Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 6, 2014

PANDUAN KELENGKAPAN BERSALIN UNTUK IBU & BAYI

CHECKLIST BERSALIN

Hari ni asma nak bagi sedikit panduan untuk bakal-bakal ibu di luar sana tu yang tengah tunggu detik-detik indah menyambut kelahiran bayi anda semua. Bagi ibu-ibu yang baru pertama kali nak bersalin tu maybe masih teragak-agak barang apalagi yang perlu ada dalam checklist kelengkapan bersalin ni. Perlu kita tahu banyak sebenarnya yang harus disediakan baik sebelum, semasa dan selepas bersalin. Bagi yang sudah menempuh kelahiran pertama rasanya sudah lebih bersedia dengan kelengkapan yang wajb ada tu. 

Pengalaman kelahiran yang lepas selalunya lebih memberi banyak idea tentang kelengkapan yang dirasakan perlu ataupun yang hanya membazir jika dibeli. Ye betul....kita ni bila anak pertama memang excited tiap kali shopping barang kelengkapan bayi dan ibu ni. Last-last jadi pembaziran sebab tak terpakai, alahan, tak berkesan dan sebagainya. Perlu ada perncangan yang teliti tau bukan main terjah je. Jadi kat sini asma nak kongsikan senarai kelengkapan untuk ibu-ibu sebelum, semasa dan selepas bersalin. Hope sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu semua dalam membuat perancangan dan bajet untuk persediaan semua ni. 

