Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 30, 2014

SET KURUS PALING BAJET

Sebut K.U.R.U.S je semua orang akan terbayangkan susuk badan yang cantik, tinggi lampai ala-ala model gitu. Ukuran pun haruslah 34-24-36 ye x? Barulah perfect....!!!! Tapi berapa ramai yang boleh capai ukuran badan yang ideal macam tu? Kalau bab nak tinggi memang tak boleh den nak tolong dah. Tapi kalau bab nak dapatkan ukuran dan berat badan yang ideal tu inShaa Allah asma boleh tolong...tolong suggestkan produk shaklee yang sesuai untuk anda, sesuai jugak dengan bajet anda. Jangan risau produk shaklee ni semua peringkat bajet boleh amalkan tau. Janganlah asyik cakap produk shaklee ni mahal je. Yang bajet pun hado...ko hado??? Ha kalau belum tahu meh sini asma nak cerita sikit. Of course kalau ikut tu set paling cepat, pantas dan berkesan haruslah lengkap full set turunkan berat badan tu. Tapi jangan risau asma akan cadangkan cuma 2 item je sudah cukup untuk hilangkan lemak-lemak tak sihat anda tu sekaligus kita detox toksin-toksin yang tak berguna dalam badan tu. Sebab dah simpan lama dalam badan tu lah menjadi penyebab berat badan kita susah sangat nak diturunkan. Tambahan dengan aktiviti seharian kita yang kurang mengamalkan gaya hidup sihat serta memang jarang-jarang sekali nak ke gym atau berjogging ye tak?

Okey banyak cakap pun buat apa kan? Inilah dia jeng...jeng...jeng....









Anda boleh pilih 2 benda sahaja dari gambar di atas ni.
  1. Herblax + Lecithin @
  2. Alfalfa + Lecithin
Harga janganlah risau kerana memang super jimat tau...!!!!


NAK ORDER MELALUI SHAKLEE2U TERUS JE KLIK SINI OKEY

NAK ORDER TERUS DARI ASMA BOLEH JE CONTACT SEPERTI DIBAWAH NI:


Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)


Friday, August 29, 2014

Advanced Joint Health Tablet

Anda sering sakit sendi? Lenguh-lenguh badan? Sakit urat? Awasssss....jangan ambil mudah dan jangan ambil ubat sembarangan tau. Tambahan yang untuk sakit urat tu silap hari bulan sakit lain pulak yang datang. Nak tahu supplimen yang paling sesuai untuk menggantikan ubat-ubatan dadah anda itu? Ye lebih selamat, tanpa bahan kimia, lulus KKM dan semestinya mendapat pengiktirafan halal. Produk shaklee la produk mana lagi kan? Dah terbukti secara klinikal dapat mengembalikan keremajaan urat sendi anda. Ramai customer asma yang consume sudah boleh bergerak cergas Alhamdulillah hasil berikhtiar dengan Advanced Joint Health Tablet. Jom kita berkenalan sikit dengan produk hebat ni.


 

TESTIMONI PENGGUNA PRODUK HEBAT INI....!!!!!!





 


 





*************************************************************
 
Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)

Thursday, August 28, 2014

CARA HILANGKAN KEDUT DAN HITAM BAWAH MATA

 HILANGKAN PANDA EYE

Kedut dan hitam di lingkaran mata memang mencacatkan wajah. Nampak sangat ketara kalau tidak diselindung dengan make up. Ada yang nampak dah macam mata panda memang sangat teruk. Adakah disebabkan oleh faktor usia? pemakanan? atau stress? Bergantung pada kualiti hidup seseorang individu itu. Selalunya kalau kita nak pakai foundation dan bedak ni mesti kawasan sekitar mata itulah yang paling di ambil berat. Pernah tengok mak andam make up pengantin tak? kalau area bawah mata tu memang perlu letak berdouble-double bedaknya. Kalau tak memang tona warna tak sekata dengan kulit di bahagian pipi dan yang lain-lain. Benci kan kalau tengok di cermin mata kita nampak sembab terutama lepas bangun tidur tu. Lagi satu kalau time bergelak ketawa tu memang nampak sangatlah garis-garis halus dan kedutan yang timbul sekitar mata kita.
Lagi stress kalau hari-hari tengok mata yang dah macam panda tu kan? 
Tengok iklan macam-macam produk yang di jual untuk kurangkan masalah ni. Dalam televisyen tu bercambah-cambah tapi sesuai ke? Tak bahaya ke? Macam-macam lah kan mula timbul dalam fikiran tu. Nak cuba takut tapi nak hilangkan kesan panda ni jugak kan? Macam mana yer? 

