Daun Lemuni |
Sesedap namanya itulah rasa sebenar nasi lemuni ni. Lemak n sungguh murni rasanya...haha ada kaitan ke? Maybe dapat nama lemuni dari situ kot. hihi...Balik akmpung beraya tahun ni memang terbaiklah rasa. Dapat makan nasi lemuni dari air tangan mak sendiri. Lama dah mengidam nak makan. Bertahun lamanya tak makan tu. Kebetulan pucuk lemuni tu baru kuar. Mak terus tanya nak makan nasi lemuni ke mak nak buat? Hurm macam orang mengantuk disorongkan bantal la kan? Walaupun masa tu baru bangun tidur. hihi...Urm boleh jugak...tak tunggu dah terus sahut boleh je aku ni. Mak pun terus la kutip pucuk tu sementara aku blend kan cili kering untuk dibuat sambal bilis. Kita amik port tumis ja. Selebihnya mak yang buat sambal bilis tu. Memang dah lama nak makan sambal bilis mak yang marbeles tu tau. Air tangan mak mana nak sama dengan kita dan orang lain. Memang tiada tandingan. Walaupun kadang tu kita tengok bahan yang sama juga yang diletakkan tapi rasanya totally berbeza....sangat sedap berbanding yang kita sendiri bikin tu. hihi.....
Kira semalam memang hentam nasi lemuni je la berulang kali. Anak sulung hamba mulanya pelik sebab tengok nasi tu hitam2. Dia terus kata...eee nasi apa tu tak mau hitam. Hahaha....kasi dia rasa dulu barulah dia tahu kan...terus cakap, urm sedapnya mama nasi ni. habis sepinggan siap tambah lagi kot atas. Orangsekarang ni maybe dah tak berapa kenal dengan nasi lemuni ni. Kalau zaman dulu orang makan time berpantang tau. Tapi tak boleh letak santan la. Nasi lemuni ni panas memang sesuai untuk yang sedang berpantang tu. Letak lada hitam sikit.
Banyak jugak variasi lauk yang boleh digabungkan untuk makan dengan nasi lemuni ni. Kira lebih kurang macam nasi lemak jugak la. Penyediaannya macam nasi lemak je. Bezanya cuma letak dauh lemuni. Blend ja daun lemuni dengan parutan kelapa tu. Then nanti akan dapat pati santan yang agak kehitaman. Pastu tumis la macam biasa. Yang selalu buat nasi lemak tu memang taula cara nak buat nasi ni.
Okey...asma nak kongsi sedikit pic yang sempat snap semalam. Dengan sambal bilis marbeles & ikan sardin goreng meletopssss...
Nasi Lemuni |
No comments:
Post a Comment