(Sumber petikan dari Utusan Malaysia)
Sakit jantung koronari
ASSALAMUALAIKUM. Saya Muhammad Khalid, 60,
menghidap sakit jantung sejak tiga tahun lalu. Pihak hospital
mengesahkan terdapat sekatan dalam saluran darah di jantung.
Menurut doktor, empat saluran darah tersumbat, salah satu sudah pecah dan tiga lagi tersumbat melebihi 60 peratus.
Pihak hospital mengatakan jantung saya berfungsi 20 peratus dan tidak boleh menjalani angioplasty atau stenting sebab faktor usia dan kerosakan intensif.
Masih adakah peluang saya sembuh dan dapatkah perubatan Al-Quran menyembuhkan saya? Terima kasih.
Jawapan
Waalaikumsalam. Anda mungkin mengalami penyakit jantung koronari iaitu pembunuh nombor satu di dunia.
Allah menurunkan penyakit dan setiap penyakit yang diturunkan disertakan penawar kecuali mati.
Al-Quran adalah solusi penyembuhan terbaik sebagaimana firman Allah dalam Surah Yunus ayat 57 bermaksud: "Wahai
umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang
menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi
penyakit-penyakit yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah
petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang
beriman".
Gaya hidup sekarang dan pemakanan tidak seimbang menyebabkan ramai mendapat penyakit ini.
Sepanjang pengalaman saya mengubati pesakit jantung selama 13 tahun,
ramai pesakit dengan izin Allah pulih di mana tahap sekatan dalam salur
darah berjaya dikurangkan dengan mengamalkan ayat al-Quran yang dikenal
pasti.
Pengenalan dan ciri umumPenyakit jantung koronari adalah hasil pembentukan plak dalam saluran darah atau arteri koronari, ini dipanggil aterosklerosis.
Ateroskelrosis menyebabkan saluran darah yang asalnya licin dan
elastik, kerana pembentukan plak menjadi sempit dan aliran darah ke
jantung tersekat.
Akibatnya, jantung kekurangan bekalan oksigen dan nutrien penting
untuk mengepam darah dengan betul lalu meningkatkan risiko serangan
jantung.
PuncaPenyakit jantung berlaku tanpa mengira bangsa,
latar belakang pendidikan dan status sosioekonomi. Walaupun punca
sebenar tidak diketahui, penyakit jantung koronari boleh bermula dengan
kerosakan atau kecederaan pada lapisan dalaman arteri.
Kerosakan mungkin disebabkan oleh:
n Tekanan darah tinggi
Kolesterol tinggi, akibat makanan banyak kolesterol atau lemak tepu. Merokok dan sumber lain nikotin.
n Diabetes
Kerosakan pada dinding dalaman arteri menyebabkan darah beku dan
lemak dalam darah melekat dan terkumpul pada darah beku menyebabkan
aterosklerosis.
Dari pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, terdapat kes
melibatkan gangguan makhluk halus terutama sihir. Seperti diterangkan
dalam rencana sebelum ini, gangguan sihir berpunca daripada kehadiran
jin dalam badan pesakit.
Kadang-kala gangguan ini menyebabkan pesakit sukar bernafas, badan berpeluh sejuk, cepat letih dan simptom seperti panic attack.
Tanda awal penyakit jantung koronariGejala paling
biasa adalah angina atau sakit dada. Angina digambarkan seperti jantung
dipijak, rasa berat, tekanan tinggi, pedih, kebas, perasaan seperti
jantung diperah.
Gejala lain termasuk:
n Sesak nafas.
n Berdebar
n Lemah, lesu atau pening.
n Loya.
n Berpeluh.
Masalah jantung tersumbat paling
biasa dialami semasa:
n Senaman atau melakukan senaman.
n Makan.
n Stres atau tekanan.
n Pendedahan kepada sejuk.
Rawatan moden
Rawatan untuk penyakit jantung koronari kini melibatkan banyak aspek
terutama perubahan gaya hidup, ubatan, diet sihat, prosedur invasif atau
pembedahan dan berjumpa pakar kardiologi untuk pemeriksaan biasa.
Prosedur biasa untuk merawat penyakit arteri koronari termasuk belon angioplasti (PTCA), penempatan stent dan pembedahan pintasan arteri koronari.
Rawatan Penyakit Jantung Koronari guna ayat al-QuranKebanyakan
penyakit menimpa manusia berkait rapat dengan makan dan minum. Nabi SAW
sering mengingatkan umat Islam tentang bahaya perut.
Umat Islam tidak digalakkan makan berlebihan. "Makan dan minumlah dan jangan berlebihan" (Al-a'raf : 31)
Selain itu, Rasulullah bersabda bermaksud: "jangan kamu matikan hati
dengan banyak makan dan minum, kerana sesungguhnya hati itu seperti
tanaman yang akan mati jika disiram terlalu banyak air".
Sabda Nabi SAW: "Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging,
apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad.
Ketahuilah ia adalah hati!"
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim itu, Nabi tidak pernah menyebut 'hati', sebaliknya menyebut al-qalb iaitu jantung.
Adapun hati dalam bahasa Arab disebut kabid. Dalam masyarakat Melayu, qalb diterjemahkan sebagai hati, tetapi terjemahan sebenar adalah jantung.
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit jantung koronari diberi
ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah memohon
penyembuhan. Ayat tersebut:
l Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55
l Surah An-Nahl ayat 81 hingga 89
Pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Isra' tiga
kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-Ahqaaf tiga kali
pada waktu siang.
Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas itu pesakit perlu berdoa untuk penyembuhan.
Selepas membaca dua surah pertama, pesakit hendaklah mengulang dengan surah seterusnya.
Lebih baik pesakit berjumpa perawat Al-Hidayah supaya dapat kami memeriksa jika ada gangguan makhluk halus.
Ini kerana terdapat banyak kes, setelah ke hospital dan menjalani
beberapa ujian tiada sekatan dalam saluran darah tetapi mengalami tanda
angina.
Hasil pengalaman saya mengubati pesakit jantung Surah Al-Israa' ayat
40 hingga 55 adalah ayat sungguh istimewa dan berkesan. Ini adalah
mukjizat al-Quran.
Yakinlah bahawa segala sesuatu berlaku dengan izin Allah. Insya-Allah, sakit akan sembuh dengan izin dan kuasa-Nya.
No comments:
Post a Comment