Ehsan Google |
Salam, selamat tenghari semua....dua hari tinggalkan blog ni kesepian. Hari ni jenguk sat untuk letak entry ni. "Sup Ikan Haruan Terakhir". Kenapa yang terakhir??? Kerana ada kisahnya.....Sedih sat bila kenang. Hurm....kuatkan semangat untuk berkongsi dengan semua. Alkisahnya ini adalah resepi yang dimasak oleh MIL asma masa berpantang anak kedua dulu. Itulah pertama kali dan terakhir kalinya MIL menjaga asma. Walaupun cuma seminggu tetap rasa diri ni sangat dihargai dan disayangi. Walaupun asma ni menantu tapi MIL tetap jaga macam anak sendiri.
Selalu kita di provokkan oleh orang luar...boleh ke nak berpantang kat umah mertua? Lecehlah...susah nak dapat privasi. Macam-macam tak boleh...itu tak boleh ini tak boleh. Semua nak kena buat sendiri...yela orang luar. Tapi semua tu sebenarnya tak pernah ada dalam diari hidup MIL. Cuma asma sendiri yang rasa kekok. Ye lah selalunya mak sendiri yang jaga. A to Z mak akan buatkan dulu mas berpantang anak pertama. ( Merap lebih ). Kat rumah MIL kena lah behave sikit. Hehehe...tapi my FIL pun sangatlah rajin sebab sama-sama hulur bantuan siap tolong bakar tuku besi lagi. ( ko hado..??? ) hehe..... Hubby pun tolong jugak tapi nampak sangat ke kekok kan tu. ( hahaha....lost word ) ( Anak ketiga nanti siap sedialah yer my hubby ) hehehee....
Terus terang memang tak ada masalah pun if nak berpantang kat rumah mertua. Cuma jangan merap lebih la. hehe... Tapiiiiiiiii..........lepas ni dah tak boleh nak merasa air tangan MIL lagi. ( Semoga roh arwah MIL dicucuri rahmat ) Sungguh teringat-ingat Sup Ikan Haruan tu. Sangat-sangat sedap. Sebenarnya nak buat entry masakan yang boleh diambil semasa berpantang. Tapi bila google nampak resepi ni terus teringat kat arwah....Asma tak pernah update apa-apa status pasai arwah MIL sebelum ni. Hari ni rasa sayu lak, sedih sebab arwah sangat baik hati. Allah pinjamkan 5 1/2 tahun untuk arwah jadi mertua asma. Dalam tempoh tu rasa singkat sangat, rasa belum puas kenal arwah. Tapi Allah lebih sayangkan dia....asma redha. Tak dapat bayang saat terima panggilan telefon 31 Dis 2013 jam 19:20 malam. Dalam hati memang dah terdetik something tapi cepat-cepat istighfar. Terkilan sangat sebab tak sempat nak jumpa dia di saat-saat terakhir.....okeylah tak mau tulis lagi. tak dapat kekuatan dah bergenang rasa air mata ni. huhu......
So, bagi yang sedang berpantang tu asma nak share resepi Sup Ikan Haruan ni. Tapi bukan yang terakhir tu sebab asma sendiri tak sempat nak belajar resepi tu dari MIL. Yang ni asma dapat dari ehsan google jugak sama macam pic kat atas tu.....okey selamat mencuba & Selamat berpantang semua ibu-ibu gojez....!!!!
SUP IKAN HARUAN
Waktu memasak: 20 minit
Saiz hidangan: 2 orang
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan haruan (cuci bersih2 gesekkan dengan asam limau dan garam. tepung pun boleh hilangkan hanyir)
- 3 tangkai daun sup | dihiris
- 3 biji bawang besar | dikisar
- 2 biji bawang putih | dikisar
- 30 gm halia | dikisar
- 1 sudu besar serbuk lada hitam
- 1 liter air
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, lada hitam dan garam.
4. Setelah ikan masak, angkat dan taburkan hirisan daun sup
Tarikh: 4 Jun 2013
Nak supplimen sepanjang tempoh berpantang anda?
Banyak lagi suppliment
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee
Banyak lagi suppliment
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee
No comments:
Post a Comment