Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 3, 2014

NIRA NIPAH TERBAIK DI SINI



ALKISAH di petang hari Merdeka yang lepas asma dan kakak-kakak singgah minum air nira nipah dekat area Yan, Kedah. Siapa yang pernah pi mesti dah familiar dengan tempat ni. Banyak kali jugak masuk rancangan TV. Ladang Nipah Ismail Che Kar. Memang femes dah tempat minum nira nipah. Glemer tuan nira satu Malaysia pernah mai minum kat dia. 

Air nira dia memang terbaikkkkkkk....sangatlah terbaik. Rasa original tanpa campuran, pekat melekat boleh terlentang lepas habis minum sejug ( ganasnya sejug ). Tengah-tengah panas terik petang jam 4.30 lebih kurang memang sesuai sangat kami pi minum kat situ. Rasa yang sejuk-sejuk manis masuk dalam ruang tekak ni perghhhhh.....sungguh tak tipu sangat original. 


Makcik ni memang ikhlas berniaga jual nira yang betul-betul "nira nipah". Selalu beli tepi jalan ada yang tak ori sebab dah bercampur dengan air. Yang ni memang asma syorkan korang semua pi try & test. Mesti termimpi-mimpi nak pi lagi. Kalau kita order satu jug air nira RM10 dapat sekali kacang tanah sepinggan. Kira sambil minum air nira tu boleh kunyah kacang tu. Ada jugak menu lain kat situ macam laksa, dan bihun goreng kuah laksa. Ha, sapa yang tak pernah makan bihun goreng letak kuah laksa memang patut cuba. Memang sedap....



Makan di bawah rimbunan pokok nipah memang sejuk dan mendamaikan. Sebelah rumah tuan dia ja, kiranya tepi rumah dia memang penuh pokok nipah ni. Pemandangan yang cantik, sejuk, damai dan bersih.

Habis minum pakat chow...orang last kena bayor. hahaha....



Budak-budak layan ice cream ja. Pandai uncle ni mai juai tang ni ramai budak-budak.



.....SEKIAN.....



2 comments:

  1. Nak kena pi la kalu macam ni....tungguuuu.!!

    ReplyDelete
  2. Nak kena pi la kalu macam ni....tungguuuu.!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...