Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 11, 2014

BOLEHKAH WANITA BERURUT KETIKA HAMIL?

 urutan hamil
 
Kehamilan memang sesuatu yang mengujakan bagi para ibu termasuklah kaum bapa itu sendiri. Kehadiran fetus yang kian membesar di dalam rahim mengalami fasa-fasa tertentu sebelum seseorang ibu itu dapat melahirkan anak ke dunia ini. Bila difikirkan betapa menariknya, betapa indahnya pengalaman itu dalam masa yang sama membuktikan kekuasaan Allah yang maha Pencipta. Betapa agungnya penciptaan Allah kan? Dalam melalui fasa kehamilan banyak yang perlu diketahui oleh ibu dan bapa secara tak langsungnya. Dari segi pemakanan, penjagaan diri, kebersihan serta senaman ringkas yang perlu diamalkan oleh ibu hamil. Hari ini asma dan fokuskan tentang berurut. 

BOLEHKAH WANITA HAMIL BERURUT????


Rawatan berurut memberikan faedah kepada ibu yang hamil tetapi tidak dinafikan berurut juga boleh mendatangkan mudarat jika tidak dilakukan oleh orang-orang professional dalam bidang tersebut. Bukan semua pengurut itu benar-benar tahu mengurut lebih-lebih lagi urutan untuk wanita sedang hamil ini. Ada yang cuma mengurut berdasarkan pengalaman sahaja, ada juga yang buat-buat tahu berurut. Ramai doktor yang agak berat untuk mengesyorkan pada wanita hamil untuk berurut disebabkan oleh faktor-faktor tertentu yang boleh memudaratkan ibu dan anak di dalam kandungan. Silap hari bulan boleh menyebabkan rahim itu mengecut dan berlakulah keguguran. 

SERING LENGUH BADAN, SENDI DAN KEKEJANGAN OTOT.
 
Bagi ibu yang sedang hamil memang menjadi lumrah bila sampai tempoh kehamilan trimester yang ketiga selalunya akan mengalami masalah lenguh badan, sakit pinggang, sakit sendi, tumit kaki serta kejang otot. Inilah yang menjadi sebab utama para ibu lebih senang jika kesakitan ini diselesaikan dengan rawatan berurut. Pastikan anda berjumpa dan bertanya dengan pakar terlebih dahulu sebelum membuat rawatan ini dan sebolehnya carilah tukang urut yang betul-betul arif dan faham dengan tugasnya. Kerana mengurut wanita sedang hamil adalah berbeza kaedah dan caranya dengan yang tidak hamil. 

 ELAKKAN MENGURUT DIBAHAGIAN ABDOMEN 

Terdapat tempat-tempat tertentu yang perlu dielakkan jika membuat rawatan urut ini. Di bahagian abdomen adalah yang paling perlu dielakkan kerana urutan di bahagian ini akan merangsang rahim wanita itu mengecut dan mengundang keguguran. Pengurut yang baik tidak akan mengurut dengan terlalu kuat dibahagian otot peha dan betis kerana bimbang darah beku yang telah pun terbentuk di situ akan tetanggal dan memasuki saluran darah. Serpihan darah beku ini akan membentuk thrombus dan membolehkan stroke berlaku. Kesilapan oleh pengurut yang tidak bertauliah adalah dengan menggunakan hujung kuku untuk menekan ke dalam otot menyebabkan rasa sakit dan meninggalkan bekas pada badan pesakit. Cara ini tidak mendatangkan manfaat malah menyebabkan kemudaratan pada pesakit. 

ANKLE & WRIST PERLU URUTAN LEMBUT

Selain abdomen bahagian pergelangan kaki dan pergelangan tangan juga adalah bahgian yang paling sensitif dan perlu diberikan urutan yang perlahan sahaja. Sekadar untuk memberi keselesaan dan kelegaan para ibu hamil. Jika diberikan urutan yang berlebihan pastinya akan merangsang otot-otot bahagian abdomen dan pelvik terutama otot rahim untuk mengecut dan menyebabkan keguguran. Jika anda berasa sakit ketika sedang berurut seolah-olah rasa hendak melahirkan cepat-cepat beritahu pada tukang urut untuk memberhentikan urutan dan dapatkan konsultansi dari doktor pakar perbidanan.

URUTAN YANG BETUL MENENANGKAN WANITA HAMIL

Tidak menjadi satu kesalahan andai kata anda ingin mendapatkan rawatan berurut ini cuma pastikan anda menggunakan khidmat dari yang pakar sahaja dan bukanlah oleh pengurut yang tidak bertauliah. Ternyata urutan yang betul boleh mengurangkan stress pada wanita hamil. Stress inilah yang menjadi penyebab wanita hamil sentiasa berasa penat dan tidak bertenaga. Urutan juga dapat mengurangkan kesakitan dan memperbaiki sistem imuniti melawan jangkitan kuman dan virus. Urutan juga dapat mengurangkan bengkak pada sendi dan tubuh. Ini dapat membantu wanita hamil untuk tidur dengan nyenyak tanpa gangguan.

ANTARA WANITA HAMIL YANG TIDAK DIGALAKKAN BERURUT.

  • Kehamilan bersama penyakit hypertension & preecclampsia
  • Pernah mengalami kehairan pra matang
  • Pernah keguguran ( miscarriage )
  • Kehamilan kurang dari 12 minggu
Nak tahu salah satu cara yang paling selamat, mudah dan tidak memerlukan sebarang urutan...????
Ramai yang sudah mengagumi keberkesanan OSTEMATRIX dalam menyelesaikan masalah sukar tidur, kebas, kejang otot, sakit sendi dan lenguh pinggang. Andai anda berasa stress ketika hamil ambillah B.COMPLEX kerana ianya dapat membantu anda mengurangkan stress anda itu.

Macam mana nak dapatkan 2 produk hebat ini?
 Anda boleh klik di sini untuk terus buat order secara online ataupun hubungi asma seperti yang tertera di bawah ini:-


Nak jana pendapatan tambahan? Nak bonus tiap2 bulan? Jom join Shaklee...


Untuk Sebarang Order/Pertanyaan:
pm/sms/whatsapp : 017-4746975 (asma)
Page : https://www.facebook.com/Amaryllishoppe
 
              https://www.facebook.com/asma.ailee
Blog : http://asmarrlurv.blogspot.com/




COD AREA ALOR SETAR & JITRA (Jimat Pos...yeay...!!!)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...