Ha....hari ni asma akan tolong anda untuk selesaikan masalah anda tu. Alah jangan lah risau semua pun dah kenal SHAKLEE ni. Dah lebih 50 tahun bertapak dengan kukuhnya disebabkan oleh kepercayaan dan keberkesanan produk dia lah. Ramai yang dah cuba cuma kita ja yang belum. Oleh itu dah menjadi tanggungjawab asma untuk selesaikan misi mencantikkan mata-mata semua orang. Kata orang dari mata turun ke hati kan? So, memang sangat perlulah kiranya kita mencantikkan mata kita dengan memberikan supplimen yang sesuai untuk dia. Yang penting mestilah selamat dan natural.

Ini yang asma nak perkenalkan ENFUSELLE EYE TREATMENT. Nak tahu apa yang produk ni boleh buat??? Jom kita cekidaut sikit kat bawah ni :
 HILANGKAN SEMBAP MATA

  • GARIS-GRAIS HALUS DAN KEDUTAN TIDAK LAGI KETARA
  • MENGURANGKAN KEMUNCULAN GARIS-GARIS HALUS SERTA KEDUTAN DAN MENHILANGKAN SEMBAP BAWAH MATA DENGAN BANTUAN PELBAGAI NUTRIEN DAN BOTANI KHUSUS
  • 233% PENGURANGAN KEDUTAN PADA KULIT DALAM MASA 2 MINGGU
  • 120% PENINGKATAN KEKENYALAN DAN KEANJALAN KULIT DALAM MASA 2 MINGGU
  • 209% PENGURANGAN GARIS-GARIS HALUS PADA KULIT DALAM MASA 8 MINGGU
  • 32% PENINGKATAN KEMAMPUAN KULIT UNTUK MENAHAN LEMBAPAN LEBIH LAMA DALAM MASA 8 MINGGU
  • TON KULIT YANG KEMBALI SEKATA DALAM MASA 12 MINGGU
  • KANDUNGAN BOTANI ANTI PENUAAN DAN VITAMIN C MEMBERIKAN FAEDAH YANG KETARA PADA KULIT HALUS DI SEKELILING MATA
  • JUGA SESUAI UNTUK BAHAGIAN LEHER DAN MULUT
  • HIPOALERGENIK DIAKUI OLEH PAKAR-PAKAR OFTAMOLOGI DAN SELAMAT UNTUK PEMAKAI KANTA LEKAP 

Jangan risau kerana SHAKLEE adalah berbeza kerana ianya terbukti selamat.....!!!!!




MACAM AMAN NAK ORDER?
KALAU NAK ONLINE TERUS KE SHAKLEE2U ANDA BOLEH KLIK DI SINI

KALAU NAK ORDER DIRECT DARI ASMA BOLEH CONTACT SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH NI:



Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)


