DHA (asid dokosaheksaenoik) adalah nutrisi penting yang diperlukan 
untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik. 
DHA merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam 
setiap sel pada tubuh.
 DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. 
Kajian yang dijalankan mendapati bayi berusia enam bulan sehingga 
kanak-kanak dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk 
perkembangan otak mereka.
 DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran 
neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi 
fungsi  neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.
 Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan 
antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral dan vitamin. DHA 
adalah salah satu lemak baik yang terdapat di seluruh badan. Ia adalah 
lemak struktur yang disalurkan terus kepada tisu dalam otak bagi 
memastikan ia berfungsi dengan baik.
Antara kebaikan DHA kepada kanak-kanak adalah:
 *Meningkatkan daya fokus
 *Perkembangan otak yang baik
 *Menajamkan penglihatan
 *Meningkatkan sistem imun
 *Mencegah ekzema
Jumlah DHA yang diperlukan oleh kanak-kanak mengikut usia:
 *1 hingga 2 tahun – 100 hingga 120 miligram DHA setiap hari.
 *2 hingga 4 tahun – 100 hingga 150 miligram DHA setiap hari.
 *4 hingga 6 tahun – 150 hingga 200 miligram DHA setiap hari.
Makanan yang kaya DHA:
 *Ikan laut seperti tuna, salmon, trout, sardin, ikan bilis mengandungi 
 10 hingga 100 kali lebih DHA daripada sumber makanan yang bukan berasal
 dari laut seperti kacang, bijirin penuh dan sayuran hijau.
 *Telur, ayam, kekacang, sayur-sayuran seperti brokoli dan alga.
ADAKAH ANDA MEMBELI OMEGA 3 ATAU HANYALAH MINYAK IKAN? PASTIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE BARU BELI.
  
Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...
COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)
No comments:
Post a Comment