merealisasikan impian setiap ibu untuk menyusukan bayi masing-masing. Bagi ibu yang mempunyai masalah susu ibu kurang tu jangan risau kerana banyak tips, panduan, petua dan supplimen yang terjual di pasaran tu yang boleh kita ikhtiarkan untuk menyempurnakan matlamat penyusuan ni. Siapa yang tak mahu menyusukan bayi secara eksklusif kan? Bagi asma sendiri Alhamdulillah pengalaman penyusuan untuk kedua-anak dikurniakan dengan susu ibu yang meriah. Masa tu memang belum tahu lagi supplimen penyusuan Shaklee ni ada untuk membantu pengeluaran susu ibu. Lepas ni in Shaa Allah bolehlah cuba ikhtiar....!!!
Kita tahu susu ibu itu sangat baik untuk tumbesaran bayi. Tetapi sejauh mana kita mengetahui sebenar-benarnya apa kebaikan dan khasiat susu ibu ni? Asma dulu pun cuma tahu kalau anak kuat menyusu ni boleh elakkan jangkitan penyakit, kurangkan jaundis di samping baik untuk tumbesaran bayi kerana khasiat nutrisi yang terkandung dalam susu ibu itu sendiri. Yang pasti banyak lagi yang kita belum tahu selebihnya tentang susu ibu ni. Jadi entry asma kali asma nak ceritakan pada semua ibu-ibu di luar sana...yang bakal ibu atau yang belum pun boleh juga ambil tahu. Ilmu dan info yang sangat bermanfaat ni bukan sahaja hanya untuk kita kaum hawa tapi untuk kaum adam juga. Ye la bagi asma sokongan penuh dari suami itu sebenarnya banyak memberikan kecekalan dan semangat pada si isteri untuk merealisasikan impian menyusu penuh bayi sendiri seawal umur 6bulan. Lagi baik sehingga umur 2 tahun. Bukan senang ye nak simpan stok susu sendiri untuk tempoh yang lama tu. Tambahan bagi si isteri yang berkerjaya. Jadi para suami harslah memberi sokongan untuk isteri-isteri anda okey?
Bagi yang belum tahu apa khasiat dan kebaikan susu ibu tu boleh baca bawah ni :-
.
.
.
.
.
KHASIAT SUSU IBU PADA BAYI
- Membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi dalam kadar yang mencukupi
- Kandungannya juga berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar ( Subhanallah...)
- Mempunyai kolostrum yang menguatkan sistem imunisasi bayi
- Melindungi bayi dari jangkitan cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru
- Mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
- Mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak
- Tidak mudah tercemar ( menyusu secara eksklusif )
- Mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa ( menyusu secara eksklusif )
- Memberi keselesaan dan keselamatan emosi pada bayi
- Memberi peluang untuk ibu berinteraksi sepenuhnya dengan bayi dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara ibu dan anak
.
.
.
.
.
KHASIAT SUSU IBU PADA IBU MENYUSU
- Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya pada saiz yang asal
- Membantu mengurangkan pendarahan selepas bersalin
- Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan pada saiz yang asal dengan cepat
- Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari
- Menjarakkan kelahiran jika menyusukan bayi sepenuhnya
Bila dah baca ni dan ada ilmu sedikit tentang susu ibu mesti semua ibu-ibu tak mahu lepaskan peluang untuk menyusukan bayi anda kan? In Shaa Allah berikan hanya yang terbaik untuk anak-anak anda.
Wallahualam...
Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...
COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)
No comments:
Post a Comment