SET BAJET MENYUSU SHAKLEE



MENYUSU DALAM LABOUR ROOM

Mommy-mommy semua yang pernah melalui saat menyusukan baby tu asma yakin itulah saat yang paling menggembirakan betul tak? Ingat tak first time anda semua menyusukan baby anda? Bagi yang melahirkan baby secara normal dan tiada masalah baik baby ataupun ibu mesti dapat peluang menyusukan baby sebaik je lepas deliver kan? Masa tu Ya Allah hanya tuhan je yang tahu betapa seronoknya sebab dapat rangkul baby dalam pelukan kita. Rasa suam-suam panas badan baby yang berbalut kain tu memang boleh jadi terapi untuk diri ni. Rasa hilang sakit-sakit yang tadi kita rasa di saat-saat kontraksi tu. Memang perasan yang seronok susah nak gambarkan dengan kata-kata. Betul tak? Ya Allah teringin pulak nak rasa lagi nikmat macam tu. In Shaa Allah kalau ada rezeki Allah nak bagi rasa lagi tahun depan ke kan memang nak baby girl pulak. Aminnnnn…..
Boleh dikatakan hampir semua ibu dapat rasa nikmat ni. Menyusu baby kita sendiri buat pertama kalinya dalam labour room tu jugak. Asma ingat lagi lepas settle je semua nurse akan bagi kita minum untuk recharge balik tenaga kita. Dalam masa yang sama mereka akan settlekan urusan bayi kita bila dah balut comey-comey tu baru akan diberi pada kita. Time nil ah kita di minta untuk meyusukan bayi buat kali pertama. Sangat penting supaya baby dapat keperluan untuk tenaga diri dia jugak kan. Kita dah dapat minuman coklat kalau tak silap asma minum dulu. Sedap wei…kira baru rasa nikmat minum air sebenar. Hehe… Masa ni jugak terkadang tu barulah si ibu tahu adakah susu ibu itu keluar atau pun tidak. Sebab ramai jugak yang alami masalah kurang susu ibu dan ada jugak yang tiada susu ibu langsung untuk diberikan pada baby. Alhamdulillah asma sendiri pengalaman dengan 2orang anak susu ibu memang mencukupi.

 menyusu bayi

BONDING TIME KIRA JARI

Inilah saat dan detik istimewa buat si ibu dan bayinya. Buat pertama kalinya ibu merasai sentuhan kulit baby dn baby pulak merasai genggaman erat penuh kasih saying dari seorang ibu. Uwahhhhh memang touching habisssss….perasaan sedih, seronok bercampur baur time ni. Penat dan sakit memang tak rasa dah time ni. Asma sendiri memang ya Allah bau baby tu pun dah seronok. Dapat tatap wajah baby yang suci bersih lagi murni tu lagilah seronok. Bauan kasturi syurga ada depan mata, kita hidu ya Allah…..Syukur sangat-sangat….!!!!!
Time ni selain menyusu asma sempat lagi belek-belek kaki tangan baby. Teringat peel mak asma dulu pernah bercerita. Tiap kali lepas melahirkan ja dan dapat baby dalam dakapan dia perkara pertama yang dia akan buat adalah kira jari kaki dan tangan kami semua anak dia ni. Cukupkah? Terlebih kah? Bila kira-kira cukup lengkap semua barulah senang hati dia. So, asma pun dah macam tercopy plak peel tu dari mak asma. Memang akan belek-belek jari dia dan kira dulu. Alhamdulillah cukup sifat sempurna semua. Terima Kasih Ya Allah…..

BUAT STOK SUSU

Bila berpantang so far asma memang okey ja. Sebab dah dapat pengalaman dari kakak-kakak sebelum ni. Asma ni kira dari sekolah rendah dah terima anak saudara, so memang tak kekok sangat bab-bab penjagaan baby ni. Apa perlu buat, apa perlu sedia. Yela asma ada ramai kakak sebab kami ni 10 orang adik beradik dan adik asma sorang je lelaki. Bayangkanlah tiap tahun mak dan bapak asma timang cucu. Kadang serentak dalam tahun sama. Memang rumah mak tu dah jadi nursery dah. Jadi bab berpantang ni kira memang lulus 100%....Cuma asma terpikir jugak dulu aku ni bekerja macam mana nak pastikan anak-anak dapat susu ibu dengan cemerlangnya. Masa anak pertama dulu memang tak terpikir nak buat stok susu bagai. So, berpantang tu memang tak ready bab-bab tu. Bila dah tahu dan terjebak dengan Shaklee ni rasanya lagi terbuka mata dan minda ni untuk adakan penyusuan secara eksklusif. Start anak asma yang kedua memang asma dah fully bagi susu ibu dari hari pertama dia lahir sampailah dia berumur dekat-dekat setahun jugak without failed. Memang asma dah buat stok awal-awal masa cuti berpantang. Lepas tu guide baby sitter asma untuk bagi stok susu yang asma dah buat tu. Hari-hari memang sediakan 3 botol susu penuh untuk bekalan my baby. Alhamdulillah susu pun meriah…asma memang berikhtiar dengan set menyusu Shaklee. Asma ambil yang set bajet je masa tu. ESP dan ALFALFA settle….!!!! Alhamdulillah dengan kuasa Allah susu ibu memang sangat meriah, banyak sangat. Memang bengkak susu tu selalu terjadi. Dengan itu dapatlah asma merealisasikan impian asma untuk menyusu baby sampai umur 2 tahun….

