Siapa yang sedang menderita GASTRIK angkat tangan......hehe...angkat sorang-sorang tau jangan bagi orang nampak nanti pelik pulak. Tiba-tiba angkat tangan kan. hehe... Asma sendiri Alahmdulillah tak pernah rasa sakit gastrik ni macam mana. Tapi berdasarkan pengalaman tengok kawan-kawan yang gastrik ni kesian jugak. memang sakit sangat ada yang samapi pucat muka menahan sakit tu. Yang pernah alami dan sedang alami sahaja yang tahu seksaan sakit gastrik ni. Sampai ada yang terpaksa mengambil mc bila diserang gastrik. Betul ke orang cakap kalau selalu menahan lapar dan tak makan ikut time yang sepatutnya memang sangat mudah menjemput sakit gastrik tu??? hurm...untuk itu jom kita berkenalan sikit dengan penyakit gastrik ni.
BAGAIMANA GASTRIK BOLEH TERJADI?
Sebenarnya secara semulajadi sel perut manusia menghasilkan asid hidroklorik ( dengan pH 1-pH 2 ) yang berfungsi untuk pencernaan makanan. Asid ini sanagtlah kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan mukosa ( lapisan pertahanan ) sebagai pelindung daripada asid hidroklorik ini. Pengeluaran atau rembesan asid ini berlaku apabila terdapat makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik yang banyak dengan kekuatan sistem pertahanan ( menjadi lemah ). Jika lapisan sistem pertahanan ini lemah ulser akan berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan. Jika ada antara kita yang mengadu sakit perut ketika lapar ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut dan sebaliknya jika mengalami sakit perut selepas makan itu menandakan terdapat ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.
TANDA-TANDA GASTRIK
Gastrik ini mudah di kesan kerana ianya menyebabkan ketidakselesaan di bahagian perut antaranya ialah:-
- sakit perut ( pada bahagian atas perut @ abdomen )
- rasa senak, berangin atau pedih
- rasa tidak selesa
- kembung perut sendawa berulang kali, dan kerap kentut selepas makan
- rasa mual (loya) dan muntah
- hilang selera makan
- berat badan turun ( pada peringkat teruk )
Jika sampai ke peringkat yang sudah teruk, ulser perut akan menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu:-
- najis menjadi hitam seperti tar
- muntah mengandungi darah atau bewarna gelap seperti kopi
SIAPA YANG BERISIKO TERKENA GASTRIK???
Gastrik boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Secara umumnya lelaki lebih ramai mengalami masalah gastrik berbanding wanita yang disebabkan oleh faktor gaya hidup yang diamalkan seperti kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama ( seperti aspirin yang diambil oleh pesakit jantung untuk mancairkan darah ), merokok dan banyak meminum minuman keras, jangkitan bakteria Helikobaktor pilori ( Pilori H ) yang berupaya melemahkan lapisan mukosa, individu yang banyak mengalami tekanan, individu yang suka mengambil ubat tradisional terutama akar kayu keranan kebanyakkannya telah dicampur dengan steroid untuk ianya lebih berkesan dan mujarab.
KAEDAH RAWATAN
Terdapat banyak rawatan moden di klinik dan hospital khasnya untuk megubati pesakit-pesakit gastrik ini. Jika ini berlaku habiskan dos ubat yang telah diberi oleh doktor anda kerana ianya bertujuan untuk membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ianya mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal.
Selain ubat anda sendiri haruslah mengamalkan cara hidup dan pemakanan yang sihat. Makan sedikit-sedikit tetapi kerap adalah salah satu kaedah untuk mengelakkan gastrik itu berulang kembali, kurangkan makan yang bercili, pedas, masam dan berempah, kurangkan pengambilan minuman berkafein dan berkarbonat, berhenti merokok, banyakkan minum susu kerana sifat susu itu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut, kurangkan makan yang bersifat berangin.
NAK CUBA SUPPLIMEN SHAKLEE UNTUK REDAKAN GASTRIK ANDA??? BOLEH CUBA SET NI....
BAGAIMANA NAK ORDER SET GASTRIK?
Belian secara online di SINI
( Boleh gunakan kredit @ debit kad sahaja )
Nak direct order dengan asma boleh contact seperti info di bawah ni:-
Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...
COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)
No comments:
Post a Comment