Lets cekidaut.......:-


CHECKLIST UNTUK SI IBU
  • Once dapat result test UPT macam biasalah mesti buka BUKU MERAH
  • Hadiri sesi CHECK UP dengan jayanya
  • Rawatan gigi
  • UBAT...??? asma lebih prefer SUPPLIMEN lebih selamat hehe....SHAKLEE kan hado SET KEHAMILAN TRIMESTER 1, TRIMESTER 2 , SET BERPANTANG, SET 3M...Klik ajo
  • BAJU MENGANDUNG - harus selesa jangan ketat-ketat ( tambah saham dosa )
  • KASUT mesti yang comfy jangan pakai high heel @ wedges bagai
  • STOKING waktu tidur malam khasnya - kerap cramp kaki
  • MINYAK @ cream sapu @ losyen untuk mengurangkan kesan strechmark perut / cramp kaki
  • TUKU kebanyakkannya daripada besi yang tok @ mak kita dulu2 tu 
  • BARUT @ BENGKUNG wajib ni kalau tak perut susah nak slim macam anak dara
  • KAIN BATIK haruslah banyak sebab time berpantang nanti lebih selesa pakai kain batik. Yang belum reti pakai tu boleh practice sekarang.
  • T-SHIRT cotton lebih selesa dan serap peluh - berjamu bagai nanti memang panasssss
  • PAD banyak terjual dan pelbagai jenama pilih je. Kalau tak pandai guna yang maternity pad ( sebab bertali ) boleh guna yang biasa tu. Perlu banyak sebab aliran darah nifas panjang tak sama macam period yang cuma seminggu.
  • BREAST PUMP bagi ibu-ibu yang overdose susu @ yang berkerjaya dan perlu buat stok
  • BREAST PAD untuk lapik bra sebab kadang tu susu akan menitik sendiri
  • TILAM yang empuk untuk sokongan tulang belakang. Perlu rest secukupnya selepas 9 bulan mengendong perut tu 
  • SELIMUT yang tebal  
  • MANJAKANI sangat mujarab In Shaa Allah...sapu untuk luka cepat baik
  • MAKANAN berkhasiat macam buah limau & sayuran ( sawi paling baik ) harus penuh peti sejuk....hehe....  
  • IKAN HARUAN untuk cepat baik luka tapi jangan makan hari2 sebab dikhuatiri akan berparut tebal. Selang seli la dengan ikan yang lain. IKAN TALANG KERING paling sedap time ni...
  • BISKUT KERING standard lah cicah air kopi
  • HERBA MANDIAN kat kampung banyak boleh buat sendiri lagi best
  • BOOKING TOK BIDAN MENGURUT kalau time cuti sekolah memang full. Asma dulu kena pergi sendiri di rumah tok bidan ni...ambil nombor tau macam klinik. Tapi dia urut memang best. Area Sungai Pasir....orang panggil Maklang
  • TUMPUAN & KASIH SAYANG secukupnya...paling penting untuk sokongan ibu semasa berpantang....kang emo lebih meroyan....bahaya tau....
CHECKLIST UNTUK SI COMEL
  • BAJU - make sure jangan beli terlalu banyak size new born kerana baby cepat membesar. 3-4 pasang sudah memadai. Size lain sila beli banyak sikit....ikut aturan size untuk setiap helai dari 3 month - 12 month. Ikut pengalaman asma sendiri banyak size 6 - 12 month. JANGAN beli yang tiada butang...susah nak sarung kang terkehel tangan baby tu.
  • KAIN LAMPIN tak perlu banyak. Oleh kerana dijual by dozen so, sedozen 12 helai tu pun dah cukup. OPTION je ni sebab sekarang dah banyak lampin pakai buang. Untuk bedung pun dah banyak jual kain bedung ready made yang cantik2
  • LAMPIN PAKAI BUANG mula dengan new born dulu jangan borong banyak sangat cukup 2-3 bungkus dulu. Asma dulu sebungkus ja terus tukar size S
  • KAIN BARUT asma lebih prefer yang dibuat sendiri dengan kain cotton yang serap peluh dan lebih selesa untuk baby. Yang jenis ada tali tu kan. Senang nak bajet sebab baby cepat membesar. Barut kat mall tu selalunya cepat meri ( alah orang sebuat apa yer...urm regang, longgar )
  • SET SARUNG TANGAN & KAKI akan dipakai sehingga umur 4 bulan. Lepas tu selalunya nurse tak bagi pakai dah sebab nk biar jari-jemari dia belajar sentuhan, genggam, merasa..... Kalau malam asma pakaikan jugak sebab sejuk
  • TUALA perlu banyak jugak dalam 3-4 helai...kadang tu lepas mandi tak sempat berlampin baby akan shooooooo....tiba2 rasa panas ja atas riba. hehehe...
  • TISU gulung @ kotak 
  • BABY WET WIPE untuk lap najis
  • PELAPIK GETAH senang nak tukar lampin nanti kalau terkena najis
  • SET TILAM BANTAL makesure dari kekabu lebih selesa dan kain sarung dari jenis material yang lembut dan tidak panas
  • SELIMUT
  • KELAMBU
  • SAPU TANGAN - untuk lap mulut baby OPTION je ni
  • PENYIDAI  yang jenis bulat macam payung tu
  • BOTOL SUSU
  • PENCUCI BOTOL SUSU - BASIC H  SHAKLEE pun ado...selamat, natural no chemical
  • SUSU FORMULA option in case susu ibu kurang. Tips kerapkan menyusu kalau boleh kita elakkan susu formula at least sehingga 6 month lebih baik
  • MANDIAN banyak jenama pilih je. DAUN BELIMBING BULUH boleh rebus buat mandian untuk hilangkan jaundis
  • BEDAK....dengar kata bahaya option la yang ni. Sebab baby sendiri dah bau wangi. Boleh guna bedak sejuk lagi baik
  • COTTON BUDS untuk cuci pusat
  • MINYAK @ CREAM BAYI banyak jenama ikut kesukaan ramai. Untuk ruam lampin sedia tepung ubi ja settle, selamat...
  • BEG BABY boleh jugak beli...kadang dapat hadiah. Perlu sebab nak bawak baby pergi klinik nanti
  • BAKUL BAJU cari yang tertutup elak habuk 
  • BESEN MANDIAN ada jual sekali pelapik getahnya untuk elak gelincir
  • KASIH SAYANG tak berbelah bagi......
APA PULAK KELENGKAPAN YANG PERLU DI BAWA UNTUK KE HOSPITAL???
Untuk elakkan panik di saat akhir asma sarankan ibu-ibu semua sediakan satu beg khas untuk di bawa ke hospital jika masanya telah pun tiba untuk sambut kelahiran tu. Apa yang perlu ada dalam beg tu? Ha.....ini dia :-
  • BUKU MERAH jangan lupa bawa moga2 cukup tempoh...hehehe yela takut deliver awai sebelum due.
  • IC, GL ( Government service je ) tapi sekarang HRMIS dah ado make sure update ye
  • BAJU BABY  2 pasang sekurangnya SARUNG KAKI TANGAN jangan lupa
  • LAMPIN KAIN untuk bedung LAMPIN PAKAI BUANG 5-6 keping. Anggaran untuk bermalam sehari di ward
  • TUALA mak & baby
  • BABY WET WIPE & TISU KOTAK
  • BAJU & KAIN BATIK IBU 2 pasang sekurangnya
  • PAD MATERNITY IBU
  • SELIPAR JEPUN....KOREA pun boleh
  • STOKING IBU
  • BANTAL & SELIMUT BABY
  • GELAS & PINGGAN PLASTIK, TERMOS, AIR MINERAL  ini kelengkapan biasa kalau kena tahan ward
  • AIR SELUSUH, AIR ZAM ZAM
  • KURMA untuk tenaga meneran dan membantu pengeluaran susu ibu
  • SUPPLIMEN SHAKLEE hehe...boleh di ambil sejurus lepas bersalin
 .
.
.
.
.
.
.
PERINGATAN....!!!!
Make sure barangan berharga ditinggalkan dirumah atau di bawah penjagaan suami @ ibu. Banyak kes kehilangan & kecurian di ward. Asma salah sorang mangsa nya....huhu....
Urm...ada lagi tak yang tertinggal....rasanya itu lah antara kelengkapan yang wajib disediakan. Semoga menberi manfaat dan sedikit panduan untuk semua ibu-ibu....TAHNIAH asma ucapkan kerana bakal menyambut kelahiran insan tersayang..... DOA, ZIKIR jangan tinggal masa melahirkan tu nanti tau..... In Shaa Allah asma doakan semuanya selamat....!!!

 
p/s: Tiba2 lepas siap buat entry ni macam ada bau bauan baby plak...adusss...sedapnya, bestnya.....!!!


Nak join ahli?
Banyak lagi suppliment....!!!!
Contact asma di sini:
Sms|whatsapp|telegram: 017-4746975
FB:Asma Raz Ailee

8 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...