THE END
 TAMBAH SUSU IBU


BAGI YANG NAK DAPATKAN SET MENYUSU BAJET SHAKLEE NI BOLEK KLIK JE ORDER DI SINI

ATAU BOLEH JUGA DAPATKAN DIRECT DARI ASMA DENGAN CONTACT SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH INI:-



Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)



Wednesday, August 27, 2014

HERBAL BLEND MULTI PURPOSE CREAM IS BACK...!!!!

MERDEKA....!!!! MERDEKA....!!!! MERDEKA...!!!!!!!
Tajuk kemain asma taip english bagai. Senang nak story dalam ni asma guna bahasa melayu je lah okey. Bukan tak reti speaking tapi kita kan orang Malaysia cakap bahasa melayu je lah. Bahasa melayu pun tak berapa nak betul lagi rasanya. Semarakkan jiwa raga ni sempena bulan Kemerdekaan negara kita yang tercinta ni kan. Di sini lahirnya sebuah cinta.....ye betul tepat sekali. Dah beli bendera Malaysia ka untuk join tengok perarakan nanti? Mesti ramai yang buat set baju dengan motif bendera Malaysia kan? Tahniah-tahniah kerana anda sangat berjiwa kemerdekaan. Kalau tak dak aral asma pun nak join jugak tengok perarakan Merdeka kat Alor Setar ni. ( Dengan budak 2 beradik tu....huhu...yakin boleh je lah. Hope tak buat perangai lari sana sini ) Dalam masa sama bolehlah tengok abah diorang tu berkawad. Dah dekat 10 tahun dia join kawad yang tak pernah menang tu. hehehe....Tak pelah mana tau tahun ni rezeki menang kan????

EKZEMA

HERBAL BLEND AKU CINTA PADAMU....!!!! 
( SESI NI BANYAK MONOLOG DALAMAN )

Di sini lahirnya cinta aku pada Herbal Blend. Sejak join berniaga shaklee ni antara salah satu produk dia yang asma guna dan jatuh cinta inilah dia.....HERBAL BLEND. Memang well blended lah. Sangat best guna dia, sapu je kat tempat yang bermasalah tu. Rasa sejuk-sejuk berangin ja lepas sapu. Syahdu okey...bagai dibuai mimpi memang selesa sangat. Pernah sekali terkena minyak panas sebab goreng keropok lekor. Memang meletop-letop rasa keropok lekor tu patutlah goreng pun meletopppsss kau. Auchhhhh...seraya aku berkata lepas terkena percikan minyak panas tu. Sakit sungguh ( tu baru panas dunia kan? ) Lepas tu cepat-cepat basuh kesan minyak tu, kena air sejuk sikit boleh redakan kepanasan tu seketika. Lepas tu terpikir petua orang tua-tua letak kicap. Lantas ku capai kicap pulak di tepi lemari tu. Tuang sikit dan sapu tapi rasa biasa ja maybe cuma kicap dan kekal sebagai kicap cap Mudim. Tak boleh jadi ni, then barulah teringat aku ada HERBAL BLEND la. Awat tak dak sapa yang peringat ni.....???? Jerit dalam hati kecilku sendiri. Lantas berlari-lari anak cari dalam beg kecil. ( memang semua benda ada dalam beg tu kira macam beg doraemon sebab rumah asma memang tak dak first aid, main letak dalam beg tu ja senang nk travel ) Cari-cari masih ada saki baki Herbal Blend tu. Sebab terpaksa berjimat cermat ( stok herbal blend habis satu Malaysia ) asma sapu lah sikit nipis-nipis ja kat situ. Standard la kan bila barang makin tinggal saki baki ni time tu lah baru nak berjimat kan? Alhamdulillah......sejuk je rasa, selesa. Dan yang penting nanti takkan tinggalkan kesan parut. Tapi makan hari la jugak nak hilang sebab ni bukannnya magik copperfil okey....!!!!

DIA DATANG LAGI...BALIK SEMULA KALI NI AKU TERUSSSSSS...........,,,,,,,,

Pagi ni aku terima sms dari dia. sebelum ni pun memang selalu terima. Dalam sebulan tu memang kerap terima. Lagi-lagi kalau aku hantar pesanan hatiku melalui online lagi kerap dia reply melalui sms tu. Tapi itu biasa-biasa ja bagi aku. Lepas tengok dan baca sms tu fahamlah aku dan terus tutup hanset. Tapi kali ni sms tu lain bunyinya...tau tak kenapa???? Ianya buatkan hatiku lonjak gembira dengan girangnya. inilah smsnya : "RM0.00 Shaklee: We are pleased to inform Herbal Blend Multi Purpose Cream (39078) is now available at all branches & online, while stocks last. Thank you." Ha...sapa yang tak syiok dapat sms ni. Tanyalah mana-mana SID ( Shaklee Independent Distributor ) mesti semua syiokkkk. Lama wei tak dak stok Herbal Blend ni. Memang kali ku balas dendam dengan borong banyak-banyak dari selalu. Untuk kegunaan sendiri dan stok untuk anak-anak business aku jugak. Customer pun opkos la. So, sapa cepat pm memang dia dapat dulu. NAmpak tak ayat "WHILE STOCKS LAST" tu? Ha...apa tunggu lagi dijamin kan kehabisan lagi nanti. Sebab tu lah kena cepat grab peluang ni dulu. Beli dan borong lebih sikit tak rugi pun sebab harganya yang murah tu.....

MACAM MANA NAK ORDER???
Boleh jugak nak order secara online tapi kalau still ada stok lah dekat HQ. Anda semua boleh klik je kat SINI UNTUK ORDER.
Kalau susah-susah sangat boleh order je dari asma seperti yang tertera kat bawah ni okey:-


Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)


JOM LAYAN TESTIMONI NI DULU

HERBAL BLEND 

 HERBAL BLEND

 HERBAL BLEND




Tuesday, August 26, 2014

GIGI BONGSU DI UMUR HAMPIR 3 SERIES

ostematrix 

KETINGGIAN ASMA TAHAP MODEL OKEY....!!!

Ingat tak bila gigi bongsu korang semua tumbuh buat terakhir kalinya? Kata orang selagi gigi bongsu tak muncul maknanya kita akan tinggi lagi. Betul ke? Kes asma ni pelik sikit, sebab rasanya tinggi memang macam tu je tak berubah 166cm ( ala-ala model okey....!!!! ) tapi gigi bongsu ni tak berhenti-henti tumbuh. Terlebih kalsium Ostematrix ke haku ni??? 3tahun lepas masa mengandungkan anak yang kedua dah tumbuh gigi bongsu. Memang asma bajet itulah yang paling bongsu sebab tahun2 sebelum tu pun dah tumbuh yang bongsu tapi bukan jugak bongsu rupanya. So, bila tahun ni 2014 muncul lagi yang bongsu rasanya den terpakso panggil gigi acik dulu kot. Sebelum ni walau tumbuh tahap terbalik ( sebab berebut gusi tak muat, dah sebaris dengan kerongkong...hahaha... ) tak rasa sakit pun. Tapi kali ni sakit plak rasa. Bukan sakit masa dia dalam proses nak tumbuh tu tapi rasanya sebab kedudukan gigi ni dah tak berapa sesuai ni ( bajet dentist ) Ye la sebab gusi dah tak dak tempat duduk. Full....apakah? Makin tua tua makin banyak gigi. Huhu...sekarang ni kalau nak makan tu kena pepak ( kunyah ) dengan berlemah longlainya. Kompom cukup 40 kali aku kunyah baru telan. Alhamdulillah patutlah sistem pencernaan aku baik je sejak dua menjak ni. kekekeke....
SR Vita C

MAKIN TUA MAKIN SWEET...AHAKSSSS...

Boleh dak asma nak buat statement macam yang kat atas ni? ( hujan masa dok taip ni...uhuhu... ) Jangan salah faham bukan asma nak masuk bakul angkat sendiri....ni ceritera tentang gigi bongsu lagilah. hahaha...opkos la im sweet 17th lagi sebab gigi bongsu sedia-sedia dok tumbuh. Ko hader? p/s: hati ada manyak syiok sebab encik hubby pujis memujis sebab asma rajin makan SR Vita C sekarang ni. Nak tau puji apa??? Rahsialah....sapa yang amalkan SR Vita C ni je yang akan tahu. Memang mata encik suami takkan lekang dari tatap kita tau. yuhuuuu.....bahagianya rasa macam orang dok bercinta tak kawin lagi. Hahaha.... ( lari topik sudah tapi janji sampai hasrat aku nak selit-selit promo Shaklee dalam entry ni, yesss berjaya...!!!!! )
gusi berdarah

DENGAN SR VITA C TIADA LAGI MASALAH GUSI BERDARAH

Agaknya sebab gigi-gigi asma ni terlalu banyak so mereka hari-hari berasak-asak berebut tempat duduk. Sebelum ni kalau gosok gigi ja wajib bardarah. Aduhhhhh....sakitnya hati bila tengok ada darah bercampur buih colgate sebab tak cantik. Maknanya jugak my gusi is tidak sihat. Tapi korang nak tau dak.... ( bila ayat key el dan kedah bergabung ) lepas asma konsisten ja amalkan SR Vita C ni hari makan tanpa miss u like crazy tu Alahmadulillah masalah gusi berdarah tiada lagi...yeay...!!! Kalau sapa-sapa yang ada masalah yang sama macam asma dulu bolehlah contact asma dan terus order okey. 

gigi bongsu

KALSIUM UNTUK GIGI ( TULANG JUGA )

Gigi ni bila dah banyak elok cantik je macam comel je kenalah jaga elok-elok. Kena gosok gigi paling kurang 2 kali sehari, kerap berkumur selepas makan dan paling penting cukupkan kalsium untuk bekalan gigi anda tu. Sebut gigi je mestilah semua terlintas kalsium. ( Untuk tulang jugak tau kalsium ni ) Kalau takut gigi kita mereput cepat kenalah amalkan makan kalsium OSTEMARIX shaklee. Yang shaklee sahaja tau...hahaha.... macam biasa nak order boleh contact asma. Kompom lah gigi korang semua putih bersih cantik sihat tak rapuh. Sambil tu tulang pun jadi kuat taklah jalan membongkok je sebelum sampai waktunya. Best kan??? Asma paling nak suggest untuk orang yang paling meluat nak minum susu sebab tak lalu. Boleh ambil Ostematrix ni sebab ianya dalam bentuk tablet. Selamatttttt.... telan ja dengan air kosong settle. Lagi satu untuk ibu-ibu yang mengandung dan yang sedang menyusu anak. Memang sangat perlukan kalsium yang cukup sebab nak support untuk 2 orang...ibu dan bayi anda. Jangan berebut dah kalsium lepas ni jamin cukup in Shaa Allah....

okey sekianlah entry asma kali ni. Biasalah sambil cerita sambil promot shaklee. Jangan meluat membaca okey. Nanti jumpa lain entry asma janji akan promot Shaklee lagi. hehehe tetappp lah.....

SELAMAT BERSHAKLEE SEMUA....IN SHAA ALLAH ALWAYS SAFE FOR YOU


Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)



Monday, August 25, 2014

DAH SEMACAM JA BAU KAMBING

KAMBING SEEKOR TERGOLEK....!!!!

Alkisah hari ni ada jamuan hari raya anjuran kelab kebajikan di opis asma. So, kena lah ikut tema berbaju raya. Tapi asma gasak ja pakai baju raya yang tahun lepas punya. hahaha... janji raya jugak kan? Dalam kepala dok teringin sangat nak makan ketupat, lemang dengan satey. Masuk ja dalam bilik jamuan tu bau sedap dah menusuk hidung ni. belek punya belek...yes....ada ketupat dengan rendang ( nama pun jamuan raya buat hegeh boleh kan? ) ada jugak satey. Lemang tak dak pun tak palah janji boleh bedal. Then terpandang di satu sudut hujung meja ( dah sudut hujung meja pulak ) semacam ada benda berbungkus dengan aluminium foil. Besar gedabak ya 'amat. Tapi buat dek je sebab malas nak amik tau apa yg dalam tu. Tup-tup depa punya tudiaaaaa....nalaaaaa punya kambing dok tergolek sekoq dalam talam. Perghhhhhh......dan-dan lapaq tak ingat perut ni tau. Siap dengan pencicah thousand island campur black pepper pastu ada pulak coslow. slurrrrpppp....satgi kalau mc cakap ja jemputlah menjamu selera memang tang tu asma nak serbu dulu. Ha kau...tengoklah kambing tu steady ja tidoq rilek ja dalam talam tu. Sedap sungguh tak tipu. Sempat jugak asma sembang dengan pengerusi kelab, rupanya kambing tu ambil order kat tokey Restoran Cairo yang asma pernah story sebelum ni. Nak tau klik kat link nama restoran tu. Memang terbaekkkkk bak hang. Ha....hat ni baru clear...baru la orang panggil jamuan raya ada kambing.


MAKAN DENGAN LAHAPNYA VERSI SOPAN

Pi beratuq mintak sepinggan daging kambing. Siap request lagi nak yang garing-garing sikit. Agak-agak depa yang tolong hiris daging tu bengang dak. hehe....tapi terima kasih sebab tolong hiriskan daging tu. Jasa kalian dikenang. Kalau bukan hampa sapa la yang nak rajin pi tolong hiris kambing tu. silap-silap pakat rekah gigit sorang sikit kat situ....hahaha....dan-dan tak lalu haih...potong truih. Okey cerita balik lepas beratuq dan dapat kambing sepinggan tadi. Asma pun letak la sos dia dengan coslow sekali. amik yang tu ja dulu pastu pi kat meja makan. Tipu-tipu...sebelum tu asma ambil triffle dlu habuan cuci mulut desert la orang panggil. lepas tu baru kambing tu.


 Ha clear x? Maaf la cerita kali banyak flash back pulak. ekekeke....Balik ke kambing semula, Ya Allah....memang sedap aih tak tipu. klu ikut hati tu memang nak makan laju-laju ja bagi cepat habis pastu boleh beratuq lagi pi amik. hahaha aci dak hampa rasa? Disebabkan kesedapannya yang sehingga menjilat jari tu memang sapa-sapa pun boleh jatuh cinta dengan kambing tu. Siyes ni cakap. Lepas ni sapa nak bolehlah contact tokey Restoren tu dan order. Klu buat kenduri kambing tu jangan lupa jemput asma. Sumpah janji asma makan sepinggan ja. 

KAMBING TAK BAU AKU YANG TERKAMBING

Bila makan kambing ni dan bersentuh-sentuhan dengan kambing ni biasalah kan naik semerbak satu dewan plus kami semua dalam dewan tu pun terpalit bau kambing yang tak berapa nak enak tu. Ni lah keistimewan kambing ni. Makan sedap tapi bau tu ka.....hamisssssshhhh hamisha ke hena punya bau. Dahla lepas jamuan terus balik opis sambung buat keja ( tipu lagi aku sambung mai buat entry ni ) Urghhhh...melekit bau hamis plus nagntuk jangan dok crita la. Satgi balik mau cuci pakai sabun popinjay lah baru hilang.

Antara mereka yang terpalit bau kambing. Macam hensem ja yang baju peach ni...ekekeke...

RIWAYAT HIDUP KAMBING BERAKHIR DI SINI

Sekianlah cerita asma untuk entry kali ni. walaupun tak sempat nak kenal dengan kambing ni. asma buat jugaklah kisah dia selepas digolek dan dipanggang ni. hat bawah ni gambar dia selepas dikorbankan oleh perut-perut ahli kelab kebajikan kami....kekekekeke......tinggal tulang ja balik buat sup. Memang terbaeeeekkkkkkk......!!!!!!! kambing oh kambing....!!!!!!


BALIK SATGI KOMPOM TELAN SUPPLIMEN BANYAK2
ALFALFA UNTUK HILANGKAN BAU KAMBING
OMEGA UNTUK NYAHKAN LEMAKS &  KOLESTEROL JAHAT
SR VITA C UNTUK HALUSKAN KULIT SEBAB MAKAN KUAH KACANG

Lega sebab aku tokey boleh makan semua supplimen yang ada. hahahaha....
Sapa nak order bagitau asma uruskan.....bukan untuk hilangkan bau kambing sahaja macam-macam boleh. Story ja masalah anda asma akan suggestkan mana yang sesuai. boleh macam tu? Nak contact asma seperti yang tertera kat bawah ni :-


Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)
 

Sunday, August 24, 2014

Petua Hilangkan Gastrik Cara Shaklee

Siapa yang sedang menderita GASTRIK angkat tangan......hehe...angkat sorang-sorang tau jangan bagi orang nampak nanti pelik pulak. Tiba-tiba angkat tangan kan. hehe... Asma sendiri Alahmdulillah tak pernah rasa sakit gastrik ni macam mana. Tapi berdasarkan pengalaman tengok kawan-kawan yang gastrik ni kesian jugak. memang sakit sangat ada yang samapi pucat muka menahan sakit tu. Yang pernah alami dan sedang alami sahaja yang tahu seksaan sakit gastrik ni. Sampai ada yang terpaksa mengambil mc bila diserang gastrik. Betul ke orang cakap kalau selalu menahan lapar dan tak makan ikut time yang sepatutnya memang sangat mudah menjemput sakit gastrik tu??? hurm...untuk itu jom kita berkenalan sikit dengan penyakit gastrik ni.


BAGAIMANA GASTRIK BOLEH TERJADI? 
 
Sebenarnya secara semulajadi sel perut manusia menghasilkan asid hidroklorik ( dengan pH 1-pH 2 ) yang berfungsi untuk pencernaan makanan. Asid ini sanagtlah kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan mukosa ( lapisan pertahanan ) sebagai pelindung daripada asid hidroklorik ini. Pengeluaran atau rembesan asid ini berlaku apabila terdapat makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik yang banyak  dengan kekuatan sistem pertahanan ( menjadi lemah ). Jika lapisan sistem pertahanan ini lemah ulser akan berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan. Jika ada antara kita yang mengadu sakit perut ketika lapar ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut dan sebaliknya jika mengalami sakit perut selepas makan itu menandakan terdapat ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

TANDA-TANDA GASTRIK

Gastrik ini mudah di kesan kerana ianya menyebabkan ketidakselesaan di bahagian perut antaranya ialah:-
  • sakit perut ( pada bahagian atas perut @ abdomen )
  • rasa senak, berangin atau pedih
  • rasa tidak selesa
  • kembung perut sendawa berulang kali, dan kerap kentut selepas makan
  • rasa mual (loya) dan muntah
  • hilang selera makan
  • berat badan turun ( pada peringkat teruk )
  •  
Jika sampai ke peringkat yang sudah teruk, ulser perut akan menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu:-
  • najis menjadi hitam seperti tar
  • muntah mengandungi darah atau bewarna gelap seperti kopi

SIAPA YANG BERISIKO TERKENA GASTRIK???

Gastrik boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Secara umumnya lelaki lebih ramai mengalami masalah gastrik berbanding wanita yang disebabkan oleh faktor gaya hidup yang diamalkan seperti kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama ( seperti aspirin yang diambil oleh pesakit jantung untuk mancairkan darah ), merokok dan banyak meminum minuman keras, jangkitan bakteria Helikobaktor pilori ( Pilori H ) yang berupaya melemahkan lapisan mukosa, individu yang banyak mengalami tekanan, individu yang suka mengambil ubat tradisional terutama akar kayu keranan kebanyakkannya telah dicampur dengan steroid untuk ianya lebih berkesan dan mujarab.

KAEDAH RAWATAN

Terdapat banyak rawatan moden di klinik dan hospital khasnya untuk megubati pesakit-pesakit gastrik ini. Jika ini berlaku habiskan dos ubat yang telah diberi oleh doktor anda kerana ianya bertujuan untuk membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ianya mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. 

Selain ubat anda sendiri haruslah mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat. Makan sedikit-sedikit tetapi kerap adalah salah satu kaedah untuk mengelakkan gastrik itu berulang kembali, kurangkan makan yang bercili, pedas, masam dan berempah, kurangkan pengambilan minuman berkafein dan berkarbonat, berhenti merokok, banyakkan minum susu kerana sifat susu itu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut, kurangkan makan yang bersifat berangin.

NAK CUBA SUPPLIMEN SHAKLEE UNTUK REDAKAN GASTRIK ANDA??? BOLEH CUBA SET NI....

set gastrik shaklee

 BAGAIMANA NAK ORDER SET GASTRIK?
Belian secara online di SINI
( Boleh gunakan kredit @ debit kad sahaja )

 Nak direct order dengan asma boleh contact seperti info di bawah ni:-


Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...

Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/

COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...